Pendakian Gunung Kinabalu


Salam Perjuangan…

Alhamdulillah, pada 4 – 5 Ogos baru-baru ini saya telah berjaya menjejakkan kaki saya di puncak Gunung Kinabalu bersama rakan-rakan seperjuangan.

Perjalanan pendakian ini bermula pada 2 Ogos bersama rombongan seramai 33 orang dengan menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk menaiki kapal terbang air asia ke Kota Kinabalu. Setibanya di sana pada 3 Ogos, saya disambut oleh bapa saudara saya yang berkhidmat sebagai guru di sana.

Berkebetulan beliau bercuti seminggu kerana pelajar sekolahnya terkena jangkitan virus H1N1. Saya terus di bawa ke kedai makan, al maklumlah, flight jam 12.50 tak sempat nak makan tengahari. Selepas makan, solat jama’ ta’khir dekat surau Putra Jaya dan terus ke Mesilau tempat pendakian yang akan bermula pada keesokkan harinya.

Flag off telah disempurnakan oleh YB Abdul Fattah Mahmood, Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Kerajaan Negeri Kelantan pada jam 8.00 pagi dan saya mula bertolak ke Laban Rata jam 9.00 pagi dengan memikul beg seberat 12.5 kg.

Perjalanan melalui Mesilau sepanjang 8.2 km berbanding melalui Timpohon yang hanya 6 km sahaja. Saya sampai di Laban Rata hampir jam 5.30 petang, hampir 7 jam 30 minit (terlalu lama). Selepas berehat, solat serta makan, masa untuk tidur untuk bangun seawal jam 1.30 pagi untuk pendakian seterusnya untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

Pada pagi itu, tubuh saya mula merasa kelainan, pening, tidak lalu makan dan perut memulas. Mungkin kena Acute Mountain Sickness (AMS). Perjalanan ke puncak bermula agak lewat iaitu jam 3.00 pagi.

Saya bersama rakan-rakan solat Subuh di pertengahan perjalanan. Sungguh indah pemandangan pada pagi itu. Saya bernasib baik kerana 2 / 3 hari sebelum ini semua pendakian tidak dibenarkan kerana masalah cuaca yang tidak mengizinkan pendakian dibuat. Mungkin berkat solat hajat dan doa para peserta yang membolehkan pendakian dibuat pada pagi itu.

Saya tiba dipuncak agak lewat iaitu jam 7.30 pagi bersama-sama Asyran (pendaki Gunung Everest Solo) dan saudara Al-Hafeez pemuda Ketereh. Seramai 13 orang sahaja daripada 25 orang yang berjaya menawan Gunung Kinabalu. Sesampainya di sana saya bersama saudara Al-Hafeez sempat mengibarkan bendera PAS bagi mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) dan juga bagi mewakili Jabatan Amal Kelantan selaku pengarah Jabatan Amal Negeri Kelantan (bendera Unit Amal tak sempat nak bawa).

Sejurus sampai di sana, saya mula azan menyatakan kebesaran Allah, tapi hati ini begitu hiba melihat kebesaran Allah hinggakan laungan azan diiringgi dengan sendu sedan tangisan yang mengagungkan Allah.

Selesai azan saya didakapi rapat oleh saudara Asyran yang terasa hiba bila mana laungan azan dilaungkan. Ini merupakan kali ke 5 kalau tak silap saya, beliau telah sampai ke puncak Gunung Kinabalu ini.

Selepas itu turun kembali ke Laban Rata untuk persiapan balik. Saya dan rombongan turun melalui jalan Timpohon. Jauh bezanya dengan jalan pendakian sebelum ini, jalan Timpohon hanya ada pokok-pokok hutan sahaja berbanding dengan jalan Mesilau yang begitu indah dengan pemandangan.

Insya Allah, kalau diizinkan Allah, saya akan ke sana lagi. Doakan ana dimurahkan rezeki.


Posted on 12 Ogos 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 20 Komen.

  1. cikgunurionline

    tahniah

  2. best nyo buleh naik gunung kinabalu

  3. salam..
    mau tanya..
    berapa biaya total untuk perizinan dan biaya pendakian ke gunung kinabalu..?
    terimakasih…

    • Wsalam, kalau pergi sendiri, kosnya lebih kurang dlm RM 1,000 (itu kos saya dr kelantan, malaysia). Itu semua termasuk dgn tiket, byaran pdakian & pginapan di laban rata. Cuma tempahan (flight) kena buat awal, lagilah murah.

  4. as salam…
    Saya & suami dah pun daki di sana…tapi sampai Laban rata aje.. sebab saya rasa pernafasan tersekat mcm AMS….jadi pagi tuh saya & suami tak dapat naik puncak disebabkan saya AMS …tapi kami tak akan mengalah… insya-allah bulan april nih kami akan daki sekali lagi…Jadi tahniah…yg berjaya tuh sampai puncak..

    Wa’alaikumussalam

    Insya Allah, azam dan tekad yg tinggi serta stamina yg tinggi dapat kali ini saudari & suami dapat menawan gunung kinabalu nanti. Saya hari tu pun ada masalah penafasan, tapi saya mulakan perjalanan / langkah perlanan-lahan. Jadi alhamdulillah sampai juga ke puncak walaupun slow skit daripada org lain. Apa yang penting jgn ikut rentak orang lain mendaki, ikut rentak kita sendiri, rasa pening telan ubat selalu, jangan nanti pening tu merebak.

  5. nak mendaki lagi ker?

  6. keseronokan mendaki tak dapat dilupakan, siapa yg tak nak, tp masa masih mencemburui

  • best nyer. aku penah daki juah. sampai kat puncak jam 4.40. nyesal datang awal. dah la sejuk. baju tebal nak mati pun sejuk juak.

  • Wahhh seronok baca pendakian saudara, saya akan ke kinabalu Insyaallah 6-9 ogos ni, tempahan suma dah buat. Saya ni kesana sempenan Team Building untuk office, cuma 17 orang je, sekarang dok jogging hari2 untuk stamina, weekend gi panjat gunung area semenyih je.. harap2 lepaslah sampai puncak kat kk tu

  • hoho sy nk p bln 1 thn dpn..ati agk berdebar2 gak nie..x sbr ase…

  • salam,

    saya baru nk buat perancangan dengan ahli2 persatuan di uitm untuk mendaki gunung kinabalu ni…boleh kah bagi sedikit panduan mengenai travel guide,tambang dan keperluan semasa di sana? terima kasih

  • Nor Aliah bt Mohd Yusof

    best juga pergi ye…kemungkinan saya akan pergi untuk kali kedua dalam tahun ni tapi masih dlam perancangan.costing mahal tak.

  • memang mhl….

  • saya mahu mndki gnung kinbalu

  • wooii mne ade mahal…..

  • costing tk mhl…

  • baguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuus!!!!!!!!……..

  • nk tanye berape harga hotel Laban Rata tu please reply cpt sbb saya dh pernah mendaki gunung kinabalu tp x sampai atas sbb tu nk tanye berape harga Laban Rata tu

  • emmmm….beshnye…insyallah bln april 2012 sy akn jejak kaki kt sane..xsabar nk tgk ciptaan-Nya.

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: