Category Archives: Kelantan

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Syarat Memperolehi Kemenangan


Menyedari tentang betapa susahnya untuk mencapai sesuatu kemenangan, maka kita wajib memenuhi syarat-syaratnya barulah hasilnya begitu bermakna untuk dicapai. Antara syarat utama kemenangan ialah berpegang teguh kepada sistem al-Quran dan ajaran nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sesuai dengan kebangkitan dan tersebarnya Islam atas dasar ilmu bagi melawan jahiliah maka kita wajib memperkasakan budaya ilmu dalam kehidupan bukan terhad pada usia, kerjaya dan tempat tertentu sahaja. Malangnya jika ramai umat Islam dihanyut dengan hiburan melalaikan setiap hari dengan hanya asyik menonton tv, berbual kosong, membaca majalah hiburan, melayari internet dalam perkara yang tidak bermanfaat sehingga banyak umur kita dihabiskan dengan melayan propaganda musuh bukannya menambah ilmu seterusnya bersiap siaga dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Read the rest of this entry

Kelantan : Kualiah Perdana, Medan Ilmu


Dinar: Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju


KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, tiada masalah jika kerajaan Kelatan mahu menggunakan dinar emas dan dirham perak sesama rakyat negeri itu.

Menurutnya selagi rakyat negeri itu bersetuju menggunakan dinar dan dirham sebagai alat pertukaran, maka tidak timbul sebarang masalah.

“Undang-undang kata Bank Negara sahaja yang dibenarkan kerajaan persekutuan, keluarkan wang sebagai mata wang. Read the rest of this entry

Rombongan Pemuda Pas Negeri Lawati Tahanan Lanun


Salam Perjuangan…

Kota Bharu – Menjadi tawanan kepada lanun adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma. Pengalaman sebegitu tentu amat susah hendak diluputkan dari ingatan. Mangsa juga mungkin mengalami tekanan perasaan.

Mengambil kira di atas faktor tersebut dan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa, baru-baru ini Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah membuat kunjungan ziarah keatas salah seorang mangsa tawanan lanun di Laut Aden, Somalia.

Rombongan tersebut diketuai oleh YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman (ADUN Mengkebang) yang juga merupakan Naib Pengerusi DPPNK, Ustaz Hafiz Musa (Pengarah Jabatan Amal Negeri Kelantan).

Turut serta ialah Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kelantan, Encik Muhammad Hanif Wan Ahmad dan Nuri Yaakub (Ketua Pemuda Pas Kubang Kerian).

Menurut YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman, lawatan itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga dalam menangani musibah yang dihadapi.

Beliau juga menyatakan rombongan DPPNK yang diketuai oleh beliau menunjukkan sikap cakna serta prihatin pimpinan pemuda pas terhadap mereka yang dilanda masalah. – http://mengkebang.pas.org.my

Isu Baja Subsidi Di Kelantan Berlarutan Hampir 18 Tahun – Exco


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 29 Okt – Isu baja subsidi nampaknya sukar untuk diselesaikan biar pun ia sudah berlarutan sejak hampir 18 tahun. Apa puncanya. Tidak lain lagi kerana politik sempit yang menjadi amalan pemimpin Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknoloji, Che Abdullah Mat Nawi berkata, sepatutnya isu baja subsidi sudah lama selesai kerana ia menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Bagaimanapun katanya, memandangkan baja milik kerajaan pusat tidak diagihkan secara adil, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan sendiri baja untuk diagih kepada petani yang disisihkan.

“Bagi tahun depan sejumlah RM2 juta diperuntukkan bagi menyediakan baja tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi jawatankuasanya di persidangan Dun hari ini.

Oleh itu beliau juga berharap semangat perpaduan yang cuba diterapkan Ketua Pembangkang, Dato’ Mohd Alwi Che Ahmad benar-benar menjadi kenyataan dan bukan sekadar menanam tebu di bibir.

“Saya minta maaf dengan kakitangan KADA kerana mereka begitu baik dan sering memberi kerjasama, tetapi masalah berlaku membabitkan pegawai atasan yang sukar memberi kerjasama,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak menghalang rancangan KADA, Lembaga Pertubuhan Peladang dan agensi lain membangunkan sektor pertanian di negeri ini. Read the rest of this entry

Kelantan Bayar RM220 Juta Hutang Peninggalan Kerajaan BN


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 29 Okt – Apakah kayu ukur untuk menggambarkan keupayaan ulama mentadbir sesebuah negeri. Antaranya boleh dilihat di Kelantan apabila kerajaan negeri tetap utuh di bawah PAS sejak 18 tahun lalu, biar pun sumber kewangannya terhad.

Setiap tahun bajet yang dibentang tidak besar berbanding negeri-negeri lain. Misalnya anggaran hasil tahun hadapan sebanyak RM339.98 juta, berbanding perbelanjaan mengurus RM360.26 juta.

Sedangkan negeri lain misalnya Selangor bajet 2009 melebihi RM1 bilion.

Namun, lebih menarik lagi apabila jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sebanyak RM220.26 juta telah dibayar kerajaan PAS.

Berdasarkan kepada jumlah tersebut RM57.46 juta adalah kadar faedah (bunga) yang dikenakan, manakala jumlah pokok hutang yang dibayar sebanyak RM162.8 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta. Read the rest of this entry

Adun BN Rakam Tahniah Kejayaan Pakatan Kuasai 5 Negeri


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 28 Okt – Selepas lebih tujuh bulan Pakatan Rakyat menguasai lima negeri, baru hari ini kedengaran ucapan tahniah dilafaz wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di atas kejayaan tersebut.

Dato’ Nozula Mat Diah (BN-Paloh) juga merakam ucapan serupa kepada PAS di Kelantan apabila berjaya mempertahankan kerajaan negeri sehingga memasuki tahun ke-18.

“Tahniahlah kepada PAS di Kelantan kerana kejayaan luar biasa mempertahankan kerajaan negeri sehingga memasuki tahun ke-18 sekarang.

“Tahniah sekali lagi dirakam kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu,” katanya ketika membahas Bajet Kelantan 2009 pada persidangan Dun hari ini.

Pada ucapan yang sama beliau mencadangkan kerajaan negeri menaikkan jumlah elaun yang dibayar kepada Adun memandangkan ia tidak dikaji semula sejak 2002 lagi.

Katanya, elaun pokok yang diterima sekarang sebanyak RM3,600 tidak memadai untuk membantu rakyat miskin, lebih-lebih lagi apabila berlaku kematian.

“Usahkan mahu bantu rakyat, hendak bayar ansuran Harier (Toyota) pun tidak sepadan kalau dah pencen nanti. Cuba bayangkan sekarang dengan jumlah elaun sebanyak itu hendak bantu rakyat pun susah,” katanya.

Ketika ditanya Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning) adakah Adun Paloh tidak lagi keluar dewan ketika pihak kerajaan menggulung perbahasan, katanya ia belum tentu lagi.

Malah katanya, apabila elaun sudah bertambah tentunya banyak tempat hendak pergi sama ada minum teh di hotel atau tempat-tempat lain. Read the rest of this entry

Kelantan Bentang ‘Bajet Berimbang’ Utamakan Golongan Dhaif


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 26 Okt – Ketika ekonomi dunia merudum dengan kejatuhan luar biasa institusi kewangan di peringkat global, kerajaan Kelantan masih mampu membentang anggaran belanjawan 2009 yang bertema ‘Bajet Berimbang’.

Bajet tersebut memberi tumpuan kepada penjanaan ekonomi secara berterusan untuk semua rakyat, pembinaan ihsan berteraskan Islam dan pembelaan golongan dhaif.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memantapkan lagi dasar berjimat cermat dengan perbelanjaan berhemah.

Selain itu, mengembeling usaha untuk meningkatkan hasil melalui pemantapan jentera kutipan hasil dan penguatkuasaan yang tegas dan berkesan, memantapkan jentera pentadbiran, meneruskan pendekatan pentadbiran menyeluruh.

“Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri yang stabil dan berdaya maju dengan memberi tumpuan kepada program-program kesejahteraan dan kemakmuran rakyat serta meningkat penyertaan rakyat dalam program-program peningkatan kualiti hidup.

“Dalam bajet 2009 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM26.50 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat,” katanya pada pembentangan Bajet 2009, di persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Teks ucapan belanjawan itu dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato’ Husam yang mengambil masa hampir sejam. Read the rest of this entry