Isu Panas : Ulasan Presiden PAS Terhadap Ucapan Belanjawan 2012 Menteri Kewangan di Dewan Rakyat


  1. Tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara di mana secara konsepnya ianya masih sama, hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.
  1. Ini adalah belanjawan  pilihanraya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off. Ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka panjang yang terus terbeban.
  1. Kerajaan masih gagal untuk meletakkan penyelesaian kepada masalah asas Negara dan rakyat iaitu strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat. Contohnya harga minyak, sebagai elemen kos yang paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan menjadi beban utama kepada rakyat dan kerajaan masih gagal menanganginya. Ini menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya.
  1. Untuk jangka panjang, kerajaan gagal untuk mendidik rakyat supaya berhemat. Malah rakyat terus digula-gulakan dengan segala pemberian jangka pendek yang sebenarkan tidak mampu menjadi penyelesaikan jangka panjang.
  1. Pengstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya iaitu lebih membela rakyat. Sebagai contoh subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran. Bermakna lebih RM12 billion masih di nikmati oleh syarikat luar. Ini merupakan pengaliran keluar sumber.
  1. InsyaAllah saya akan memperincikan pandangan saya tentang belanjawan kali ini dalam ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat nanti.

 

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

 

9 Oktober 2011
Juga Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang turut menjawab Perdana Menteri yang mendakwa BN melaksanakan Konsep Negara Kebajikan

Menjawab Pengakuan Perdana Menteri Bahawa BN Melaksanakan Negara Berkebajikan

 

Berikutan ucapan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen sebentar tadi bahawa BN telah melaksanakan konsep negara berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas negara berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.

Pertamanya negara berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. Keduanya negara berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil. Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.

 

Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri negara berkebajikan. Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim dikala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri negara berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional.

Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS.
Oleh itu rakyat harus sedar bahawa ‘Negara Berkebajikan’ yang hendak dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara dimasa rakyat diperlukan semata-mata.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Advertisements

Posted on 11 Oktober 2011, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: