Category Archives: Media

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Advertisements

Isu MB Perak ‘Rampas Kamera’ Sengaja Diputarbelit


Salam Perjuangan…

IPOH, 18 Nov – Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki menegaskan isu Menteri Besar ‘merampas’ kamera wartawan sudah dijangka akan diputarbelitkan oleh media dengan tujuan jahat dan mencemar imej Menteri Besar.

“Seperti yang dijangkakan, media akan memainkan isu ini, peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberikan,” ujarnya.

Menurutnya, beliau bersama Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, dan Ustaz Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian.

“Kami bersama Menteri Besar sedang makan tengah hari, tiba bila seorang yang tidak dikenali menghampiri Menteri Besar membawa surat meminta Haji Nizar menandatangani,” jelas beliau sewaktu menceritakan kejadian sebenarnya kepada wakil Harakah baru-baru ini.

Pembawa surat itu kemudiannya memperkenalkan dirinya dan Menteri Besar membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani.

“Tetapi kami serentak mencelah, supaya tidak ditandatangani dulu dan meminta Menteri Besar lihat keseluruhan isi surat tersebut terlebih dahulu,” katanya Read the rest of this entry

Tiada Kebebasan Apabila Wartawan Ditahan Ketika Bertugas


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Wanita KeADILan membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak polis Selangor yang menahan jurukamera Malaysiakini Syukri Mohamad dari menjalankan tugas sewaktu melaporkan berita Himpunan Bersih 9 November lalu.

Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamarudin berkata, wartawan berhak mendapatkan laporan yang kebenaran dan menghormati hak orang ramai bagi mendapatkan maklumat yang benar.

Dalam kes ini rakyat ingin mengetahui kebenaran situasi yang berlaku sewaktu himpunan tersebut diadakan, kata Zuraida.

“Pihak polis tidak sewajarnya menahan beliau sewaktu menjalankan tugas. Malahan wartawan tersebut juga bedasarkan prinsip menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur,” ujar Zuraida ketika diminta mengulas penahanan wartawan dalam himpunan Bersih.

Tindakan polis merupakan halangan kepada wartawan menyampaikan maklumat dan melanggar etika. Read the rest of this entry

Himpunan Bersih : Bekas Jurugambar Webtv PAS Ditahan


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Wartawan yang juga bekas jurugambar webtvpas, Shukri Mohamad antara 24 yang ditahan polis anti rusuhan ketika beliau membuat liputan himpunan sempena ulang tahun pertama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Dewan Sivik Petaling Jaya 9 November lalu.

Dalam himpunan anjuran Bersih itu, 24 pserta termasuk ahli Parlimen dan Adun ditahan ketika mereka mahu bersurai dan menyanyikan lagu Negaraku.

Shukri yang kini bertugas sebagai jurukamera Malaysiakini kesal dengan penahanan beliau itu sedangkan ketika itu beliau sedang merakam gambar ‘water cannon’.

“Saya sedang merakam gambar trak meriam air apabila seorang anggota polis mengarahkan saya berhenti berbuat demikian, Dia mengarahkan saya menyerahkan kamera dan pita rakaman. Saya berpusing dan beredar dari situ apabila saya ditahan,” kata Shukri sebaik dibebaskan.

Peserta himpunan yang berjalan menuju ke pusat tersebut sejurus selepas jam 9.30 malam, selepas pihak polis mengarahkan mereka bersurai dari Padang Timur, kira-kira satu kilometer dari situ. Read the rest of this entry

Utusan Manipulasi Kenyataan Presiden PAS


Salam Perjuangan…

KUALA TERENGGANU, 2 Nov -Akhbar Mingguan Malaysia (terbitan Utusan Melayu) hari ini dengan cara yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak professional telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

(Berikut adalah petikan berita daripada muka depan akhbar berkenaan)

Hadi mahu penjelasan

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KEMAMAN 1 Nov – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

“Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam. Read the rest of this entry

Kebebasan Media Di Malaysia Lebih Buruk Daripada Afrika


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Kedudukan tahap kebebasan media Malaysia yang semakin merudum membuktikan bahawa ia disebabkan oleh kerajaan Umno-BN sendiri.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata keadaan tersebut berpunca daripada kerajaan sendiri yang membina imej buruk tersebut di mata dunia.

“Selama ini, mereka hanya pandai menuduh pembangkang yang menghasut negara luar dengan memberikan gambaran buruk tentang negara ini.

“Sekarang, kita dapat lihat sendiri penilaian negara luar terhadap negara kita. Sebenarnya ia menunjukkan kerajaanlah yang menjadi penyebab kepada imej negara yang buruk,” katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, kerajaan Umno-BN seolah-olah masih tidak menginsafi tindakan rakyat menolak mereka dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

“Sepatutnya mereka insaf dan memperbaiki kesalahan dan kesilapan mereka kepada media dan rakyat, bukan memburukkannya,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Pokok sena itu berkata, tindakan kerajaan yang gagal menangani isu ekonomi dunia yang memberi kesan kepada negara juga turut ditutup daripada mata rakyat dan dunia dengan menggunakan media.

“Malangnya, dengan kecanggihan telekomunikasi dan jaringan maklumat tanpa sempadan rakyat kini semakin bijak menggunakan kemudahan yang kian luas di laman-laman web,” katanya menjelaskan keresahan rakyat selepas tekanan kerajaan sehingga beralih kepada media alternatif. Read the rest of this entry

Selangor Haramkan Jom Heboh


Salam Perjuangan…

Dewan Undangan Negeri Selangor masih bersidang hari ini. Semalam di Dewan EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan konsert Jom Heboh TV3 dianjurkan dimana-mana lokasi di Selangor. Menurut beliau keputusan ini dibuat kerana stesyen TV berkenaan sentiasa berat sebelah dan tidak adil dalam membuat liputan berkenaan kerajaan negeri.

Malah kata beliau “hostess” TV3 juga berpakian tidak sopan ketika keluar di kaca TV.

Saya percaya langkah ini seiringan dengan resolusi Seminar Siyasah Syariah” yang dianjurkan oleh PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda Pusat baru-baru ini. Adapun resolusi kelima seminar itu berbunyi:

Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan Islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: “Apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.”

Sesungguhnya kalau kita tinjau konsert “Jom Heboh” TV3 yang diadakan hampir di seluruh negara, tiada apa pengisian yang bermanfaat pun selain hiburan, menyanyi, menari dan melonjak-lonjak atas pentas oleh artis yangs esetengahnya berpakaian kurang sopan. Syabas Selangor kerana berupaya mengambil pendirian sedemikain.

Mudah-mudahan atas semangat seminar di atas, negeri-negeri lain yang kita perintah bersama akan mengambil langkah yang sama juga. Memang PAS bukan dominan dalam negeri-negeri tertentu namun apa yang cuba dibawa oleh PAS ini adalah berkait-rapat dengan Islam yang dianuti oleh sebahagian besar rakyat di negeri-negeri ini. Konsert TV3 ityupun kalau kita lihat rata-rata dikerumuni oleh rakyat yang beragama Islam, lantas atas dasar itu PAS bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu.

Yang penting moral rakyat terpelihara dan suasana yang aman, bermoral dan ceria dapat dilahirkan demi kebaikan semua. – roslan sms

Itulah, bila mana mufti bersuara kata haram “Sure Heboh”, dia tukar nama kepada “Jom Heboh”. Tapi dah benda sama, tukar nama pun tetap haramlah. Yang kita dok memandai-mandai lebih pada mufti tu apa hal. Nampak macam lebih alim daripada mufti kut.

Kebebasan Media Malaysia Merudum Lagi


Salam Perjuangan…

Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.

Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.

Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136).

Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.

Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima “kritikan menggunung” bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.

Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia.

Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.

Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.

Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan.

Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.

Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik – dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124).

Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.

RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985. – malaysiakini

Itulah Malaysiaku yang perintah oleh BN. Selagi mereka ini memerintah Malaysia, selagi itulah kebebasan media tidak dibenarkan. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya sesuatu pilihan raya di negara ini. Makin meluat dibuatnya BN menggunakan arus media perdana dalam memenanggi hati rakyat. Kena ubah kerajaan barulah ada kebebasan media.