Category Archives: PAC

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Eurocopter: ‘Game High Profile’ Yang Ranapkan Wang Rakyat?


Salam Perjuangan…

Pengumuman Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) bahawa urusan pembelian Eurokopter EC725 Cougar tiada berlakunya penyelewengan mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan kepimpinan.

Sebelum pengumuman itu pun, banyak pihak mempertikaikan beberapa kenyataan dua pemimpin utama negara, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Dato’ Seri Najib Razak yang sangat bercanggah antara mereka.

Pada mulanya, 27 September 2008, Abdullah mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.

Ramai yang melihat pengumuman tersebut memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri. Read the rest of this entry