Category Archives: Ibrahim Ali

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Ibrahim Ali WAJIB Meletakkan Jawatan


Salam Perjuangan…

Sejak awal saya tidak berminat dengan Ibrahim Ali ekoran karektornya yang gemar “cakap lepas” dan kasar dalam memilih istilah untuk dilafaz samaada dalam ucapan umum mahupun sewaktu berbual biasa.

Namun bukanlah itu menjadi sebab saya mengulas mengenainya di sini. Soal peribadinya saya kira telah disedari atau diketahui oleh umum. Cuma apa yang ingin saya sentuh ialah berkait dengan sikap dan pemikiran politiknya.

Beliau berkemungkinan besar tidak mengenali saya, tetapi saya tentu sahaja ingat dan kenal beliau sebagai “tokoh popular” dalam politik tanahair.

Sokong ISA

Sudah banyak kali saya mendengar dari perbualan rakan-rakan mengenainya yang banyak menimbulkan “karenah” di Parlimen mahupun di luar parlimen. Malah sesekali saya sempat mendengar ucapan beliau yang disiar di kaca tv.

Sehinggalah beliau membuat sokongan terbuka terhadap ISA, membuatkan saya tidak mampu lagi memandang kosong melainkan saya terpaksa mendesak malah mencabar agar beliau segera meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas bagi membolehkan rakyat khasnya pengundi di Pasir Mas membuat penentuan semula secara jelas siapakan yang benar-benar layak mewakili mereka di Parlimen. Read the rest of this entry

Surat Terbuka Untuk YB Dato’ Paduka Ibrahim Ali


Salam Perjuangan…

Assalamualaikum.

Kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas.

Pertamanya, tahniah saya ucapkan kepada YB Dato’ kerana telah memenangi kerusi parlimen bagi kawasan Pasir Mas di dalam pilihan raya umum yang lepas. Ucapan ini walaupun mungkin agak terlewat tapi saya rasakan masih relevan khususnya di dalam keadaan YB Dato’ pada hari ini yang saya kira semakin ditonjolkan oleh media massa setelah tenggelam agak lama selama ini.

Yang Berhormat Dato’, saya merupakan salah seorang pengundi di dalam parlimen Pasir Mas yang telah mengundi YB Dato’ di dalam pilihan raya yang lepas. Di dalam parti, saya merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS di dalam kawasan parlimen YB Dato’. Sayalah yang diamanahkan sebagai pengerusi di dalam majlis memperkenalkan calon di dalam pilihan raya umum yang lepas di Mini Stadium Pasir Mas. Semoga Allah mengampuni kesilapan saya apabila saya mengatakan YB Dato’ sebagai wira rakyat. Demi Allah, saya tidak berkata demikian kecuali hanyalah kerana mahukan kemenangan YB Dato’ yang bertanding di atas tiket parti kami. Read the rest of this entry

Desak Ibrahim Ali Kosongkan Kerusi Parlimen !!! Setuju ?


Salam Perjuangan…

Terlihat, maksudnya bukan sengaja nak lihat , dalam TV1 , masa siaran langsung persidangan parlimen 14 oktober, selasa lepas habis tu ada pulak slot bicara dengan tetamu, kebetulannya ia terdiri daripada ahli parlimen, YB Pasir Mas, Ibrahim Ali, bersama dgn YB Batu Pahat

Dah TV depan meja makan, nak elak tak dapat, kena lah dengar lawak jenaka kedua-dua tetamu.

Apa yang nak dikatakan di sini, bukan isu baru, semua dah tahu dengan perangai YB Ibrahim Ali ni  iaitu yang nak difokuskan seperti tajuk di atas adalah sangat berkait rapat dengan pendirian dan sikap YB ni sejak akhir-akhir ni

Intro

PRU – 12, baru-baru ni, beliau bertanding atas ehsan YB MB Kelantan, TGNA  engan menggunakan tiket & lambang PAS.

Maknanya, PAS dengan seluruh kekuatan, jentera dan dibantu dengan PKR & DAP, bekerja keras memenangkannya.

Tidak mustahil, tanpa PAS & PR, beliau akan kalah.

Tidak lah diketahui, samada terdapatnya perjanjian hitam putih dengan TGNA atau tidak, tetapi sewajarnya sekali pun tidak ada, beliau harus tahu harga diri, reti membawa diri, menjaga penampilan dan pembawaan diri, serta seharusnya memelihara hubungan baik dengan TGNA, PAS & PR. Read the rest of this entry