PRK Permatang Pasir : Majoriti lebih 65 undi satu kemenangan besar


Salam Perjuangan…

AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, berdasarkan serangan BN ke kawasan pengundian Permatang Pasir sekarang, menang dengan melebihi 65 undi majoriti sudah menang besar untuk PAS.

65 undi adalah majoriti undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai. Ia dicapai selepas serangan bertubi-tubi BN dengan pelbagai cara.

“Jika PAS boleh menang lebih 65 undi, saya anggap dan isytiharkan ini satu kemenangan besar apatah lagi kalau menang dengan majoriti beribu-ribu,” kata Kamarudin, AJK PAS Pusat.

Kamarudin dihubungi ketika dalam perjalanan pulang dari Permatang Pasir ketika dihubungi petang ini.

Sementara itu, pilihanraya kecil N.11 Dun Permatang Pasir berjalan dengan lancar walaupun terdapat kesesakan teruk di beberapa lokasi pusat pengundian.

Lapan lokasi tersebut ialah Sekolah Rendah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang Semang,Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lay Keow, Pekan Permatang Pauh.

Calon PAS, Mohd Salleh Man yang ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Sama Gagah berkata beliau yakin akan memenangi pilihan raya kecil kali ini walaupun terdapat usaha daripada Barisan Nasional dan Umno untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Manakala calon daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman yang ditemui di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan(C)Lay Keow, Pekan Permatang Pauh berkata beliau juga pasti mahukan kemenangan berpihak kepadanya.

Ronnie Liu, Exco kerajaan negeri Selangor yang ditemui berharap PAS akan memenangi pilihan raya kecil ini dengan majoriti yang lebih besar daripada keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Di perkarangan SJK(C)Lay Keow berlaku sedikit ketegangan apabila penyokong-penyokong daripada Barisan Nasional membawa bendera parti yang besar sehinggakan menimbulkan perasaan tidak puas hati penyokong PAS yang berada bertentangan apabila mereka dilarang berbuat demikian oleh pihak polis.

Namun begitu tindakan segera SPR dan anggota polis yang bertugas berjaya meredakan keadaan.

Manakala di hadapan SM Sama Gagah berlaku ketegangan yang teruk apabila kedua-dua penyokong yang berada bertentangan terpaksa berasak-asak dalam kawasan yang sempit sehingga menimbulkan kesesakan melalui Jalan Sama Gagah.

Keadaan yang sama juga berlaku di SK Permatang Pauh dan SK Seri Penanti yang bertentangan antara satu sama lain. – Siasahdaily

Advertisements

Posted on 25 Ogos 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: