Category Archives: Amal

Sedekah Ke Atas Diri Sendiri


Dari Abu Hurairah R.A. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap anggota dari manusia adalah sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari, engkau berlaku adil antara dua orang (yang berbalah) adalah menjadi sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki (yang akan berangkat) naik atas binatangnya (kenderaannya) atau engkau menolong mengangkat barang-barang ke atasnya adalah menjadi sedekah, dan perkataan yang baik itu adalah sedekah, dan pada tiap-tiap langkah engkau langkah berjalan pergi sembahyang itu sedekah, dan engkau membuang bahaya dari jalan juga adalah sedekah. – Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Rebutlah Peluang Doa Malaikat


Sabda Nabi SAW ; “Doa seseorang muslim kepada saudaranya dengan tidak diketahui olehnya adalah mustajab, disisinya malaikat yang diutuskan khas, setiap kali dia mendoakan kebaikan kepada saudaranya malaikat pun berkata; Amin, bagi kamu juga seperti yang kamu doakan untuknya.” (Riwayat Imam Muslim)

Sama-samalah kita merebut peluang Amin dan doa malaikat kepada kita ini.

Jangan Bersedih


Bagaimana (manusia) boleh bersedih, sedangkan disisinya ada Tuhan Yang Maha Merubah (segala sesuatu), Maha Mengampuni (segala dosa dan kesalahan), Maha Memberi Rezki (yang tidak terhitung), Maha Melindungi (segala keaipan), Maha Melihat (segala kesusahan), Maha Mendengar (segala aduan hamba), bagiNyalah urusan segala perkara. Jangan bersedih!

Salah Kalau Tidak Belajar


gambar hiasan

Seorang ulama berkata : “Membuat kesalahan kerana tidak tahu itu adalah satu kesalahan iaitu salah kerana tidak belajar, tetapi berbuat salah sesudah belajar adalah salah besar.”

Hari Kekasih – Laluan Kemungkaran


Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam. Read the rest of this entry

Apabila Ibadah Hilang Manisnya


Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagi mana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam ibadah.

Firman Allah yang bermaksud :

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku.”

(Adz-Dzaariyaat: 56)

Ibadah, baik yang wajib mahupun sunat, seharusnya dapat membawa seseorang merasa lebih nikmat dan indah dalam hidup ini. Setiap kali masuk ke dalam solat, hatinya merasa sungguh tenteram bersama Tuhannya. Apabila keluar daripada solat, hatinya selalu rindu untuk menghadapNya lagi. Tatkala kalam Ilahi dilantunkan, hatinya luluh sehingga mengalirlah butir-butir air daripada pelupuk matanya. Bahkan apabila bibirnya sendiri membaca Al-Quran, hatinya semakin teguh untuk melangkah dalam kehidupan. Itu belum bercerita tentang hal keadaan hamba yang begitu asyik merintih dan memohon rahmat Tuhannya di balik tirai malam. Semuanya terasa begitu mententeramkan, sepatutnya. Read the rest of this entry

Manisnya Perjuangan Dalam Kegetiran


Kerana manisnya perjuangan dalam kegetiran, Muhajirin diangkat darjatnya, ahli Badar diampunkan kesalahan dan dijanjikan syurga. Menjadi kumpulan elit dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Yakin apa sahaja yang berlaku adalah atas percaturan Allah SWT. Makhluk tidak dapat memberikan bekas melainkan sekadar yang diizinkan oleh Allah.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah, Siti Hajar rela ditinggalkan bersama anaknya Ismail di tanah yang tandus kerana yakin Allah tidak akan mempersia-siakannya dan anaknya.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Nabi Ismail sanggup disembelih oleh Nabi Ibrahim. Read the rest of this entry

Syaitan itu Kreatif !


Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya.

Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan.

Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga. Read the rest of this entry

Pamplet Ramadhan 1431


Dapatkan risalah Ramadhan dalam bentuk PDF di sini oleh Dr Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman yang dikenali sebagai Abu Anas Madani. Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan risalah ramadhan tersebut.

Tiga pamplet untuk disebarkan:

  1. Puasa: Kewajipan & perkara yg membatalkannya.
  2. Fadhilat & Adab.
  3. Lailatul Qadar & 10 Malam terakhir.

Sila muat turun di sini.

155 anggota Unit Amal siap sedia bantu mangsa banjir


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 1 Dis – Seramai 155 orang angota Unit Amal akan ditempatkan di setiap parlimen di seluruh Kelantan sebagai persiapan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di negeri itu.

Pengarah Unit Amal Negeri, Hafis Musa, ketika dihubungi memberitahu, bagaimanapun jumlah anggota itu akan ditambah bila-bila masa jika diperlukan mengikut keperluan.

“Setakat ini kami akan menempatkan setiap parlimen sekurang-kurangnya 10 orang anggota yang sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

Hafiz seterusnya berkata, memandangkan tugas unit tersebut begitu mencabar serta memerlukan kepakaran, baru-baru ini Unit Amal yang akan bertugas sewaktu banjir telah mengikuti latihan selama tiga hari dengan beberapa agensi kerajaan.

Selain itu, katanya Unit Amal juga akan menyediakan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, bot dan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan unit terbabit membuat rondaan dan menyelamat.

Sambungnya lagi, antara kerja-kerja menyelamat yang akan dilaksanakan seperti pemindahan mangsa banjir ke pusat perpindahan di samping menjaga keselamatan harta benda mereka ketika mangsa di pusat perpindahan. Read the rest of this entry