PRK Merlimau : UMNO / BN Hina Tok Guru & Anwar Ibrahim


Salam Perjuangan…

Proses penamaan calon di DUN Merlimau selesai. Tapi banyak provokasi yang dibuat oleh pihak BN / UMNO tidak diambil tindakan langsung oleh pihak berkuasa. Misal contohnya gambar Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (gambar di bawah) dengan menunjukkan mereka sedang meliwat. Apakah ini bentuk kempen yang akan di bawa oleh BN di DUN Merlimau nanti.

Kalau itulah yang menjadi taruhan / bentuk kempen untuk merai simpati rakyat untuk mengundi BN, maka sesuailah dengan Islam Sederhana yang dicanang Najib. Semoga Allah SWT melaknati mereka yang menghina Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am PAS.

Lihat betapa kurang hajarnya penyokong UMNO / BN menghina Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS dengan melakar gambar Tok Guru diliwat Anwar. Ihsan TPU

Kemajuan teknologi menyenangkan kita semua tetapi ada segelintir yang menyalahgunakannya sehingga membawa kepada penyebaran fitnah. Penyebaran gambar-gambar yang di ’edit’ untuk menghina / menjatuhkan aib seseorang amat membinbangkan.

Walaupun nampak mudah tetapi ini sebenarnya adalah sesuatu bentuk fitnah yang berbahaya. Mengenai fitnah, Allah berfirman bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah Al-Baqarah: 191)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Riwayat Muslim)

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Sebagai Muslim dan Muslimah, kita wajib menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah Al-Hujurat: 6)

Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Advertisements

Posted on 28 Februari 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, Pakatan Rakyat, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. tgk gambar tu betul2…
    gambar da edit kan..?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: