PRK Tenang : MCA Terus Bangkit Isu Negara Islam PAS


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau akan terus menimbulkan agenda negara Islam PAS sebagai satu isu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang memandangkan ia merupakan tugasnya sebagai presiden parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas arahan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Chua berhenti daripada mengkritik tindakan calon PAS Normala Sudirman yang enggan berjabat tangan dengan orang bukan muhrim.

Chua berkata Muhyiddin sepatutnya memberitahu demikian kepadanya melalui saluran dalaman parti.

Media juga tidak perlu memberitahu perkara itu kepadanya, kata Chua lagi dalam satu sidang media lewat petang semalam.

Tambahnya, isu negara Islam yang diperkatakan itu bukanlah satu isu baru atau direka-reka oleh MCA.

Chua menjelaskan, ia berdasarkan perlembagaan PAS yang jelas ingin menubuhkan satu negara Islam dan beliau bertanggungjawab menjelaskan agenda sebenar parti Islam itu kepada masyarakat Cina.

Chua dan ketua pergerakan wanita Gerakan Datuk Seri Tan Lian Hoe sebelum ini mencemuh tindakan Normala yang enggan berjabat tangan dengan bukan muhrim.

Tindakan Normala itu disifatkan sebagai satu langkah ke arah pemerintahan negara berasaskan Islam.

Ia juga menerima cemuhan daripada naib presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang antara lainnya berkata langkah yang diambil Normala itu mencerminkan ideologi konservatif PAS.

Bagaimanapun, Muhyiddin mahu isu berkenaan tidak diperpanjangkan lagi kerana BN tidak sepatutnya mengeksploitasi tindakan Normala itu. – malaysiakini

Itula UMNO, masa dengan pengundi melayu dia cakap PAS tak nak laksanakan / tubuh negara Islam kerana jaga DAP, masa MCA dengan pengundi Cina pula lain pula jadinya. Di khabarkan PAS akan laksanakan Islam. Penipu BESAR nie, UMNO hanya buat bodoh, dah memenag bodoh pun.

Posted on 25 Januari 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: