NAJIB TAK CERMAT – MURSYIDUL AM


KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memuji tindakan Amerika Syarikat membunuh Osama Ben Laden menunjukkan Najib ‘boneka’ perang keganasan negara Rumah Putih itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Najib yang mendakwa dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama boleh disifatkan seperti ‘bapa borek anak rintik,’ suatu sikap mengampu yang melampau.

“PAS memang menentang keganasan, tetapi apakah dengan membunuh Osama ianya akan menyelesaikan perang keganasan yang menjadi agenda Amerika untuk memburukkan Islam?” soal Salahuddin.

Pembabitan Amerika Syarikat dalam keganasan sudah terbukti dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan, tuduhan Osama terlibat dengan keganasan masih belum terbukti melainkan ianya dibesarbesarkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat,

“Jika benar Osama terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu bertanya, apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin?

“Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.”

Tegasnya, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Hujah itulah yang ditegaskan Tuan Guru Nik Aziz kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabatnya 28 April 2011 lalu, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang mendakwa dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama, Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika.

“Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?” soal beliau semula. Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, jika benar Osama bin Laden telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama 2 Mei lalu, beliau sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama yang merupakan saudaranya di dalam Islam.

Menurutnya, sebesar mana pun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Terdahulu, Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad 2 Mei lalu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri menyifatkan kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. – http://www.pas.org.my/v2/

Posted on 6 Mei 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: