PRU 13 : Kelantan, P. Pinang kekal milik Pakatan


BN dijangka menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan majoriti lebih besar, tetapi sukar untuk meramalkan sama ada ia majoriti mudah atau dua pertiga, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata pengundi Malaysia diramal akan mengundi BN lagi setelah mencuba pembangkang pada 2008.

Ramalan ini berdasarkan perkembangan terbaru politik tanah air, kata Chua dalam syarahannya berjudul “Barisan Nasional dan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia” pada siri Kuliah Unggul S.Rajaratnam School of International Studies (RSIS) di Singapura, semalam.

Teks syarahannya difaks ke Bernama.

Chua berkata pengundi Malaysia kini lebih bijak dalam membuat pilihan. Selepas mencuba ‘Pakatan’ atau gabungan pembangkang pada 2008, ramai memilih mempertaruhkan Barisan dalam suasana politik yang jelas kini.

BN terus berkuasa

“Saya yakin majoriti Barisan yang konsisten akan kekal konsisten dalam PRU ke-13 dan selepasnya. Perdana Menteri “baru” (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berusaha meraih kemenangannya yang pertama dalam pilihan raya umum, tetapi segala petanda membayangkan bahawa BN akan terus berkuasa selepas PRU ke-13,” kata beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata cakap-cakap mengenai PRU akan diadakan tahun ini hanyalah spekulasi oleh kerana penggal sekarang hanya berakhir pada 2013.

Beliau meramalkan dalam PRU akan datang, Pakatan Rakyat mungkin kekal berkuasa di Kelantan dan Pulau Pinang tetapi terpaksa bekerja keras di Kedah, Perak dan Selangor sementara Johor, Sabah dan Sarawak akan terus menjadi “simpanan tetap” BN yang memerintah, yang merangkumi hampir 35 peratus dari jumlah kerusi parlimen.

Pakatan banyak percakaran

“Barisan akan memenangi lebih banyak kerusi parlimen dan peratusan undi popular yang lebih besar. Sementara itu, lebih banyak percakaran dijangka berlaku di kalangan parti Pakatan.

“Di negeri-negeri Pakatan berkuasa, kekuatan dewan negerinya mungkin menurun,” kata beliau.

Chua berkata lebih banyak langkah ke arah isu-isu keprihatinan awam yang merentasi sempadan kaum dan agama akan dilakukan, sementara kempen politik akan lebih berasaskan isu, daripada mirip kepada sesuatu yang memaparkan identiti kaum.

“Kualiti urus tadbir menjadi kritikal. Pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat berpusat pada sistem penyampaian, prospek pertumbuhan dan keselamatan awam,” katanya. – Bernama

Posted on 25 Januari 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: