Pemuda PAS perlu lebih aktif – Datuk Husam


PENGKALAN CHEPA – Senario politik masa kini memerlukan Pemuda PAS Kelantan bergerak lebih pantas dalam mempertahankan negeri ini dari menjadi milik umno dan mereka seharusnya berada di hadapan dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh umno-BN. Perkara ini dijelaskan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Husam Musa ketika merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan ke 52 bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan hari ini.

Turut hadir Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Mohd Kamil, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim, Exco Negeri Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman.

Husam juga berharap pemuda diserapkan dengan nilai takwa kepada Allah sebaik mungkin kerana dengan adanya sikap bertakwa ini, pemuda akan lebih bersedia berhadapan dengan perubahan masa kini.

Beliau juga berharap sebahagian pemuda seperti di Parlimen Jeli, Gua Musang dan Pasir Mas agar tidak berdiam diri dalam berhadapan pimpinan umno bahagian, malah ia perlu lebih aggresif dalam menangani isu.

“ Saya amat berharap agar kita semua dapat bertakwa kepada Allah sebaik mungkin tanpa mengira ketika berada dalam keadaan susah maupun senang kerana takwa itu akan memberi kekuatan kepada kita berhadapan dengan musuh, halangan yang mendatang akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.”ujar beliau.

Menyentuh perjuangan pemuda masa lalu, Husam berkata pelbagai cabaran yang sudah ditempuh termasukkan mempertahankan Kelantan sehingga kini dan sudah mencapai 21 tahun PAS memerintah Kelantan, Pemuda PAS hendaklah sentiasa berada di hadapan dalam menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat.

Mengimbau kembali sejarah perjuangan pemuda Kelantan dalam isu hubungan Menteri Besar dengan pihak Istana, Husam berkata jalinan yang begitu akrab antara kedua pihak membolehkan Kelantan berjaya ditadbir dengan sempurna sehingga kini dan peranan pemuda masa awal pengambilalihan kerajaan negeri oleh PAS tidak dapat dinafikan lagi.

Beliau juga berharap pemuda mengambil langkah sepenuhnya dalam mendekati golongan muda masa kini termasuklah dengan menggunakan media baru kerana golongan ini sering didedahkan dengan pelbagai maklumat melalui media cetak dan elektronik.

Dalam muktamar kali ini, Ketua Pemuda PAS Kelantan masih kekal disandang oleh Abdul Latif Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pemuda Ahmad Baihaki Atiqullah dan Naib Yang Dipertua Saudara Hafiz Musa yang merupakan Ketua Pemuda Kubang Kerian. – gegarkelantan.net

Posted on 15 Mei 2011, in Berita, PAS, Politik, Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: