Category Archives: Aqidah

Rebutlah Peluang Doa Malaikat


Sabda Nabi SAW ; “Doa seseorang muslim kepada saudaranya dengan tidak diketahui olehnya adalah mustajab, disisinya malaikat yang diutuskan khas, setiap kali dia mendoakan kebaikan kepada saudaranya malaikat pun berkata; Amin, bagi kamu juga seperti yang kamu doakan untuknya.” (Riwayat Imam Muslim)

Sama-samalah kita merebut peluang Amin dan doa malaikat kepada kita ini.

Beribadat Tanpa Harap Balasan


Berkata Syeikh Mutawalli Sya’rawi “Jangan kalian beribadat kepada Allah kerana mengharapkan pemberianNya bahkan beribadatlah untuk keredhaanNya, apabila Allah redha, pemberianNya datang berlimpah ruah.”

Bahana Memilih Pangkat


Firman Allah dalam surah Ghaafir  ayat 23 – 24

ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب

Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi  Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”

Umat yang terbaik di sisi Allah ialah umat yang menjalankan amanah Allah dalam kehidupan seharian ketika senang dan susah, kaya dan papa, tua dan muda. Perjuangan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Segala rintangan dan cabaran ini tidak boleh dianggap sebagai batu penghalang yang membantutkan perjuangan sebaliknya ia mestilah dianggap sebagai penambah kepada semangat juang yang sedia ada. Semakin kuat cabaran maka semakin tinggi semangat juang sehingga akhirnya kebenaran pasti mendapat kemenangan manakala kebatilan pasti dapat dikalahkan. Tidak mudah untuk menang tetapi bukan susah untuk kalah. Contohnya ketika kita merenung perjuangan nabi Musa a.s yang terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Read the rest of this entry

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Jangan Bersedih


Bagaimana (manusia) boleh bersedih, sedangkan disisinya ada Tuhan Yang Maha Merubah (segala sesuatu), Maha Mengampuni (segala dosa dan kesalahan), Maha Memberi Rezki (yang tidak terhitung), Maha Melindungi (segala keaipan), Maha Melihat (segala kesusahan), Maha Mendengar (segala aduan hamba), bagiNyalah urusan segala perkara. Jangan bersedih!

Salah Kalau Tidak Belajar


gambar hiasan

Seorang ulama berkata : “Membuat kesalahan kerana tidak tahu itu adalah satu kesalahan iaitu salah kerana tidak belajar, tetapi berbuat salah sesudah belajar adalah salah besar.”

Apabila Ibadah Hilang Manisnya


Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah, baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagi mana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam ibadah.

Firman Allah yang bermaksud :

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku.”

(Adz-Dzaariyaat: 56)

Ibadah, baik yang wajib mahupun sunat, seharusnya dapat membawa seseorang merasa lebih nikmat dan indah dalam hidup ini. Setiap kali masuk ke dalam solat, hatinya merasa sungguh tenteram bersama Tuhannya. Apabila keluar daripada solat, hatinya selalu rindu untuk menghadapNya lagi. Tatkala kalam Ilahi dilantunkan, hatinya luluh sehingga mengalirlah butir-butir air daripada pelupuk matanya. Bahkan apabila bibirnya sendiri membaca Al-Quran, hatinya semakin teguh untuk melangkah dalam kehidupan. Itu belum bercerita tentang hal keadaan hamba yang begitu asyik merintih dan memohon rahmat Tuhannya di balik tirai malam. Semuanya terasa begitu mententeramkan, sepatutnya. Read the rest of this entry

Syaitan itu Kreatif !


Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya.

Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan.

Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga. Read the rest of this entry

Pamplet Ramadhan 1431


Dapatkan risalah Ramadhan dalam bentuk PDF di sini oleh Dr Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman yang dikenali sebagai Abu Anas Madani. Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan risalah ramadhan tersebut.

Tiga pamplet untuk disebarkan:

  1. Puasa: Kewajipan & perkara yg membatalkannya.
  2. Fadhilat & Adab.
  3. Lailatul Qadar & 10 Malam terakhir.

Sila muat turun di sini.

‘Merenjis, bersanding juga ada unsur agama lain’


KUALA LUMPUR, 27 Nov – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. telah menegur pihak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memberi alternatif pada fatwa yoga dengan membuang unsur yang bertentangan dengan agama Islam.

Beliau menasihatkan agar Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan. “Saya bukan kata fatwa itu salah. Memanglah apa saja perlakuan yang menyerupai agama lain itu haram. Kita sepatutnya pisahkan bacaan atau mentera dalam senaman yoga itu sendiri. Jangan ada sebarang unsur-unsur syirik yang menyamai agama lain.

“Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif,” katanya yang dipetik daripada laman web. Katanya banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando dan semua sukan tersebut bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. Katanya seseorang perlu meningggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan namun boleh mengekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan.

“Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. “Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan…,” kata Dr Asri. – harakahdaily