Kelantan bermaruah, bukan lapar wang


Salam Perjuangan…

Dua rakan saya beraksi dalam Sembang Sembang Awani malam ini, berbincang tentang royalti atau ehsan.

Kedua YB Ibrahim Ali dan YB Alwi seronok berbincang bagaimana nak guna duit ehsan nanti. Royalti atau ehsan tak penting bagi mereka berdua, asal dapat duit.

Kalau pemikiran seperti itu diberikan ruang menguruskan negeri, saya sangat kecut.

Royalti bermakna kedaulatan negeri dihormati. Perjanjian dipatuhi dan pemimpin Kerajaan Pusat berintegriti dan ada pemikiran menjunjung rule of law dan meletakkan perhitungan politik kepartian di bawah.

Malang, pemikiran kepartian masih menebal, hak dalam bentuk royalti sanggup ditukar kepada wang ehsan dengan dikawal oleh Kerajaan Pusat, sedangkan itu hak Kerajaan Negeri tak kira siapa juga yang mentadbir Negeri berkenaan.

YB Alwi dan YB Ibrahim cuba menutup niat politik ini dengan menekankan yang penting rakyat Kelantan mendapat wang, tak kira atas apa nama.Seolah rakyat Kelantan begitu laparkan wang dan tak mempedulikan maruah tak bermaruah. Aduh.., UMNO tetap UMNO.

Kalau ia dibayar kepada Kerajaan Negeri adakah rakyat Kelantan tidak akan mendapa faedah? Ia masih jatuh kepada rakyat dan pada masa yang sama, mematuhi segala perjanjian yang dengan sendirinya menaikkan martabat Kerajaan Pusat.

Melalui wang ehsan, rakyat mungkin mendapat faedah tetapi Kerajaan Pusat telah melanggari sekian banyak nilai mulia dan prinsip-prinsip asas.

Selepas Kerajaan Negeri menuntut dan tuntutan itu telah berjaya pada tahap pertama iaitu pengakuan wujudnya pengeluaran petroleum di Kelantan dengan bayaran ehsan itu, dua YB itu tak segan silu cepat-cepat menunjuk handal berkhayal untuk apa wang itu akan digunakan.

Tak salah berkhayal dan tunjuk handal, tapi janganlah tahu nak guna wang tak tahu nak menyokong tuntutan ini termasuk menjadikan bayaran itu adalah royalti. Masa Kerajaan Negeri mula tuntut, YB Ibrahim kata janganlah pandai nak cari wang mudah. Sekarang, dia pula mudah-mudah tunjuk pandai…

Kedua, kenapa tidak menuntut dibayar bagi telaga-telaga yang lain juga dan hanya berpuas hati pembayaran atas telaga Bumi Selatan? Banyak lagi telaga dalam perairan Kelantan. Kenapa berbelit-belit atas fakta yang salah?

Bersabar lah dulu. Teruskan perjuangan menuntut hak yang sebenarnya lebih banyak dan lebih besar. Berjiwa Kelantan dengan jujur. Biarlah Kelantan mendapat semua haknya. Jangan cepat berendam dalam nikmat yang diperjuangkan oleh rakyat, kononnya atas nama rakyat, dengan menggendalakan perjuangan rakyat yang lebih besar dari apa yang ditawarkan.

Nak dikatakan Kerajaan Pusat lebih jujur dan cekap mengendalikan wang rakyat, tengok laporan akhbar hari ini. YB Khairy dilaporkan menyebut;

Debating on the Supply Bill, Khairy also called for a stringent monitoring of such effort to prevent public funds from going “missing”.

Citing an example, he said RM238mil was disbursed to one company but the funds later went missing. The matter was later brought to the court. a

Tengok laporan PAC tentang PKFZ. Bagaimana mudah wang negara diselewengkan. Menteri keluar surat sokongan, bon dikeluarkan dan jadi beban Kerajaan dan Kabinet dengan sebegitu ramai Menteri terpaksa setuju atas apa yang telah disangkutkan kepada Kerajaan dengan nilai berbillion ringgit.

Kalau satu Kabinet boleh cuai sampai rugi berbilllion ringgit, belum tentu Kerajaan Pusat mampu jana faedah optimum pada rakyat Kelantan dengan duit ehsan ini.

Dah nampak jalur apa ada dalam kepala mereka bila ada ahli panel dah cadang duit ini diguna untuk infra, pelancungan dan segala macam yang lazimnya berakhir dengan …..

Pengalaman Terenganu masih segar. Segalanya untuk rakyat, tetapi siapa yang kaya raya…? – Husam Musa

Posted on 6 November 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: