PRK Permatang Pasir : Adakah Faktor Kemenangan PAS Kerana Serangan Peribadi ?


Salam Perjuangan…

Berbagai komen dan analisa dibuat oleh penganalisis politik mahu pun penulis yang menyokong Umno / BN mengatakan salah satu faktor kemenangan PAS di PRK Permatang Pasir adalah kerana faktor serangan peribadi ke atas calon lawan.

Itulah Umno / BN, bila berjumpa lawan sama gagah dan sama padan sama ada dari sudut ilmu (sijil la kononnya yang calon ada), kredebiliti, tidak terlibat dalam pecah amanah dan sebagainya yang boleh menaikkan imej seorang calon itu, pelbagai alasan digunakan bila mana calon mereka kalah lebih-lebih lagi apabila adanya serangan peribadi terhadap calon.

Adakah salah PAS mencanangkan kepada rakyat supaya tidak memilih calon yang sebegini tidak jujur.

Jika ini menjadi kayu pengukurnya, maka penganalisis politik / pengamat politik telah tersilap pandang / lupa pada sejarah. Padahal baru jer perkara ini berlaku di dalam PRK Manek Urai. Apa yang telah dicanang oleh pimpinan Umno / BN kepada rakyat Manek Urai, meraka ini menghina calon PAS ketika itu iaitu Abe Uji dengan mengatakan beliau tidak berpelajaran dan tidak layak untuk memimpin rakyat Manek Urai.

Begitu juga dengan PRK Pengkalan Pasir, calon PAS sewaktu itu Hanifa Ahmad diperkota katikan oleh Umno / BN dengan mengatakan itu dan ini.

Adakah ini bukannya suatu serangan peribadi. Kenapa baru sekarang faktor ini baru nak dipertimbangkan, dianalisakan serta diamat-amatikan. “Melayu mudah lupa” ; kata Mahathir.

Nampak sangat penganalisis politik / pengamat politik yang semacam pro Umno / BN ini seperti lupa pada apa yang Umno / BN telah buat / perkosa kepada PAS semasa PRK Manek Urai dengan serangan peribadi, dakyah, taktik kotor dan sebagainya untuk meraih undi.

Umno / BN kena ingat kuasa Allah itu lebih hebat dari segala-galanya. Jangan ingat Umno / BN bolah memerintah negara ini sampai bila-bila. Rakyat sekarang buka macam dulu yang tidak tahu apa-apa perkembangan semasa, rakyat sudah berani untuk menyatakan pendirian mereka sendiri. Tunggulah akan kehancuran Umno / BN nanti.

Advertisements

Posted on 26 Ogos 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Salam Al-Mubarak. Begitulah sikap BN serta medianya, kalau menang umpama ayam jantan berkokok berhari-hari sampai berminggu, tetapi bila tewas haha tengoklah lagak ayam jantan yang kalah!. Tentang pilihanraya dibuat pada hari kerja tu…sengaja dibuat agar pengundi di salauran 3,4 & 5 tak dapat turun, maklumlah bukan senang nak ambil cuti diPRK dimana peluang mereka nak menang adalah tipis. Dengan harapan bila saluran berkenaan tak turun bermakna BN boleh menang…tetapi mereka buat silap lagi. Kita lihatlah PRU13 nanti walaupun masih lama, tetapi kita masih yakin dan bertambah yakin BN akan tumbang akhirnya. Perhatikan gelagat media BN…merekalah penyebab rakyat bertambah sakit hati dengan BN. Mereka bukan mendidik atau menyampai maklumat dengan ikhlas, tetapi sebaliknya memperBODOHkan rakyat 1Malaysia.

  2. Sebenarnya UMNO dan semua yang dikuasainya adalah bersikap bacul dan dayus. Merka tidak berani dan tidak mahu menerima hakikat kekalahan.

    Kalau kita lihat siri-siri kekalahan UMNO dalam PRK yang berlaku, semua penganalisa dan pengamat politik yang pro UMNO hanya akan menyalahkan parti-parti lawan kononnya menggunakan cara yang tidak elok untuk menang. Tidak pernah mereka hendak menegur walau sekali bahawa kekalahan UMNO ini adalah sebenarnya disebabkan oleh diri pemimpin-pemimpin parti itu yang dilihat rakyat terlalu teruk. Dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan fakta, dan macam-macam keburukan lagi.

    Sebenarnya rakyat telah muak dengan sikap mereka ini. Sebab itulah walaupun pemimpin Pakatan Rakyat meletakkan calon yang masih masih baru, calon ini akan mendapat sokongan padu.

    Apa yang dilakukan oleh mereka ini yang hanya tahu mengampu pemimpin-pemimpin umno hanya akan membinasakan parti UMNO itu sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: