Category Archives: Moral

Berkasih Sayang Kerana-Ku


Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : “Sesungguhnya yang sangat Aku kasihi dari hamba-Ku ialah mereka yang berkasih sayang kerana-Ku, yang hati mereka selalu teringat pada masjid, yang selalu membaca istigfar pada waktu sahar (akhir malam), apabila Aku akan menurunkan bala pada penduduk bumi, teringat pada mereka maka Aku hindarkan siksa dari mereka.”

Advertisements

Ka Chuan Serah Surat Letak Jawatan Menteri


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ong Ka Chuan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, kata seorang pembantu kepada Ka Chuan hari ini.

Sumber itu memberitahu Bernama, Ka Chuan menyerahkan “surat peletakan jawatan tanpa tarikh” ekoran kekalahannya dalam pemilihan parti pada 18 Okt. Ka Chuan tewas kepada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden.

“Ya, beliau (Ka Chuan) ada menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Datuk Seri Ong (Tee Keat). Itu saja yang boleh saya katakan,” kata pembantu itu sebelum menamatkan perbualan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Ka Chuan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mengikut prosedur, seseorang menteri perlu mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri.

Abdullah sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Uzbekistan dan Turkmenistan. Read the rest of this entry

Edar Tiket Nombor Ekor Untuk Banteras Politik Wang


Salam Perjuangan…

Temerloh : Seorang pemimpin UMNO yang dianggap ‘cerdik’ dan ‘profesional’ mengaku mengedarkan tiket judi ‘nombor ekor’ sebagai ganti ‘rasuah politik wang’ semasa bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian Temerloh baru-baru ini.

Timbalan Ketua UMNO cawangan Kg Gantok, Ir Che Wan Shamsiruddin Wan Shamsudin telah mengedarkan 1000 keping tiket nombor ekor kepada semua perwakilan dan pemerhati, bernombor 0440.

Menurutnya nombor senarai pencalonan beliau adalah 44, oleh yang demikian, dengan harapan perwakilan ingat nombor itu dan memberikan undi kepadanya.

Katanya beliau melakukan semua itu kerana berusaha untuk membanteras semasa pemilihan UMNO di dewan Tun Razak, dekat sini.

“Apa yang saya lakukan atas factor kebanyakkan calon yang bertanding memberi duit kepada perwakilan untuk memenangi pertandingan,”katanya yang dipetik Sinar Harian Edisi Pahang.

Kata Che Wan, jika nombor itu bertuah, perwakilan boleh mendapat RM2,500 untuk hadiah utama. Read the rest of this entry

Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Ditangkap Berkhalwat Di Kebun Getah


Salam Perjuangan…

PASIR MAS – Salah seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Rantau Panjang telah ditangkap khalwat bersama salah seorang wanita di sebuah kebun getah di sini, semalam.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abe Lah memberitahu, orang kampung menyangka sebuah kereta diletakkan di sebuah kebun getah di Kampung Tok Pelandok itu adalah pencuri, lalu bertindak mengepung kereta tersebut, tetapi mendapati sepasang lelaki dan perempuan berada di dalamnya.

“Kedua-dua pasangan tersebut berada di kawasan itu kira-kira jam 8.30 malam sehinggalah mereka berdua dikepung oleh penduduk kampung kira-kira jam 9.30 malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, lelaki yang ditahan itu dipercayai mempunyai jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan manakala perempuan itu juga mempunyai kedudukan dalam sebuah parti dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Difahamkan lelaki itu merupakan suami orang dan perempuan tersebut juga mempunyai suami dan beberapa anak.

“Kita kesal dengan kejadian seumpama ini kerana ia telah mencemarkan imej parti dan juga kerajaan,” jelasnya. Read the rest of this entry