ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia


Salam Perjuangan…

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato’ Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang diperolihi, lapor YB Drs. Khalil Idham Lim.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Allahyarham telah memenangi DUN Permatang Pasir pada pilihanraya 2004 dan 2008. Di dalam PRU 2004, Allahyarham dari PAS mengalahkan Md.Isa Ramli dari BN dengan majoriti 679 undi dan pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Hamdan mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Suhaib dengan majoriti 5,433 undi.

Menurut amalan biasa dan mengikut akta SPR pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari apabila berlaku kekosongan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.

Berdasarkan pilihanraya kecil Penanti, UMNO BN dijangka tidak akan meletakkan calonnya di Permatang Pasir kerana ia didakwa sebagai satu percaturan politik Pakatan Rakyat dan ia membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit, apa tah lagi di DUN Permatang Pasir ini UMNO BN hanya memperolehi 5,571 undi berbanding PAS PR yang memperolehi 11,004 undi.

Semuga roh Allahyarham ditempatkan ditempat yang terpuji… Al Fatihah.. – greenboc

Posted on 31 Julai 2009, in Uncategorized and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: