Tahniah Najib : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

“Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang,” katanya.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dikatakan berpunca akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON 95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. – malaysiakini

Inilah keprihatian yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat dengan slogan yang memperbodohkan rakyat “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Tahniah dan sekalung perhargaan kerana memahami rakyat.

Posted on 5 Mei 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, PAS, Semasa, UMNO and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. MAJLIS-MAJLIS ILMU DI TEMPAT ANDA :
    1. Simposium Thariqat Tasawwuf 1432H/2011M

    2. Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/perhimpunan-pimpinan-pertubuhan.html

    3. Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html

    4. Seminar Memperingati Sayyidatina Khadijah
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/sayyidatina-khadijah-al-kubro-isteri.html

    5. PENGAJIAN KITAB 2011 : NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU TERKINI : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  2. mungkin perlu kayuh basikal untuk ke tempat kerja?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: