Kartun Menghina Hudud : Utusan Malaysia Buat Kerja Gila Sekali Lagi


1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) benar-benar kesal dengan sikap akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia yang sekali lagi melontarkan penghinaan terhadap Islam apabila menyiarkan karikatur yang menghina hukum hudud pada hari ini 26 September 2011. Karikatur yang menunjukkan seorang lelaki berserban, yang dipercayai merujuk kepada Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu sedang mendengar lagu sambil berbaring. Irama yang keluar dari alat muzik tersebut pula digambarkan dengan perkataan: “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..”

 

2.  DPPNK sifatkan bahawa langkah Utusan Malaysia menyiarkan karikatur ini merupakan satu lagi ‘kerja gila’ Utusan Malaysia selepas menyiarkan karikatur yang turut menghina proses perundangan Islam pada 15 Jun 2011 yang lepas. DPPNK yakin rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah menyiarkan karikatur yang memperlekehkan proses penyaksian kes zina di dalam Islam yang memerlukan empat orang saksi.

3. Jika pada waktu itu, ada pihak yang menyatakan bahawa karikatur Utusan Malaysia tidak menghina Islam bahkan menegur kejahilan sesetengah pihak, maka pada kali ini apa pula alasan untuk merelakan tindakan akhbar lidah UMNO ini?

4. Adakah permainan politik di negara ini sudah sampai ke tahap membenarkan tindakan menghina agama seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia? Tidakkah hukum hudud sesuatu yang telah thabitkewujudannya di dalam perundangan Islam? Menghina kalimah hudud dengan menulis “Hu..hu..hu..dudd..dudd..” adalah juga menghina Islam itu sendiri.

5. DPPNK mempersoalkan di mana pihak-pihak yang sebelum ini mendakwa cintakan agama seperti PERKASA dan pertubuhan-pertubuhan NGO Melayu Islam yang lain di dalam isu ini? DPPNK menyeru kepada semua pihak termasuk para mufti dan ulama muda UMNO agar bangkit mempertahankan syariat Islam dari terus dihina dan diperlekehkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Sekian, wassalam.

 

Yang menjalankan tugas,

 

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 26 September 2011

 

Advertisements

Posted on 29 September 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: