Kenyataan Media Pemuda PAS Kelantan : Isu Debat Dengan Majlis Fatwa Kebangsaan


Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

ISU DEBAT DENGAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

 

LANTIK MOHD NOR DERIS SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Jamil Khir Baharom seperti yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian, 8 Februari 2011 (muka surat 11). Di bawah tajuk Nik Aziz tak perlu heret Majlis Fatwa, beliau dilaporkan menggesa agar al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.

2. Sukalah DPPNK mengingatkan Datuk Dr Jamil Khir bahawa individu yang mula-mula mencadangkan agar kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Raja-raja ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris. Ini disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 2011 di muka hadapannya. Tuan Guru hanya menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh wartawan berkenaan desakan tersebut ketika sidang media selepas menyampaikan kuliah di medan ilmu pada hari Jumaat, 4 Februari 2011. Tidak pernah timbul isu Tuan Guru Nik Aziz mencabar untuk berdebat dan sebagainya.

3. DPPNK ingin mengingatkan bahawa selaku Menteri Besar dan pimpinan tertinggi PAS, Tuan Guru Nik Aziz tentulah sepadan jika dipertemukan dengan individu yang mempunyai jawatan dan kuasa di dalam parti atau kerajaan. Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh para ulama atau Jamil Khir sendiri boleh berhadapan dengan Tuan Guru Nik Aziz dalam sesi perbincangan atau perdebatan.

4. Justeru, sekiranya UMNO melihat hanya Mohd Nor Deris layak berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz, DPPNK mencadangkan agar Mohd Nor Deris dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan diberikan tugas menjaga hal ehwal agama. Beliau amat berkelayakan menjawat jawatan tersebut memandangkan taraf ilmunya yang tinggi termasuklah mendakwa memiliki kasyaf untuk melihat tangan Nik Aziz menjadi tangan syaitan sewaktu kempen pilihanraya kecil Dun Galas baru-baru ini.

 

5. DPPNK juga tertarik dengan kenyataan Jamil Khir bahawa “Selesai dulu dengan Mohd Noor, soal agama ini bukan kira setaraf, layak atau tidak..” Jika benarlah Jamil Khir berpegang di atas prinsip ini, sudilah kirnya beliau menyatakan kesanggupan jika DPPNK menghantar mana-mana pimpinan Pemuda PAS cawangan atau kawasan untuk berdialog dengan beliau atas mana-mana isu agama khususnya yang melibatkan pertentangan di antara UMNO dengan PAS.

Sekian.

YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

 

Bertarikh : 8 Februari 2011

Posted on 9 Februari 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: