Category Archives: Hukum

Syarat Memperolehi Kemenangan


Menyedari tentang betapa susahnya untuk mencapai sesuatu kemenangan, maka kita wajib memenuhi syarat-syaratnya barulah hasilnya begitu bermakna untuk dicapai. Antara syarat utama kemenangan ialah berpegang teguh kepada sistem al-Quran dan ajaran nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sesuai dengan kebangkitan dan tersebarnya Islam atas dasar ilmu bagi melawan jahiliah maka kita wajib memperkasakan budaya ilmu dalam kehidupan bukan terhad pada usia, kerjaya dan tempat tertentu sahaja. Malangnya jika ramai umat Islam dihanyut dengan hiburan melalaikan setiap hari dengan hanya asyik menonton tv, berbual kosong, membaca majalah hiburan, melayari internet dalam perkara yang tidak bermanfaat sehingga banyak umur kita dihabiskan dengan melayan propaganda musuh bukannya menambah ilmu seterusnya bersiap siaga dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Read the rest of this entry

Advertisements

Salah Kalau Tidak Belajar


gambar hiasan

Seorang ulama berkata : “Membuat kesalahan kerana tidak tahu itu adalah satu kesalahan iaitu salah kerana tidak belajar, tetapi berbuat salah sesudah belajar adalah salah besar.”

Hari Kekasih – Laluan Kemungkaran


Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam. Read the rest of this entry

Ambil Kesempatan Kemalangan & Dosa Berganda


Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh dikatakan kepada pemilik wang syiling RM75,000 yang mengalami kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas. Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu menghentikan kenderaan mereka, sebahagiannya bukan untuk menolong mengutip dan mengembalikan wang yang berteraburan itu tetapi sebaliknya mengambil dan melarikan semua wang syiling yang dikutip.

Tentunya penghargaan wajar diberikan kepada mereka yang datang membantu tetapi bagi mereka yang mengambil kesempatan melarikan wang terbabit, kejadian seperti ini amat mendukacitakan dan jelas memperlihatkan betapa rakusnya nafsu keinginan kepada wang. Read the rest of this entry

Hudud hanya untuk orang Islam


Salam Perjuangan…

SHAH ALAM, 28 Dis – Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

“PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

“Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen ‘Jom Sertai Pas’ di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian. Read the rest of this entry

‘Merenjis, bersanding juga ada unsur agama lain’


KUALA LUMPUR, 27 Nov – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. telah menegur pihak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memberi alternatif pada fatwa yoga dengan membuang unsur yang bertentangan dengan agama Islam.

Beliau menasihatkan agar Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan. “Saya bukan kata fatwa itu salah. Memanglah apa saja perlakuan yang menyerupai agama lain itu haram. Kita sepatutnya pisahkan bacaan atau mentera dalam senaman yoga itu sendiri. Jangan ada sebarang unsur-unsur syirik yang menyamai agama lain.

“Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif,” katanya yang dipetik daripada laman web. Katanya banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando dan semua sukan tersebut bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. Katanya seseorang perlu meningggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan namun boleh mengekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan.

“Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. “Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan…,” kata Dr Asri. – harakahdaily

Ketua Pengarah Jakim bidas Dr Asri isu alternatif yoga


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz hari ini berkata, cadangan mengadakan alternatif untuk penganut agama Islam yang mengamalkan yoga tidak boleh menjadi penghalang kepada Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan untuk mengharamkan amalan senaman tersebut.

“Fatwa akan dikeluarkan jika kajian yang dijalankan mendapati sesuatu perkara itu boleh menggugat akidah. Alternatif itu soal lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan.

Ditanya sama ada Majlis Fatwa akan mempertimbangkan cadangan itu, Wan Mohamad berkata: “Tanyalah Mufti Perlis apa (alternatif) yang dicadangkan. Kalau beliau kata ada, eloklah bentang apa alternatif itu.

“Fatwa dibuat dengan kajian mendalam, bukan beri kenyataan macam tu saja,” katanya. Read the rest of this entry

Dr Asri : Isu haram yoga, fatwa jangan kaku


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini mula menegur Majlis Fatwa Kebangsaan tentang isu pengharaman yoga yang diumumkan baru-baru ini.

Walaupun pada dasarnya, beliau bersetuju ada unsur agama lain dalam yoga, pergerakan senaman itu menurut beliau tidak seperti air yang sudah tercemar yang sukar untuk dipisahkan.

“Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif. Banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando. Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri dalam satu temubual telefon sebentar tadi.

Dr Asri difahamkan tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kerana dikatakan kurang selesa dengan sikap diskriminasi JAKIM kepadanya dan kenyataan Pengarah JAKIM yang tidak berapa senang dengan pandangan alternatif beliau.

Pun begitu, ini tidak menghalang beliau untuk memberi satu lagi pandangan tentang fatwa ‘yoga’.

“Pengamal-pengamal yoga yang beragama Islam sepatutnya ada alternatif dengan diberikan satu versi amalan yoga yang terpisah dengan pergerakan yang terlalu jelas menyamai agama lain, bacaan-bacaan yang bertentangan dengan agama Islam dan kepercayaan karut. Versi yoga yang disyorkan ini seharusnya mengekalkan pergerakan yang baik untuk kesihatan. Read the rest of this entry

Dr Asri: Saya Tidak Dibayar Gaji Untuk Jadi Pengampu!


Salam Perjuangan…

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

MENITI hari-hari terakhirnya sebagai Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bercakap tentang jawatan yang akan dilepaskannya beberapa hari lagi, cadangan beliau tentang mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang beliau anggap wajar disiarkan pada orang ramai, keberkesanan peranan JAKIM dan Mufti-mufti dari negeri lain dan membetulkan pendapat songsang yang mengaitkan beliau sebagai penyokong Umno dan penentang pembangkang.

“Saya bukan pengampu dan saya tidak dibayar gaji untuk mengampu dan ini tidak seharusnya terjadi,” komen Dr Asri bila ditanya kenapa beliau lantang mengkritik pihak pemerintah mahupun pembangkang.

Kesemua pandangan beliau, bersifat neutral dan tidak memihak pada mana-mana parti politik walaupun ramai yang tersalah anggap.

Setiapkali beliau berhujah dan melontarkan pandangan, banyak maksud yang tersirat didalam bahasanya yang sarat dengan seribu makna dan sindiran. Mungkin juga ditujukan kepada mereka-mereka yang tidak senang dengan kehadirannya sebagai mufti paling muda di Malaysia.

Selama dua tahun memegang jawatan mufti, secara tidak sedar, Dr Asri mempunyai pengaruh yang kuat dalam mencorak pemikiran masyarakat Melayu dan pengamatan beliau tentang senario politik semasa. Read the rest of this entry

Bekas Hakim : Tak Boleh Tukar Agama!


Salam Perjuangan…

Konsep kebebasan beragama tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini, kata seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi hari ini.

Datuk Faiza Tamby Chik berkata berdasarkan undang-undang di negara ini, tidak mudah bagi seorang penganut Islam untuk keluar daripada agama itu.

Sambil mengambil contoh kes murtad Lina Joy, Faiza berkata dalam penghakimannya, mahkamah tinggi memutuskan bahawa mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu akan terus kekal sebagai penganut Islam hingga akhir hayatnya.

“Orang Melayu tidak boleh meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan mendapatkan perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,” katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk ’Orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan’ pada Seminar Perbandingan Agama Antarabangsa (ISCOM 2008) yang berakhir hari ini. Read the rest of this entry