Serang Aktivis Gegar : Pemuda PAS gesa siasat segera


Aktivis Gegar ( Hisyamuddin Ghazali ) bersama pimpinan Pemuda PAS Kelantan

PENGKALAN CHEPA – Pihak polis diminta membuat siasatan segera punca sebenarnya aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak(Gegar) Saudara Hisyamuddin Ghazali yang telah dipukul oleh seorang yang tidak dikenali semasa memasang sepanduk di kawasan masjid Kampung Sireh semalam.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman ketika ditemui selepas perasmian Muktamar Pemuda PAS Kelantan di Perdana Resort hari ini berharap pihak polis bertindak segera dan gambar samseng tersebut sudahpun diambil dan kini tersebar di Laman Sosial.

Menurut beliau lagi tindakan biadap samseng yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung ( tajaan umno ) itu menggambarkan budaya tersebut masih menebal dalam jiwa orang umno dan ini amat mendukacitakan rakyat Kelantan.

“Perbuatan samseng seperti ini adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang sangat bermusuh dengan gerakan mendesak royalti minyak dikembalikan kepada Kelantan.,”

“ Dalam soal menuntut royalti ini, kita tidak mengira mana-mana parti kerana ia bukan milik satu-satu parti tetapi adalah milik rakyat Kelantan, mereka seharusnya faham dalam hal ini, sepatutnya mereka ini bersyukur kerana ada sebahagian rakyat Kelantan yang bersungguh-sungguh dalam menuntut hak ini” ujar beliau.

Abdul Latif juga berkata Kerajaan Pusat seharusnya bertindak adil kerana dalam masa yang sama Terengganu sudahpun dibayar royalti petroleum dan Kelantan juga adalah mempunyai hak yang sama.

Lelaki yang menyerang Aktivis Gegar sudah dikenal past

Sementara itu Hisyamuddin ketika ditemui berkata beliau sudah menerima panggilan talipon dari pihak tertentu untuk berunding dalam isu serangan terhadap diri beliau dan beliau berharap buat masa sekarang sebarang pertemuan tidak perlu diadakan.

“ Saya masih trauma dan kini sudah pun menjadi kes polis, biar polis lah membuat tindakan, saya tidak akan menarik balik aduan saya semalam”katanya.

“Saya sempat merakamkan gambar beliau dan keretanya dan tidak ada sebablah untuk polis bertindak lambat dalam hal ini, gambar dia pun dah disebar meluas dalam Facebook”ujar beliau lagi.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Gegar semalam bersama isteri dan ibunya berhenti di kawasan Masjid Kampung Sireh untuk menggantung banner tetapi telah diserang secara ganas oleh seseorang yang tidak dikenali.

Sehubungan itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Kota Bharu. – gegarkelantan.net

Posted on 15 Mei 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: