Category Archives: Marhaen

Berkasih Sayang Kerana-Ku


Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : “Sesungguhnya yang sangat Aku kasihi dari hamba-Ku ialah mereka yang berkasih sayang kerana-Ku, yang hati mereka selalu teringat pada masjid, yang selalu membaca istigfar pada waktu sahar (akhir malam), apabila Aku akan menurunkan bala pada penduduk bumi, teringat pada mereka maka Aku hindarkan siksa dari mereka.”

Jangan Bersedih


Bagaimana (manusia) boleh bersedih, sedangkan disisinya ada Tuhan Yang Maha Merubah (segala sesuatu), Maha Mengampuni (segala dosa dan kesalahan), Maha Memberi Rezki (yang tidak terhitung), Maha Melindungi (segala keaipan), Maha Melihat (segala kesusahan), Maha Mendengar (segala aduan hamba), bagiNyalah urusan segala perkara. Jangan bersedih!

Turun Minyak Asyik 10 – 15 Sen Sahaja


Salam Perjuangan…

Minyak turun lagi. Entak kali ke berapa minyak malaysia turun. Kalau dikira dengan angka penurunan pasti orang luar akan lihat bahawa Malaysia ini satu negara yang bagus kerana menurunkan harga minyak acap kali. Ini membuktikan Malaysia dipimpin oleh pimpinan yang berhati rakyat.

Tapi sebaliknya yang berlaku, setelah harga minyak mentah turun sampai paras USD 50, negara kita hanya menurunkan harga minyak berdekit-dekit dengan hardar penurunan harga antara 10 – 15 sen sahaja.

Kalau dibandingkan dengan harga sebelum kenaikan harga minyak baru-baru ini iaitu RM1.92 sen seliter. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan BN sekarang ni, tidak pernah / mungkin memandang kepada nasib rakyat apabila menaikkan harga minyak dengan begitu mendadak dengan kadar harga 78 sen seliter.

Rakyat sekarang ini masih terbeban hasil daripada kenaikan harga minyak tersebut kerana peniaga masih menjual barang keperluan harian dengan harga yang begitu tinggi. Rakyat juga yang menderita.
Pemimpin BN tak apa la kata suruh jimat cermat, kalau orang gaji dah RM 400 – 600 sebulan nak berjimat macam mana kalau duit dah tak cukup untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.

Harga Minyak RM2, Rakyat Bayar Cukai 38 Sen Seliter


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Kerajaan disifatkan seperti ‘Along’ yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

“Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato’ Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan,” kata Mahfuz kepada Harakahdaily.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap kerajaan yang tidak bertindak menurunkan kadar harga minyak kepada harga yang sepatutnya tatkala ekonomi rakyat semakin parah. – harakahdaily

Najib Akan Hapuskan Hak Bumiputra?


Salam Perjuangan…

Najib telah memutuskan untuk membenarkan syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera yang kurang 30 peratus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kelonggaran yang berkuatkuasa serta-merta itu diberi bagi memastikan pasaran modal di Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan jelas beliau, harus melalui beberapa langkah dan syarat tertentu serta perlu melalui proses semak semula.

Beliau berkata demikian kepada [pemberita] ketika membuat lawatan ke Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.

Sebelum ini, MCA telah mencadangkan agar 30% kuota bumiputra dalam pemilikan ekuiti bagi syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikaji semula.

Cadangan tersebut telah mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin UMNO yang menganggap cadangan MCA itu sebagai melampau serta bertentangan dengan semangat DEB yang mahu membantu kaum bumiputra di negara ini.

Read the rest of this entry

Piala Monsun 2008: Ikhwan Turun Padang Minta Pandangan Rakyat


Salam Perjuangan…

KUALA TERENGGANU, 8 Nov – Acara Kejohanan Piala Monsun yang bertaraf antarabangsa merupakan program tahunan di negeri Terengganu sejak tiga tahun lalu.

Kejohanan itu telah dipertandingkan setiap tahun yang menjadikan Pulau Duyong di Kuala Terengganu sebagai lokasi perlumbaan tersebut.

Namun begitu, kejohanan bertaraf dunia yang dilihat berprestij itu telah menimbulkan kontroversi, konotasi dan persepsi oleh pelbagai pihak.

Berikutan itu, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) atas nama Ikatan Anak Watan Darul Iman (Ikhwan) mengambil satu pendekatan proaktif bagi melihat pandangan rakyat secara telus melalui kaji selidik yang akan dijalankan.

Presidennya, Fariz Musa berkata Ikhwan akan melancarkan usaha kaji selidik terus kepada rakyat di seluruh negeri ini dalam masa terdekat.

Katanya, kaji selidik tersebut bagi mengambil pandangan rakyat secara telus melalui soalan-soalan yang relevan akan dijawab secara jujur. Read the rest of this entry

RM9 Bilion Dibawa Pulang Dan RM45 Juta Setahun Tanggung Banduan Asing Patut Dibendung


Salam Perjuangan…

JUMLAH RM9 bilion atau RM9,000 juta adalah satu jumlah yang cukup banyak. Kalau diagih-agihkan kepada setiap orang rakyat Malaysia, masing-masing akan dapat lebih dari RM321 juta seorang.

Itulah jumlah wang negara yang dibawa pulang oleh rakyat negara asing ke negara masing-masing bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, yakni kira-kira enam bulan dengan secara puratanya berjumlah RM1.5 bilion atau RM1,500 juta sebulan.

Ertinya dalam tempoh setahun, tidak kurang dari RM18 bilion atau RM18,000 juta yang mana kalau diagih-agihkan kepada rakyat negara ini setiap seorang akan dapat lebih dari RM642 juta setahun, dibawa pulang oleh rakyat asing ke negara masing-masing.

Jumlah wang yang besar itu adalah hasil dari tumpahan keringat dan kepakaran rakyat asing dalam plbagai bidang di negara ini. Mahu tidak mahu warganegara ini kena redha dalam terpaksa terhadap apa yang berlaku di samping langkah-langkah proaktif kena dilakukan bagi memastikan pengaliran keluar wang negara dengan begitu banyak tidak akan dibiarkan terus berlaku.

Cuma yang mendukacitakan dan patut dielak ialah apabila negara terpaksa membelanjakan RM50,000 sehari R1.5 juta sebulan atau RM45 juta setahun bagi membiayai 2,000 banduan warganegara asing ditahan di penjara negara ini.

Jumlah RM45 juta itu kalau diagihkan kepada seluruh rakyat negara ini masing-masing akan dapat dapat lebih dari RM1.5 juta setahun atau lebih dari RM53,570 sebulan atau lebih dari RM1,780 sehari. Read the rest of this entry

Pakatan Rakyat Komited Perjuang Hak Golongan Marhaen


Salam Perjuangan…

Ketua Umum KeADILan merangkap Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja sehari di kawasan beliau khusus nya di kampung Permatang Rawa untuk meyampaikan bantuan dan sumbangan disamping berucap dan beramah mesra bersama fakir-miskin dan warga emas termasuk kaum India di sana.

“Ianya bukan sahaja melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus bertanggungjawab juga memantau melalui egensi tertentu”, demikian jelas Anwar setelah mendengar keluhan penduduk. Semasa DrWan Azizah mewakili mereka, pelbagai usaha telah di lakukan, namun gagal dilaksanakan kerana kawasan tersebut di kelilingi pembangunan pesat. Usaha-usaha itu gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pusat kerana di lihat lebih cenderung membantu syarikat-syarikat besar berbanding usaha membantu golongan-golongan buruh, nelayan, petani serta orang dhaif yang benar-benar perlukan bantuan.

“Baru-baru ini Menteri Kewangan umum RM5 bilion untuk menaikan saham dan RM5 bilion untuk bantu orang kaya, syarikat-syarikat besar tetapi untuk membantu golongan kecil, amat payah. Saya tidak menyatakan kerajaan Barisan Nasional tidak membantu tetapi jumlah RM5 bilion di lihat terlalu besar untuk membantu syarikat-syarikat kaya. Nak suntik saham, saya tak kata orang kaya tak turun pendapatan dengan harga barang dan tanggungan sekarang. Mudah-mudahan akan ada perubahan nanti”, tambah Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang.

“Dulu masa saya berucap sebagai Menteri Kewangan, saya dengar bagaimana Ketua Pembangkang Saudara Lim Kit Siang berhujah supaya kita dapat meneliti dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya kita baiki, dapat teliti, tetapi sekarang mereka tidak mahu mendengar, malah sombong dan takut untuk mendengar hujah saya. Sebabnya, kalau mereka dengar, sudah tentu mereka dapat menyelesaikannya. Read the rest of this entry