Manisnya Perjuangan Dalam Kegetiran


Kerana manisnya perjuangan dalam kegetiran, Muhajirin diangkat darjatnya, ahli Badar diampunkan kesalahan dan dijanjikan syurga. Menjadi kumpulan elit dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Yakin apa sahaja yang berlaku adalah atas percaturan Allah SWT. Makhluk tidak dapat memberikan bekas melainkan sekadar yang diizinkan oleh Allah.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah, Siti Hajar rela ditinggalkan bersama anaknya Ismail di tanah yang tandus kerana yakin Allah tidak akan mempersia-siakannya dan anaknya.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Nabi Ismail sanggup disembelih oleh Nabi Ibrahim.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Maryam taat dengan perintah Allah untuk mengoyangkan pohon kurma dalam keadaan lapar dan sarat mengandung walaupun pohon kurma itu tersangat keras. Berkat keyakinan dengan apa yang Allah perintahkan beberapa biji kurma gugur dengan izin Allah.

Bagaimana dengan kita? Sejauh manakah kita merealisasikan sami’na waatho’na , kami dengar kami taat. Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah kami dari kalangan orang yang menyucikan diri. Ameen.

Untuk renungan bersama :

Hadis Ibn Abbas yg dikeluarkan oleh Imam atTermidzi ( 2440) dan Musnad Imam Ahmad (2666)

‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.’ – iluvislam.com

Posted on 27 Januari 2011, in Amal, Dakwah, Islam, Isu Semasa, PAS, Perjuangan, Politik, Semasa, Siasah and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. leroy jethro gibbs

    apa pendapat tentang suami calon PAS yang tipu sakit? dapat cuti sakit. tapi sihat sejahtera menemani isterinya.

    http://ohpolitik.blogspot.com/2011/01/suami-cikgu-mala-menipu-cuti-sakit.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: