Category Archives: DAP

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Advertisements

Ujian Buat MP BN


Salam Perjuangan…

Esok merupakan hari-hari yang ditunggu oleh semua orang yang mengambil berat tentang kedudukan negara kita yang tercinta Malaysia. Esok merupakan hari pengundian untuk meluluskan bajet 2009 yang dibentang di parlimen baru-baru ini.

Kejujuran dan janji serta keberanian MP BN untuk memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat bakal teruji dengan pengundian yang akan dibuat esok oleh speaker dewan bagi meluluskan bajet 2009. Sekiranya MP BN ini benar-benar ingin menyokong Pakatan Rakyat, maka seWAJIBnya lah mereka mengundi untuk tidak menyokong untuk meluluskan bajet tersebut.

Jika hal ini berlaku, ianya mungkin akan menjadi satu tampar hebat buat BN amnya dan Umno khasnya, terlebih-lebih lagi Najib yang teringin sangat untuk menjadi presiden Umno dan PM Malaysia. Jika MP BN tidak mahu negara yang tercinta ini lebih parah lagi, maka peluang mereka hanyalah dengan mengundi untuk tidak meluluskan bajet 2009. Jika tidak,faham-fahamlah bagaimana perangai Najib ni.

Sementara itu, petang tadi berlangsung pengulungan yang dibuat oleh menteri kewangan yang baru iaitu Najib Tun Razak agak panas sedikit kerana didakwa tidak memberi peluang kepada MP Pakatan Rakyat untuk mencelah ketika sesi penggulungan perbahasan bajet 2009. Read the rest of this entry

Amaran Presiden “Formula” Perkukuhkan Pakatan


Salam Perjuangan…

Siri Pertama :
Sebuah wawancara menarik antara Wasilah dan al Fadhil ustaz Nik Mohd Abduh bin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Exco Dewan Pemuda PAS Pusat).

Saya perturunkan di sini untuk tatapan semua pihak terutama buat rakan-rakan di luar negara yang tidak dapat mengikuti wawancara tersebut di majalah mingguan Wasilah.

Satu wawancara yang cukup baik dibaca dan dihayati oleh semua agar jelas kita membentuk fikrah dalam menangani isu memperkukuh Pakatan rakyat.

Satu jawapan yang bijak dan tinggi hemahnya. Makbruk akhil Faadhil Ustaz Nik Mohd Abduh. Berikut wawancara beliau bersama mingguan Wasilah : Read the rest of this entry

Bajet Perak Berteraskan Perbelanjaan Berhemah


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak akan cuba menambahkan pendapatannya melalui peningkatan pengutipan hutang cukai tanah yang lapuk dan tender terbuka kepada sebahagian konsesi balak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Bagi tahun 2009, pendekatan bajet adalah perbelanjaan yang cukup berhemah,” kata beliau dalam blognya, kamparinn.blogspot.com

Belanjawan kali ini, kata beliau, masih mengalami defisit namun ternyata ianya dikurangkan jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan pembentangan bajet di tahun-tahun sebelum ini.

“(Bajet) yang sudah menyaksikan bajet defisit sekitar RM35 hingga RM40 juta setahun oleh kerana perbelanjaan yang melangkaui perolehan,” katanya.

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 10,11 dan 12 November ini akan menyaksikan buat pertama kalinya pembentangan bajet oleh kerajaan PR.

Pendekatan berteraskan perbelanjaan berhemah itu dilihat selaras dengan pesanan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menekankan pendekatan bijak dan berkesan dalam menghadapi kemelut dan krisis kewangan serius yang dihadapi dunia pada masa ini. Read the rest of this entry

Menanti Kejatuhan Kerajaan BN


Salam Perjuangan…

Kerajaan yang dipimpin oleh BN bakal tumbang sama ada dalam masa terdekat mahu pun dalam pilihan raya ke 13 nanti hasil daripada keputusan yang dibuat oleh kerajaan sekarang tidak langsung menyebelahi rakyat. Begitu juga dengan isu semasa sekarang yang dilihat oleh rakyat satu penipuan yang diada-adakan untuk mengaburi mata rakyat.

Isu semasa kini semakin hangat dengan pelbagai isu. Isu pembebasan Rajak Baginda (RB) daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu, penurunan harga minyak yang terlalu sedikit, penurunan harga beras sekadar 20 sen sahaja dan lain-lain lagi.

Isu pembebasan RB yang dipersoalkan keputusan mahkamah yang selari dengan sms Najib cukup menampakkan semacam ada mainan politik (tangan-tangan ghaib) yang membolehkan pembebasan itu dibuat. Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dari tuduhan bersubahat membunuh ahli perniagaan Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam SMSnya kepada peguam Abdul Razak ketika itu Datuk Shafie Abdullah, Najib memberitahu “Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost”. Read the rest of this entry

Pakatan Rakyat Komited Perjuang Hak Golongan Marhaen


Salam Perjuangan…

Ketua Umum KeADILan merangkap Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja sehari di kawasan beliau khusus nya di kampung Permatang Rawa untuk meyampaikan bantuan dan sumbangan disamping berucap dan beramah mesra bersama fakir-miskin dan warga emas termasuk kaum India di sana.

“Ianya bukan sahaja melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus bertanggungjawab juga memantau melalui egensi tertentu”, demikian jelas Anwar setelah mendengar keluhan penduduk. Semasa DrWan Azizah mewakili mereka, pelbagai usaha telah di lakukan, namun gagal dilaksanakan kerana kawasan tersebut di kelilingi pembangunan pesat. Usaha-usaha itu gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pusat kerana di lihat lebih cenderung membantu syarikat-syarikat besar berbanding usaha membantu golongan-golongan buruh, nelayan, petani serta orang dhaif yang benar-benar perlukan bantuan.

“Baru-baru ini Menteri Kewangan umum RM5 bilion untuk menaikan saham dan RM5 bilion untuk bantu orang kaya, syarikat-syarikat besar tetapi untuk membantu golongan kecil, amat payah. Saya tidak menyatakan kerajaan Barisan Nasional tidak membantu tetapi jumlah RM5 bilion di lihat terlalu besar untuk membantu syarikat-syarikat kaya. Nak suntik saham, saya tak kata orang kaya tak turun pendapatan dengan harga barang dan tanggungan sekarang. Mudah-mudahan akan ada perubahan nanti”, tambah Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang.

“Dulu masa saya berucap sebagai Menteri Kewangan, saya dengar bagaimana Ketua Pembangkang Saudara Lim Kit Siang berhujah supaya kita dapat meneliti dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya kita baiki, dapat teliti, tetapi sekarang mereka tidak mahu mendengar, malah sombong dan takut untuk mendengar hujah saya. Sebabnya, kalau mereka dengar, sudah tentu mereka dapat menyelesaikannya. Read the rest of this entry

Pemisahan Politik Melayu Semakin Kabur


Salam Perjuangan…

[BERIKUT adalah temu ramah yang saya berikan kepada wartawan Harakah, Saudara IRWAN MUHAMMAD ZAIN. Ia disiarkan dalam sisipan Fikrah akhbar Harakah keluaran 17-19 Oktober lalu dengan tajuk “Perangkap Politik Melayu”. Saya ucapkan terima kasih kepada Harakah kerana membenarkan saya menyiarkannya semula dalam blog ini.]

ORANG Melayu jauh ketinggalan dari pelbagai segi dan ini dikatakan berpunca daripada sikap pemimpin dan orang Melayu sendiri, juga bagaimana bentuk mereka berpolitik.

Ketua Pengarang Berita Publishing yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdul Kadir Jasin sudi berkongsi pandangan dengan pembaca Harakah berhubung perkara ini, 10 Oktober lalu. Ikuti wawancara IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama beliau.

HARAKAH: Selepas 20 tahun, jawatan Presiden Umno akan dipertandingkan. Boleh Dato’ beri komen mengenai pertandingan jawatan utama Umno kali ini?

KADIR: Kita belum boleh membuat kesimpulan akan ada pertandingan. Setakat ini ada penawaran diri oleh dua tokoh iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sama ada akan berlaku pertandingan yang sebenarnya kita terpaksa tunggu sehingga bahagian-bahagian Umno habis bersidang. Atau mungkin, dalam tempoh itu mungkin Tengku Razaleigh atau sesiapa saja yang berfikir untuk bertanding jawatan itu mungkin mereka menimbang semula dan menarik diri.

Jika berlaku pertandingan adakah ini akan memberikan kesan kepada Umno?

Saya rasa, khasnya selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, ramai ahli-ahli Umno yang mahu ada pertandingan iaitu mereka mahu diberi peluang untuk memilih pemimpin Umno daripada peringkat paling rendah ke peringkat paling atas. Sebab sebelum ini jawatan presiden dan timbalan presiden itu sekadar disahkan tanpa pertandingan. Read the rest of this entry

Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng Isytihar DUN Penanti “Serambi Mekah” Di Pulau Pinang!!


Salam Perjuangan…

Negeri Pulau Pinang secara tradisinya memang diperintah oleh pemimpin Cina sejak dahulu lagi dan ianya begitu lama di bawah Parti Gerakan. Selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, tradisi ini berterusan di mana pemimpin kaum Cina terus memimpin P.Pinang cuma bezanya pemimpin ini bukan dari parti komponen BN. Parti DAP yang telah lama bertapak di P.Pinang akhirnya berjaya merampas kerusi Ketua Menteri P.Pinang dari Parti Gerakan di bawah pimpinan Koh Tsu Koon. Lim Guan Eng yang dikenali sebagai pejuang rakyat tidak mengira bangsa dan agama diberi kepercayaan oleh rakyat P.Pinang untuk menerajui kerajaan Negeri P.Pinang. Tampuk pemerintahan negeri di bawah Lim Guan Eng sememangnya dialu-alukan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Mutiara itu. Kecuali UMNO, majoriti rakyat di P.Pinang termasuk dari MCA, Gerakan dan juga parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat percaya dan yakin Lim Guan Eng mampu memberi perubahan besar kepada rakyat di P.Pinang.

Apabila Lim Guan Eng mula merangka dasar dan arah tuju pentadbiran di P.Pinang, UMNO tidak berhenti-henti cuba mengelirukan masyarakat khususnya Melayu di P.Pinang dengan menjaja pelbagai cerita dan tuduhan untuk memburukkan imej Lim Guan Eng. Kini, UMNO cuba untuk menjadi hero Melayu di P.Pinang setelah sekian lama menjadi ‘budak suruhan’ dan Pak Turut di bawah pemerintahan Gerakan sebelum ini. Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’. Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya. Read the rest of this entry

Nik Aziz Yakin Tubuh Kerajaan Baru Pusat, Setuju Pilih Anwar


Salam Perjuangan…

KOTA BAHRU : Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

“Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama… belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar… bukan cerita baru,” kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.

Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Read the rest of this entry

Mencari Pengasas ‘Teori Rahman’


Salam Perjuangan…

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan “teori Rahman” yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada “teori” yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.

Malaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya “teori” yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Read the rest of this entry