Category Archives: Kisah Teladan

Berkasih Sayang Kerana-Ku


Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : “Sesungguhnya yang sangat Aku kasihi dari hamba-Ku ialah mereka yang berkasih sayang kerana-Ku, yang hati mereka selalu teringat pada masjid, yang selalu membaca istigfar pada waktu sahar (akhir malam), apabila Aku akan menurunkan bala pada penduduk bumi, teringat pada mereka maka Aku hindarkan siksa dari mereka.”

Omar Mokhtar, Singa Padang Pasir Digeruni Musuh


Salam Perjuangan…

Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa’ bin Sa’id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.

Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Read the rest of this entry

Jangan Bangga Diri


Salam Ramadhan…

Diceritakan orang pada suatu ketika dahulu terdapat seorang professor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari professor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pendalaman yang tinggal di tepi sungai. Maka si professor tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai.

Sepanjang perjalanan memudiki sungai si professor terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi Malaysia Boleh ini. Si Professor bertanya kepada pak cik pendayung sampan ; “Apa yang pak cik tahu tentang ilmu botani ?” Lalu pak cik itu menjawab ; “entah la nak, pak cik tak sekolah.” Professor berkata lagi ; “Kalau begitu pak cik telah kehilangan 10% dari hidup pak cik kerana tak tahu ilmu botani.” Professor bertanya lagi ; “Apa yang pak cik tahu tentang zoologi ?” PAk cik itu menjawab ; “Entahlah, pak cik tak sekolah.” Professor mengulas lagi ; “Pak cik kehilangan 10% lagi dari hidup pak cik kerana tak tahu zoologi.”

Sedang professor memerhatikan flora dan fauna, si pakcik bertanya ; “Professor tahu berenang ?” Professor tu jawab ; “Tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang.” Lalu pak cik itu mengulas ; “Professor akan kehilangan 100% hidup professor kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing.”

WalLahua’lam.

Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah


Salam Ramadhan…

Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.

Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.

Read the rest of this entry