PRK Permatang Pasir : Keputusan Rasmi PAS Menang Besar


Salam Perjuangan…

Mohd Salleh Man (PAS) dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam --fotoBERNAMA

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir telah memihak kepada PAS dengan mengalahkan BN. Umno / BN buat kali ketujuh dalam Pilihan Raya Kecil telah kecundangan kepada Pakatan Rakyat dengan ketentuan Allah setelah kali terakhir mengalami kekalahan kepada PAS dalam PRK Manek Urai dengan majoriti 65 undi.

Keputusan Penuh :
Mohd Salleh Man (PAS) = 9,618
Rohaizat Othman (UMNO / BN) = 5,067
Majoriti = 4,551

Besar harapan saya dan serta rakyat Malaysia agar Mohd Salleh Man dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna kepada rakyat Permatang Pasir. Saudara merupakan satu-satunya wakil yang menaikkan nama PAS di persada arena politik Pulau Pinang yang insya Allah akan membawa kepada penerimaan PAS oleh semua masyarakat sesuai dengan moto “PAS Untuk Semua”.

Abdikan diri sebagai hamba rakyat yang sanggup berkorban demi rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada PAS selama ini.

Akhirnya, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua petugas yang membantu PAS dalam PRK Permatang Pasir yang tidak kenal erti penat jerih dalam perjuangan untuk memenangkan PAS. TAHNIAH!!!

Posted on 25 Ogos 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: