Kelantan : Apa Itu ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?


Apa itu ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

“Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada Pasangan Pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri.

 

Apakah Objektif Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

Menjaga kebajikan rakyat, meringankan beban kewangan dan mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial.

 

Apakah bentuk pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?

Wang tunai bernilai Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja (RM1,000.00) dalam bentuk cek (atas nama calon) diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Apakah syarat kelayakan bagi seseorang untuk memohon ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj’ ini?

Syarat kelayakan bagi memohon skim ini adalah seperti berikut :

i)       Warganegara Malaysia.

ii)      Rakyat Kelantan yang dilahirkan di Kelantan (no. kad pengenalan bermula 03 @ 29), atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.

iii)     Pendapatan bulanan pemohon dan pasangannya hendaklah tidak melebihi RM700.00 sebulan.

iv)     Perkahwinan yang pertama sahaja (hanya layak untuk 1 kali tuntutan).

v)      Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu (mengikut kriteria dan budi bicara kerajaan negeri).

vi)     Layak dituntut oleh salah seorang sahaja, samada lelaki atau perempuan.

vii)    Permohonan mestilah disertakan bersama sijil-sijil dan dokumen yang disahkan iaitu salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil pra perkahwinan, borang pemeriksaan kesihatan dan 2 keping gambar berukuran passport.

viii)    Kerajaan berhak menarik balik kelulusan jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar.

ix)      Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan di Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan, sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan.

 

Bagaimana cara untuk memohon ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

Cara untuk memohon adalah dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di :

a)      Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri

b)      Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim

c)      Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di http://www.upibsn.kelantan.gov.my/v2

d)      Muat turun daripada facebook “Gerbang Az-Ziwaaj

 

Siapakah yang layak untuk memohon?

Mereka yang memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berkahwin pada atau selepas 1 Januari 2011.

 

Bagaimanaah Cara Penyerahan Saguhati disampaikan?

Akan disampaikan oleh YB ADUN masing-masing pada majlis yang sesuai (misalnya kenduri perkahwinan). – Gerbang Az-Ziwaaj

Advertisements

Posted on 21 Februari 2011, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, News, Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: