Category Archives: Pakatan Rakyat

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Kelantan


Penganalisis : BN tak sepatutnya rasa selesa


Kemenangan berganda BN di Merlimau dan Kerdau boleh dijadikan penanda aras sokongan rakyat, namun parti itu harus mengambil iktibar daripada tsunami politik yang diharunginya pada pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik, Datuk Dr Zainal Kling.

“Ini kerana sokongan sokongan pengundi di kawasan bandar masih belum dapat dipastikan, namun kini sudah ada tanda-tanda sokongan rakyat mula kembali kepada BN,” katanya ketika mengulas kemenangan BN itu.

Dengan dua kemenangan hari ini, BN menangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Sebelum ini, BN menang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, DUN Galas, DUN Tenang, DUn Bagan Pinang, DUN Batang Ai dan parlimen Hulu Selangor. Read the rest of this entry

PRK Kerdau : Pengasas Umno Jengka 25 Masuk PAS


TEMERLOH : Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi. Read the rest of this entry

Daftar Warga Thai Untuk Tawan Kelantan


Salam Perjuangan …

Pihak lawan sedang berusaha mendaftarkan seramai mungkin warga Thai sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13 bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini ditadbir oleh PAS hampir 21 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka  sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu. Read the rest of this entry

Tun Mahathir Khianati Melayu


Salam Perjuangan …

Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini.

Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus. Read the rest of this entry

Pengarah SPR Pahang Meninggal Dunia


Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah di sini petang Isnin kerana serangan jantung.

Pegawai pengurus pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, Ismail, 57, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang, dimasukkan ke hospital itu pagi tadi.

Beliau berada di sini bagi melihat persiapan pilihan raya kecil Kerdau yangakan diadakan Ahad ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN akibat penyakit jantung pada 12 Feb lepas. – BERNAMA

PRK Merlimau : UMNO / BN Hina Tok Guru & Anwar Ibrahim


Salam Perjuangan…

Proses penamaan calon di DUN Merlimau selesai. Tapi banyak provokasi yang dibuat oleh pihak BN / UMNO tidak diambil tindakan langsung oleh pihak berkuasa. Misal contohnya gambar Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (gambar di bawah) dengan menunjukkan mereka sedang meliwat. Apakah ini bentuk kempen yang akan di bawa oleh BN di DUN Merlimau nanti.

Kalau itulah yang menjadi taruhan / bentuk kempen untuk merai simpati rakyat untuk mengundi BN, maka sesuailah dengan Islam Sederhana yang dicanang Najib. Semoga Allah SWT melaknati mereka yang menghina Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am PAS.

Lihat betapa kurang hajarnya penyokong UMNO / BN menghina Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS dengan melakar gambar Tok Guru diliwat Anwar. Ihsan TPU

Read the rest of this entry

Pamplet Ramadhan 1431


Dapatkan risalah Ramadhan dalam bentuk PDF di sini oleh Dr Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman yang dikenali sebagai Abu Anas Madani. Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan risalah ramadhan tersebut.

Tiga pamplet untuk disebarkan:

  1. Puasa: Kewajipan & perkara yg membatalkannya.
  2. Fadhilat & Adab.
  3. Lailatul Qadar & 10 Malam terakhir.

Sila muat turun di sini.

Munajat Agar Perancangan Jahat Umno & BN Perak Gagal


Salam Perjuangan…

Harap semua pihak ambil peranan. Kita mohon kepada Allah agar mengurniakan kesabaran dan ketenangan kepada pimpinan kita sekaligus menggagalkan perancangan jahat lagi tidak beretika yang cuba dilakukan oleh UMNO dan BN negeri Perak.

Insya Allah, Himpunan Solat Hajat perdana akan diadakan di Ipoh jam 7.30 malam ini.

Harap semua dapat hadir Insya Allah. http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Kepada teman-teman seperjuangan dan mereka yang tidak mahu melihat kehancuran dan ketidakadilan serta kerja jahat Umno, maka sama-samalah kita bermunajat walau di mana jua kita berada bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T. menghancurkan perancangan jahat yang dibuat oleh pihak Umno / BN.