Category Archives: Buletin

Bahana Memilih Pangkat


Firman Allah dalam surah Ghaafir  ayat 23 – 24

ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب

Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi  Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”

Umat yang terbaik di sisi Allah ialah umat yang menjalankan amanah Allah dalam kehidupan seharian ketika senang dan susah, kaya dan papa, tua dan muda. Perjuangan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Segala rintangan dan cabaran ini tidak boleh dianggap sebagai batu penghalang yang membantutkan perjuangan sebaliknya ia mestilah dianggap sebagai penambah kepada semangat juang yang sedia ada. Semakin kuat cabaran maka semakin tinggi semangat juang sehingga akhirnya kebenaran pasti mendapat kemenangan manakala kebatilan pasti dapat dikalahkan. Tidak mudah untuk menang tetapi bukan susah untuk kalah. Contohnya ketika kita merenung perjuangan nabi Musa a.s yang terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Read the rest of this entry

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Jangan Bersedih


Bagaimana (manusia) boleh bersedih, sedangkan disisinya ada Tuhan Yang Maha Merubah (segala sesuatu), Maha Mengampuni (segala dosa dan kesalahan), Maha Memberi Rezki (yang tidak terhitung), Maha Melindungi (segala keaipan), Maha Melihat (segala kesusahan), Maha Mendengar (segala aduan hamba), bagiNyalah urusan segala perkara. Jangan bersedih!

Salah Kalau Tidak Belajar


gambar hiasan

Seorang ulama berkata : “Membuat kesalahan kerana tidak tahu itu adalah satu kesalahan iaitu salah kerana tidak belajar, tetapi berbuat salah sesudah belajar adalah salah besar.”

Pamplet Ramadhan 1431


Dapatkan risalah Ramadhan dalam bentuk PDF di sini oleh Dr Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman yang dikenali sebagai Abu Anas Madani. Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan risalah ramadhan tersebut.

Tiga pamplet untuk disebarkan:

  1. Puasa: Kewajipan & perkara yg membatalkannya.
  2. Fadhilat & Adab.
  3. Lailatul Qadar & 10 Malam terakhir.

Sila muat turun di sini.

Penghalang Timbulnya Kebahagiaan


Salam Perjuangan…

Masalah atau keretakan rumah tangga yang berlaku dalam masyarakat sebenarnya bukanlah berlaku secara kebetulan.Ia sebenarnya disebabkan banyak faktor yang bertindak sebagai enzyme merosakkan ikatan tersebut.Benarlah kata pepatah melayu yang mengatakan retak menunggu belah.Mengikut kajian yang dibuat oleh Mohd Fadzillah Kamsah, keretakan atau konflik rumah tangga selalunya disebabkan faktor2 ini, atau lebih tepatnya utk dikatakan ia disebabkan beberapa faktor dalaman dan tekanan luaran yang mengakibatkan seseorang itu tewas lalu direflekskan dengan perkembangan yang tidak sihat itu. Sebabnya adalah :

Hati Tidak Fokus

Hidup di zaman yang penuh dengan tribulasi ini menyebabkan ramai manusia sukar untuk memberikan tumpuan atau fokus untuk merancang hidup dengan lebih serius bersama dengan pasangannya.

Terlalu banyak Cinta Pada Satu Masa

Fokus kepada fakta ini ialah, seseorang itu mempunyai secret admire yang lebih dikagumi dari pasangan yang halal buatnya itu.Dalam Islam walaupun poligami suatu yang diharuskan, tetapi ramai yang tak mampu menumpukan kasih sayang kepada seseorang isteri hingga menyebabkan penganiayaan berlaku kepadanya. Demikian juga sebaliknya isteri yang kadang kala kagum kepada lelaki lain selain suaminya, atas ukuran material, pangkat dan sebagainya. Read the rest of this entry

Doa-doa Ma’thur Di Tanah Suci


Salam Perjuangan…

DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN


اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.[1]

Doa MEMOHON HATI YANG BERSIH

اللَّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مِنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.[2]

Doa agar DIBERI KEKUATAN UNTUK SENTIASA berzikir, syukur dan taat

اللَّـهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan memperelokkan ibadah kepadaMu.[3]

Read the rest of this entry

Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari


Salam Perjuangan…

Beberapa hari lalu apabila saya membaca muka depan sebuah akhbar yang mendedahkan tangkapan khalwat ke atas individu tertentu yang dilakukan oleh jabatan agama dan disiarkan secara ‘promosi maruah’ oleh akhbar tertentu saya teringat kepada kenyataan saya pada peringkat awal saya menjadi mufti dua tahun lepas yang membantah tajassus atau mengintip.

Masa itu saya baru sahaja hendak dikenali oleh sesetengah masyarakat negara ini. Sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk mengkritik saya dan menganggap itu pandangan yang ‘menghalalkan’ maksiat. Demikian segelintir kelompok manusia yang cepat menghukum tanpa berfikir dan menilai.

Hari ini saya hanya tinggal sebulan lagi berada atas jawatan mufti, isu khalwat kembali menjadi tajuk besar media. Saya sudah banyak kali mengulas, namun biarlah saya sentuh lagi sebagai tazkirah isu ini untuk kali yang akhir ketika masih memegang jawatan.

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Read the rest of this entry

Isu Pengharaman Yoga


Salam Perjuangan…

Yoga (Sansekerta योग) dari bahasa Sansekerta (योग) bererti “penyatuan”, yang bermakna “penyatuan dengan alam” atau “penyatuan dengan Sang Pencipta”. Yoga merupakan salah satu dari enam ajaran dalam falsafah Hindu, yang menitikberatkan pada aktiviti meditasi atau tapa di mana seseorang memusatkan seluruh fikiran untuk mengontrol panca inderanya dan tubuhnya secara keseluruhan. Masyarakat global umumnya mengenali Yoga sebagai aktiviti latihan utamanya asana (postur) bahagian dari Hatta Yoga. Yoga juga digunakan sebagai salah satu pengubatan alternatif, biasanya hal ini dilakukan dengan latihan pernafasan, oleh tubuh dan meditasi, yang telah dikenali dan dipraktikkan selama lebih dari 5000 tahun.[1][2]

Read the rest of this entry

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)


Salam Perjuangan…

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (atau lebih dikenal dengan julukan HAMKA, yakni singkatan namanya), lahir tahun 1908, di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, dan meninggal di Jakarta 24 Julai 1981, adalah sastrawan Indonesia, sekaligus ulama, dan aktivis politik.

Belakangan ia diberikan sebutan Buya, yaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayahku, atau seseorang yang dihormati.

Ayahnya adalah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Read the rest of this entry