Pemuda PAS Pasir Mas Jawab Mohamed Farezz


Salam Perjuangan…

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas hari ini mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mempertikaikan tindakan Dewan Pemuda PAS yang membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya kegiatan membeli undi semasa pilihanraya kecil Manek Urai yang lepas.Ini kerana mana-mana pihak di Malaysia berhak membuat apa jua laporan polis jika mempunyai maklumat tentang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan yang dibuat oleh Naib Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, Mohamed Farezz Noor Amran yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian semalam. Farezz dilaporkan berkata laporan itu seolah-olah menunjukkan Pemuda PAS Kelantan gagal menerima hakikat keputusan yang dibuat oleh pengundi yang menyaksikan PAS menang dengan majoriti yang tipis.

Pemuda PAS menasihatkan mana-mana pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan kami membuat laporan ini dan kita sama-sama menunggu keputusan siasatan yang dibuat olehh pihak berkuasa. Kita pun tidak pernah mempertikaikan hak Pemuda UMNO membuat laporan polis khususnya dalam isu kenyataan Menteri Besar baru-baru ini, Biarlah pihak polis membuat siasatan.

Saya ingin bertanya kepada Farezz yang mendakwa bahawa BN boleh menerima hakikat jika menerima kekalahan, bagaimana dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan sebaik saja PAS membentuk kerajaan? Tidakkan penubuhan agensi tersebut di samping kerajaan negeri yang sah dipilih oleh rakyat menunjukkan UMNO/BN gagal menerima hakikat kekalahan? Di Terengganu pada tahun 1999 ketika PAS membentuk kerajaan negeri, kenapa UMNO/BN bertindak menarik balik royalti sedangkan itu hak rakyat, sekarang wang itu dikembalikan semula setelah Terengganu kembali kepada UMNO. Tidakkah tindakan itu jelas menunjukkan UMNO/BN gagal menerima hakikat kekalahan?

Saya juga ingin menasihatkan kepada Pemuda UMNO khususnya di Pasir Mas agar menumpukan agenda kepada pemerkasaan agama dan bangsa sebagaimana yang mereka laung-laungkan. Suarakan pandangan yang membela rakyat agar perjuangan membela agama dan bangsa tidak hanya dipandang retorik semata-mata.

Posted on 22 Julai 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Sebenarnya UMNO tak sedar bahawa diri mereka yang tidak dapat menerima kekalahan.

    Kehilangan empat negeri dan gagal merampas kelantan, telah menyaksikan bagaimana pemimpin dari parti paling korup ini telah bertindak di luar batasan demokrasi yang kononnya mereka dokongi, apabila bertindak dengan ganas merampas negeri Perak dengan cara memperalatkan Raja-raja, mempergunakan sistem kehakiman dengan rakusnya dan banyak lagi perbuatan yang amat memualkan untuk diceritakan satu persatu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: