Category Archives: Najib

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Advertisements

Mahfuz tidak terkejut BN pancing RM50 juta


Salam Perjuangan…

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar menganggap dakwaan mengatakan Timbalan Perdana Menteri menawarkan RM50 juta untuk wakil rakyat yang mahu melompat parti sesuatu yang tidak mengejutkan malah ia merupakan amalan biasa bagi Umno.

Beliau berkata sebelum ini Umno dan Barisan Nasional (BN) pernah cuba membeli calon PAS di Johor dan terdapat bukti di mana BN melakukan perkara yang sama di Sabah.

“Perkara ini satu amalan biasa bagi Umno dan BN. Suatu masa dahulu Adun PBS di Sabah di culik dan dikuarantin dan akhirnya BN dapat bentuk kerajaan di Sabah,” tegas beliau.

Amalan ini kata beliau, bukan perkara baru bagi Umno kerana pada tahun 1968, empat Adun di Kelantan pernah cuba dibeli tetapi tidak berjaya kerana hanya satu sahaja yang setuju lompat parti. Read the rest of this entry

Umno Mungkin Boikot Pilihan Raya Kecil?


Salam Perjuangan…

Tak usahlah nak pening kepala memikirkan status surat perletakan jawatan 2 bekas ADUN PKR yang telah diumumkan oleh Speaker DUN Perak.

Mereka berdua bukannya tidak tahu tentang kewujudan surat itu kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di negeri Perak.

Yang tidak tahu tentang kewujudan surat itu adalah Najib, Zahid Hamidi dan Abdullah Badawi. Mereka ni langsung tak sedar yang Anwar sedang mengenakan mereka.

Habis tu, kenapa 2 bekas ADUN PKR itu beria-ia menafikan status surat itu dan sanggup membawa kes itu ke mahkamah? Read the rest of this entry

Realiti politik masa kini dan kejutan politik Najib di Perak


Salam Perjuangan…

Secara peribadi, lazimnya saya sukar untuk menerima dengan mudah dakwaan bahawa Umno-BN sudah hilang pengaruh dan bersiap sedia bagi dikuburkan hanya kerana sesuatu peristiwa, misalnya kalah dalam pilihan raya kecil. Saya lebih suka meramalkan kedudukan terburuk yang bakal dihadapi pembangkang supaya dapat diikhtiarkan jalan keluar sebelum terlambat. Lagi pun, kejutan selepas menang lebih indah dan nikmat berbanding terkejut kerana kalah!

Semasa pilihan raya umum 1999, ketika tuntutan reformasi hebat dilaungkan, ramai kawan-kawan menjangkakan BN akan gulung tikar. Saya sekadar menyimpan impian untuk melihat kerajaan Barisan Alternatif ditubuhkan sambil berasa resah dan bimbang takut-takut BA, seperti parti pembangkang sebelum itu, kalah dengan teruk. Meskipun akhirnya PAS dapat menguasai Terengganu, dan mengekalkan Kelantan, selain menambah kerusi 20 kerusi Parlimen menjadi 27, pengundi bukan Melayu telah menjadi penyelamat kepada BN. Read the rest of this entry

Terbongkar, Misi Rahsia Tersirat Atas Perlantikan Dato’ Najib Razak Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Yang Baru !!


Salam Perjuangan…

Perlantikan Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru nampaknya bakal menyaksikan satu perubahan drastik dalam politik di Perak. Ramai pihak yang sebelum ini menganggap perlantikan Najib bakal mempercepatkan lagi kehancuran UMNO Perak. Kini mereka semakin sangsi dengan isu perlantikan tersebut, walhal Najib dilihat gagal menyakinkan rakyat untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional berdasarkan kepada prestasi dua pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini. Namun, hakikatnya kita harus akui bahawa Najib mengambil alih jawatan itu dengan dua misi yang amat besar. Pertamanya, menumbangkan serta merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat dengan merasuah dan mengugut pemimpin-pemimpin tertentu. Manakala keduanya pula ialah membawa masuk semula mana-mana pemimpin UMNO yang didapati mula untuk menyokong dan berpihak kepada pembangkang termasuk juga ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim. Inilah dia dua agenda besar Najib yang gagal dilakukan oleh Tajol Rosli sebelum ini. Mengapa beliau percaya yang dirinya dapat melakukan semua ini. Kerana Najib adalah Menteri Kewangan sekarang, dan beliau juga bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Mac ini. Lantaran itulah beliau terfikir bahawa limpahan kemewahan dan kewangan wajar ditaburkan kepada mana-mana ADUN Pakatan Rakyat dan BN yang mahu berhijrah. Tajol Rosli dilihat gagal kerana beliau tiada jawatan diperingkat pusat dan tidak boleh membuat keputusan berkaitan ekonomi dan kewangan sebelum ini. Maka itulah tugasan ini diberikan kepada Najib. Read the rest of this entry

Umno kalah teruk pilihan raya akan datang


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Umno akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ramalan saya ialah Umno akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum.

“Yang memberi kemenangan kepada calon-calon Umno dahulu ialah undi ahli bersama dengan penyokong luar, penyokong bukan Umno. Jangan fikir hanya dengan undi ahli Umno sahaja kemenangan akan diperolehi.

“Dalam pilihanraya umum ke-12 ramai ahli Umno pun tidak undi calon BN (Barisan Nasional). Dan amat ramai daripada penyokong-penyokong (bukan ahli) Umno yang undi parti lawan. Itulah yang memberi keputusan yang buruk bagi BN dalam pilihanraya umum ke-12,” katanya.

Beliau mengingatkan, kelebihan undi bagi calon Umno yang menang tidak sebesar dahulu.

“Jika hanya separuh lebih sedikit daripada kelebihan kecil ini berpaling tadah dan mengundi parti lawan Umno akan kalah dimana dahulu ia menang,” katanya.

Beliau mendedahkan, “orang yang terkenal menyogok wang untuk jadi pemimpin Umno, jika mereka dipilih akan menyebabkan Umno ditolak dalam pilihan raya umum”. Read the rest of this entry

Gelora Umno Pahang Cemar Imej Najib


Salam Perjuangan…

SEBAIK sahaja Menteri Besar (MB) Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob membentangkan Bajet 2009 di Dewan Undangan Negeri, yang merupakan bajet defisit, Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Sharkar Shamsudin mengumumkan hasrat kerajaan negeri melantik pesara menjadi penulis blog.

Tujuan perlantikan itu, menurut Sharkar untuk menerangkan sesuatu isu kepada rakyat dan menepis fitnah terhadap kerajaan negeri.

Buat permulaan, kata Sharkar yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh, tiga pesara akan dilantik dengan dibekalkan komputer riba dan diberikan elaun dengan menjalankan kerja-kerja di rumah.

Nasib baiklah Sharkar sudah mengumumkan perlantikan itu, jika tidak tentunya ramai yang memikirkan kemungkinan Kerajaan Negeri Pahang mahu melantik pesara-pesara seperti bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno yang masih kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Paya Besar, Dato’ Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman menjayakan hasrat kerajaan negeri itu.

Langkah perlantikan pesara ini mungkin terpaksa dibuat kerana kerajaan negeri nyata gagal berhadapan dengan serangan dari pelbagai pihak, lebih-lebih lagi isu penjualan tanah seperti yang didedahkan bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Dato’ Tajuddin Sulaiman dan beberapa isu yang membabitkan syarikat balak menyaman kerajaan negeri. Read the rest of this entry

Bila Pulak Razak Jadi Hakim


Salam Perjuangan…

Altantuya: Pelik, bagaimana Razak tahu?


KUALA LUMPUR, 20 Nov – Kalangan aktivis rakyat melahirkan rasa pelik dengan kenyataan bekas tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, Abdul Razak Baginda yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor memang tidak terbabit dengan kes tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin semasa dihubungi berkata beliau hairan bagaimana Razak boleh mengetahui bahawa Najib dan Rosmah tidak terbabit.

“Macama mana Razak yakin Rosmah dan Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya, maknanya dia (Razak) tengok atau tahu bila Altantuya dibunuh.

“Saya menggesa kertas siasatan kes ini dibuka semula kerana timbul keraguan dalam kenyataan Razak yang terbaru,” ujar Badrul Hisham.

Beliau juga menggesa agar polis menyiasat isi kandungan SMS Najib yang sebelum ini mencetus kontroversi selepas penyiasat P.Balasubramaniam membuat kenyataan bersumpah berhubung dakwaan tersebut.

Ujarnya lagi, rakyat tidak sanggup melihat permainan tertinggi dalam kes ini yang akhirnya memangsakan mereka yang bukan dikalangan ‘high profile’. Read the rest of this entry

Najib Akan Hapuskan Hak Bumiputra?


Salam Perjuangan…

Najib telah memutuskan untuk membenarkan syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera yang kurang 30 peratus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kelonggaran yang berkuatkuasa serta-merta itu diberi bagi memastikan pasaran modal di Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan jelas beliau, harus melalui beberapa langkah dan syarat tertentu serta perlu melalui proses semak semula.

Beliau berkata demikian kepada [pemberita] ketika membuat lawatan ke Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.

Sebelum ini, MCA telah mencadangkan agar 30% kuota bumiputra dalam pemilikan ekuiti bagi syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikaji semula.

Cadangan tersebut telah mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin UMNO yang menganggap cadangan MCA itu sebagai melampau serta bertentangan dengan semangat DEB yang mahu membantu kaum bumiputra di negara ini.

Read the rest of this entry

Konflik Kem Abdullah – Najib Di Wilayah Persekutuan


Salam Perjuangan…

PENCALONAN Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno, sementara Dato’ Seri Najib sebagai Presiden, dari Umno Bahagian Wangsa Maju sedikit sebanyak membawa erti besar kepada Muhyiddin kerana, ketua bahagian ini, Dato’ Mohd Shafie Abdullah adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun Mohd Shafie memberitahu wartawan kemudiannya, pencalonan itu bukan atas kapasitinya sebagai Setiausaha Politik Najib tetapi hanya sebagai ketua bahagian, tetapi Muhyiddin tentunya mengharapkan lebih dari itu, setelah Umno Bahagian Kota Bharu yang diketuai Dato’ Mohamad Fatmi Che Salleh, yang juga Setiausaha Politik Najib di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, turut mencalonkannya.

Mengharapkan pencalonan untuk Muhyiddin dari Umno Bahagian Pekan, yang diketuai Najib tentulah mustahil memandangkan Majlis Tertinggi (MT) sudah membuat keputusan Bahagian Pekan dan Kepala Batas tidak akan menamakan calon-calon yang bertanding, bagi mengelakkan perwakilan terpengaruh dengan keputusan yang bakal dibuat dua bahagian ini. Pekan diketuai Najib dan Kepala Batas diketuai Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Read the rest of this entry