UMNO Perlu Berundur – The Australian


Salam Perjuangan…

Setelah seminggu mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rumusan awal oleh dunia antarabangsa ialah mantan timbalan perdana menteri itu sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi.

Di Australia, parlimen menerima laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negaranya bersabit isu Anwar.

Pengerusinya Michael Danby memaklumkan parlimen bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi di dapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar.

Danby memberitahu parlimen bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Ahli politik veteran mengenai hal ehwal Asia ini berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar.

Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999.

Menurut beliau kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip-prinsip demokrasi.

Danby menegaskan bahawa semua pihak di Malaysia dan pengamal undang-undang antarabangsa yakin Anwar tidak bersalah atas semua tuduhan ini.

Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadap Anwar diulang kerana beliau adalah satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.

Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih daripada lima dekad.

Di bawah Umno, Malaysia sudah pun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.

Untuk perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini.

Contohnya ketika ekonomi Malaysia mengucup negatif 2.8 peratus tahun lalu, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus. – greenboc

Advertisements

Posted on 8 Februari 2010, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Anwar yang benar dan suci,

    Siapa tuduh dia tanpa bukti ikut Islam adalah saitan.

    Apa nak jadi Malaysia semua pemimpin bermuka manusia berhati dan nafsu saitan iblis.

    Harap Allah musnahkan mahluk ini.

  2. Australia kafir pun tahu mn hak, mn yg batil

    Salam ziarah..tgh blogwalking..boleh tak tumpang parking http://tunhisyamuddin.blogspot.com di sini, sahabat. Syukran

  3. kalau betul anwar difitnah,kenapa beliau tidak berani tuk bersumpah laknat????????saiful tidak bodoh tuk memperjudikan nasib 7 keturunan beliau dengan sumpah laknat andai beliau sedang berbohong..dan jika dilihat pada air muka antara saiful dan anwar,mana yang lebih jernih??????nilai betul2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: