Category Archives: Gerakan

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Advertisements

Gerak: Peralihan Kuasa Umno Gagal Jika…


Salam Perjuangan…

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia) berpendirian bahawa proses peralihan kuasa serta pemilihan Umno adalah gagal sekiranya parti itu tidak mampu menangani masalah rasuah secara berkesan, terutama menjelang pemilihan pucuk pimpinannya Mac depan.

“Lebih 900 laporan kes melibatkan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno harus disiasat dan diambil tindakan,” kata Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus.

Malah, katanya, perkara itu dilaporkan sebagai yang terburuk dalam sejarah pemilihan Umno.

“Siasatan dan tindakan mesti telus dan bukan sekadar menangkap pelaku kecil rasuah tetapi membiarkan jerung rasuah berleluasa dan bebas dari tindakan,” kata Mohd Nazree dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemilihan Umno harus bersih daripada rasuah kerana pemilihan kali ini membabitkan persoalan amanah serta kredibiliti kepimpinannya.

“Peralihan kuasa tidak menjamin perubahan atau reformasi dalam Umno jika tidak ada ‘keazaman politik’ untuk membangkitkan usaha dan tekad melawan rasuah,” katanya. Read the rest of this entry

Mencari Pengasas ‘Teori Rahman’


Salam Perjuangan…

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan “teori Rahman” yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada “teori” yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.

Malaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya “teori” yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Read the rest of this entry

Eksklusif : Tamparan Hebat, Gerakan Mahu Kerajaan BN Bebaskan Semua Tahanan ISA!!


Salam Perjuangan…

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pembaharuan mesti dilakukan dalam kerajaan, parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) dan Gerakan jika mahu kekal relevan dan mendapatkan semula sokongan rakyat. “Kita berhadapan dengan cabaran serius. Kita dalam ambang perubahan bukan hanya pada ketika keadaan dalam genting. Untuk menjadi relevan dan mendapatkan semula sokongan rakyat, kita perlukan pembaharuan dalam kerajaan, dalam BN dan dalam Gerakan. “Pertama kerajaan persekutuan mestilah dengan segera melaksanakan pelbagai perubahan yang telah dicadang dan dijanjikan,” katanya dalam ucapan sulung beliau sebagai Presiden Gerakan pada Persidangan Perwakilan Parti itu di Menara PGRM di sini, Sabtu.

Persidangan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dihadiri kira-kira 2,000 anggota dan pemimpin Gerakan. Mendahului perubahaan utama kerajaan, kata Koh ialah menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang dilihat sebagai satu langkah penting untuk memulihkan kredibiliti kehakiman dan mendapatkan semula keyakinan rakyat dalam sistem kehakiman negara. Di samping itu, kata Koh kerajaan hendaklah mengkaji semula beberapa undang-undang yang sudah lapuk dan terbatas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Pencetakan dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Read the rest of this entry

PM : Bolehkan Keahlian Langsung BN


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesyorkan idea membenarkan keanggotaan secara langsung dalam Barisan Nasional tanpa menjadi ahli mana-mana parti komponen, sekaligus membentuk parti pelbagai kaum.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di ibu negara, pagi ini.

Syor ini selari dengan pandangan pelbagai pihak yang mahukan parti pelbagai kaum selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu. mstar

[Eloklah macam tu, nanti bila nak letak calon masa pilihan raya bertumbuk la ahli BN yang nak jadi calon. Elok dilaksanakan bagi memastikan hayat Umno yang nyawa-nyawa ikan masih boleh bernafas dalam lumpur, “Hidup segan, mati tak mahu”. Nampaknya Pak Lah terima juga cadangan yang diutarakan oleh parti Gerakan yang mengesorkan ditubuhkan hanya satu parti sahaja, tidak ada parti komponen. Pak Lah rasa Umno amnya dan BN khasnya sekarang sudah tidak terima oleh rakyat disebabkan oleh pecahan parti-parti komponen tertentu untuk kaum tertentu, jadi justeru itu dia mengambil langkah ini untuk tidak menguburkan Umno dan BN itu sendiri bagi menampakkan BN ini bukan parti perkauman.]