PRK Tenang : Tenang Diberi Projek RM30 Juta, Jangan Silap Pilih


Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang agar tidak membuat kesilapan dengan memastikan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim menang Ahad ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata usaha membawa pembangunan ke DUN Tenang akan berhadapan dengan masalah jika pengundinya memilih calon pembangkang sebagai wakil rakyat mereka.

“Jangan membuat kesilapan dengan mengundi calon PAS, kerana kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah di bawah Barisan Nasional. Jika memilih pembangkang sebagai wakil rakyat maka usaha membangunkan Tenang akan berhadapan dengan masalah,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun di Tenang Stesen di sini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong, yang juga Ahli Parlimen Labis.

Pilihan raya kecil DUN Tenang pada Ahad ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azahar dengan calon PAS, Normala Sudirman.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan kelebihan undi sebanyak 2,492.

Muhyiddin berkata kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan demi kepentingan rakyat di DUN Tenang, namun bersedia menambah peruntukan itu jika tidak mencukupi.

Pembangkang, menurutnya tidak berkemampuan memerintah negara sebagaimana dilakukan BN kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP diibaratkan seperti “tidur satu bantal tetapi mimpi lain-lain.”

Beliau berkata PAS mahu mewujudkan negara Islam di Malaysia, tetapi DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang, menentang keras cadangan itu dengan Pengerusi Kebangsaan parti itu, Karpal Singh mahu PAS “langkah mayatnya dahulu.”

Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai bapa yang mempunyai empat anak, beliau turut bersedih dengan apa yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

“Saya ada empat orang anak dan jikalau anak kita mati, kita bersedih. Saya juga manusia ada perasaan, sebab itu kerajaan menubuhkan suruhanjaya kerana kita mahu mencari kebenaran,” kata beliau.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh, yang mayatnya ditemui selepas dia disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahun lepas.

Sementara itu, pada majlis sambutan perayaan Ponggal anjuran MIC Bahagian Labis di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Labis, Muhyiddin berkata kerajaan akan melaksanakan program bagi meningkatkan pendapatan masyarakat India.

Beliau berkata Program Menjana Pendapatan masyarakat India itu akan menyaksikan setiap keluarga India negara ini melaksanakan satu projek yang akan meningkatkan pendapatan mereka sekeluarga. — Bernama

Ugutan janji projek telah bermula di DUN Tenang jika memilih UMNO, tetapi diberikan jika pengundi memilih PAS. Perkara ini telah berlaku dibeberapa Pilihan Raya Kecil sebelum ini. Janji yang dilontarkan di Manek Urai, iaitu Jambatan menghubungkan antara Manek Urai Baru dengan Manek Urai Lama tidak dilaksanakan lagi, tetapi dipaparkan dipapan-papan tanda sebagai telah dilaksanakan.

Ingatlah wahai pengundi, UMNO nie cakap tak serupa bikin, pandai janji tapi tak pandai tunai. Jangan terpedaya dengan janji-janji manis UMNO yang mengula-gulakan pengundi dengan gula-gula yang boleh digula-gulakan kepada budak-budak.

Advertisements

Posted on 28 Januari 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: