Himpunan Mansuh ISA Berjaya


Salam Perjuangan…

Perhimpunan bagi membantah ISA telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun tidak dapat turut sama dalam bantahan tersebut kerana terpaksa bertolak ke Sabah, hati ini merasa sedih kerana tidak dapat menyumbangkan tenaga dalam membantu menjaga keselamatan (Unit Amal) di perhimpunan tersebut.

Tapi darah dalam diri ini berkobar-kobar setiap detik bila membaca berita dari blog sahabat-sahabat yang berada di sana. Keterlampauan yang dilaporkan membuatkan darahku naik meyirap membakar semangat jiwa mudaku. Lebih-lebih lagi apabila berita mengatakan anak buahku tertangkap semasa menjalankan tugas.

Demonstrasi aman sama sekali tidak menganggu ketenteraman awam. Itu merupakan pandangan majoriti rakyat Malaysia yang telah membuat undian sms melalui 7 Edition, NTV7. 80% responden undian sms berpendapat demikian, hanya 20% sahaja yang berpendapat selari dengan pemimpin-pemimpin UMNO BN dan juga polis yang menyifatkan demonstrasi aman boleh menggugat ketenteraman orang awam.

Bila YB Dato’ Seri Nizar menyalakan lilin, ulamak Umno mula melatah mengatakan ianya salah di sisi Islam. Tapi bila ISA, semua ulamak Umno ni dia diri jer, buat-buat tak tahu jer. Begitu juga dengan isteri-isteri pimpinan negara yang langsung tidak menutup aurat, hmmm… tak tahu la apa nak jadi dengan ulamak Umno ni.

Selasa 4 Ogos ni saya akan mula mendaki dalam ekspidesi menawan Gunung Kinabalu anjuran pejabat setiausaha kerajaan negeri Kelantan. Saya berharap dapat sampai ke puncak untuk menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Doa daripada sahabat-sahabat ditagih untuk memberi kekuatan bagi mencapai hasrat dihati. Insya Allah, 8 Ogos ini kembali semula Kelantan.

Posted on 2 Ogos 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. pemudapaskijal

    Asslmu’Alaikum.

    Syabas dan tahniah kepada semua pejuang-pejuang yang menghadiri Himpunan ISA.

    Walaupun tidak berjaya berarak sehingga ke Istana Negara, namun mesej yang ingin disampaikam kepada Kerajaan Najib dan isterinya teleh berjaya disempurnakan dengan jayanya walaupun ditekan begitu rakus oleh pihak polis.

    Ins’Allah ianya akan berterusan sehingga Akta ISA dimansuhkan.

    Kepada semua Pejuang-pejuang, kita akan berarak pula ke PRK Permatang Pasir demi mempertahankan Keadilan dan Hak Rakyat.

    ALLAHUAKHABAR.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: