Umno upah, latih pelajar sekolah bencikan Pakatan Rakyat


Salam Perjuangan…

Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju ‘T’ yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi ‘pasukan sorak’ bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.

Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju ‘T’ yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.

Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan ‘Pemuda Satria’ merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan Umno.

Sekiranya sesiapa berada di sekitar UPU berkenaan pastinya terdengar slogan, ‘pangkah PAS dapat apa jawapannya neraka’, ‘siapa barua DAP jawapannya PAS’, dan berbagai lagi sehinggakan ada yang termakan provokasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hadir dengan bantuan polis bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.

Namun, apa pun cubaan Umno dan BN untuk mencetuskan pergaduhan, jentera Pakatan Rakyat tidak berganjak daripada kawasan yang dikhaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berbanding dengan jentera BN terutamanya Wanita Umno yang memakai pakaian bertemakan kemerah-merahan dan Puteri Umno yang dilihat lebih suka berteduh di rumah penduduk atau di bawah rimbunan pokok di kiri kanan bahu jalan bahkan kereta pengangkut undi BN juga berehat awal.

Inilah perbezaan antara jentera Pakatan Rakyat dan BN mereka sanggup berpanas dan berhujan kerana perjuangan untuk menegakan keadilan dan kebenaran tambahan lagi pilihanraya kecil itu diadakan pada awal Bulan Ramadhan.

Tentunya tekak terasa pahit dan dahaga tetapi kerana memartabatkan perjuangan Islam yang dibawa PAS jentera Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus berdiri teguh sambil melaungkan perkataan membesarkan Allah SWT dan sekali sekala mengajak orang ramai yang melalui hadapan mereka supaya memberikan sokongan pada calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Pelajar sekolah itu dikatakan diberi upah RM20.00 – RM30.00 seorang dan pernah dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika ditanya pandangannya berkata, Umno dan BN kini telah hilang kewarasan apabila menggunakan pelajar sekolah dalam kempen di hari pencalonan.

“Sepatutnya, Umno dan BN bersikap matang untuk berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat, tetapi apa boleh buat pemuda sekarang lebih bijak memilih perjuangan Pakatan Rakyat yang nampak lebih ketrampilan memerintah berbanding BN yang penuh dengan penyelewengan dan penipuan.

“Golongan muda sudah hilang kepercayaan pada Umno menyebabkan mereka terpaksa mengimpot pelajar sekolah untuk meramaikan sokongan, ” ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Saat pula menegaskan, BN jelas melatih golongan muda dengan duit.

“Pelajar dibayar upah dengan duit dan tidak mustahil memperbanyakkan lagi budaya sogok, ” ujarnya lagi. – harakahdaily

Posted on 28 Ogos 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Inilah budaya yang digunakan Umno untuk memastikan kuasa mereka terus dipertahankan. Mereka tidak memperdulikan caranya. Asalkan matlamat tercapai, apa saja cara, tak kira halal atau haram, akan digunakan.

    Mudah-mudahan Allah hancurkan dengan segera binatang perosak yang bernama UMNO.

  2. asalmkum saudara..sebelum berkata seuntai kata biar saya tawaruh dulu diri saya..saya seorang pelajar engineering di salah sebuah institusi pengajian tggi terkemuka di malaysia ini..dan saya juga salah seorg pemerhati politik yg memang saya mengambil berat soal politik di negara sya yg tercinta ini..
    bagi saya pada mase keadaan dunia sekarang kejayaan n kemajuan serta keutuhan dan juga keharmonian sesebuah negara itu bergantung kepada kestabilan politik dalaman dan luarannya…

    sebelum saya mengutarakan pendapat n informasi saya,saya ingin katakan bahawa saya seorg penyokong kerajaan..dan saya akan terus menyokong kerajaan yang mentadbir negara kita dengan cekap..

    oleh itu,berdasarkan kenyataan saudara mengenai BN mengupah anak-anak kecil di kalangan pelajar sekolah rendah sebagai balaci untuk membenci pakatan rakyat dan juga pimpinannye..soalan saya..

    1.adakah saudara mempunyai fakta mengenainya??

    2.adakah saudara melihat sendiri kejadian tersebut atau mendengar sahaja ckp2 org..??

    3.adakah saudara dengan kenyataan saudara ini sebabnya saya sendiri akan menyiasatnya perkara ini kerna saya mempunyai ramai sahabat di seluruh malaysia yg mempuyai semangat cintakan negara seperti saya dan kami akan membanteras musuh2 negara yg cube untuk menghuru-hara negara dengan kate2 FITNAH dan kenyataan yg mengelirukan rakyat..

    4.sejauh mane pengetahuan saudara mengenai politik di negara kita ini..

    5.dari manakah saudara mendapat sumber maklumat mengenai politik negara? adakah dari mulut org,ceramah2 pemimpin PKR sendir,dari bualan kedai kopi or pape jelah..

    setakat ini sahaja soalan saya wat mase ini..ade lagi cume ini pertemuan pertama kita..xmanis r untuk bertanya banyak2 kan..
    sauadara..bukan niat saya untuk bermusuhan..kita hidup dalam satu negara..
    perdana menteri ialah pemimpin yg memimpin kita dan bukanya kite memimpin sekali..tp kita perlu membantu pemimpin kita sekali..
    mesti sauadara berkata kita berhak menguarakan pendapat kita..tp saudara perlu sedar..xsume org dilahirkan sebagai pemimpin yg berkebolehan..kita boleh mnyuarakan pendapat kita tp dengan cara yg terbaik…
    ni x..kutuk sana sini..fitnah sana sini tanpa usul periksa..cam ni ke rakyat malaysia..

    saudara nampaknya pengikut pari pakatab rakyat kan..
    setakat ini saya nk tanay saudara..apakah sumbangan mereka terhadap negara..??
    dan saya tau anda mengagungkn anuar ibrahim kan..
    apakah sumbangan anuar terhdap negara kita ini..??
    permintaan saya,saya ingin saudara mencari sendiri maklumatnya..

    salam uhkuwah daripada saya….
    asalamkum…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: