Category Archives: Parlimen

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Nazri Tidak Perlu Dirujuk Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat hari ini memutuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung status keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia,tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendapati kenyataan yang dbuat oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.

“Saya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, beliau berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar. Read the rest of this entry

BPR Perlu Segera Siasat, Peruntukan RM38 Juta ‘Hilang’?


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar menyiasat peruntukan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan oleh kerajaan pusat berjumlah RM38 juta.

Beliau memberitahu Harakahdaily bahawa terdapat makluman oleh pihak tertentu bahawa hanya 1.6 peratus sahaja daripada keseluruhan peruntukan untuk PBT tersebut diguna berpandukan perancangan yang telah ditetapkan.

“Jadi, ke manakah pergi wang peruntukan yang selebihnya? Pihak BPR perlu menyiasat kedudukan wang tersebut kerana dibimbangi ianya disalahgunakan pihak JPPP seperti menggunakannya bagi tujuan kempen pilihan raya umum Umno Kelantan,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen abru-baru ini.

Beliau turut dimaklumkan bahawa peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat ke Kelantan hanya diberikan untuk kawasan Parlimen Jeli dan Gua Musang sahaja.

“Bahkan saya diberitahu sendiri oleh pegawai JPP bahawa setiap projek yang hendak dilaksanakan dengan peruntukan kerajaan pusat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi Umno Kelantan, Dato’ Mustapa Mohamed. Read the rest of this entry

MB Kelantan Alu-alukan Kod Etika Wakil Rakyat


Salam Perjuangan…

KOTA BAHARU : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa di kalangan ahli-ahli Parlimen.

Menurut beliau, kempen seumpama itu sesuai dan relevan untuk dilaksanakan di kalangan Ahli Parlimen bagi memastikan mereka lebih berhatihati sebelum bercakap dan menjadi contoh terbaik untuk diteladani.

“Ahli Parlimen ni orang yang berada di atas, sudah bijak pandai, banyak pengalaman, tidak perlu nak adakan akta atau sebagainya untuk kawal mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas cadangan kerajaan memperhebatkan kempen Budi Bahasa di kalangan ahli Parlimen yang dibuat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam.

Menurut Shafie, Ahli Parlimen mempunyai pengaruh kuat bukan sahaja di kawasan masing-masing tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Shafie berkata, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai untuk kegunaan Anggota Parlimen dan ahli Yang Berhormat, antaranya melalui penyebaran risalah. – BERNAMA

Dulu “Hakim Correct Correct Correct”, Kini “Speaker Reject Reject Reject”!!


Salam Perjuangan…

Nampaknya benteng terakhir kerajaan UMNO dan Barisan Nasional masih lagi ampuh untuk menyekat segala kebobrokan pemimpin mereka. Jika dulu kita dikejutkan dengan gelagat “Hakim Correct, Correct, Correct”, kini sejak sekian lama kita disajikan pula dengan “Speaker, Reject, Reject, Reject”. Maknanya Speaker Dewan Rakyat yang dilantik oleh kerajaan itu, tugasnya memastikan setiap usul yang dibawa ke parlimen jika didapati boleh “menjerat” kerajaan maka ia harus ditolak sejak awal-awal lagi. Maka bermulalah episod penolakan usul yang dibawa oleh pemimpin pembangkang di parlimen sejak mutakhir ini. Bermula dengan penolakan usul “undi tidak percaya terhadap PM” yang ingin dibawa untuk dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail ketika itu.

Penolakan tersebut jelas sekali menyebabkan para pemimpin pembangkang tidak berpuas hati dan kecewa. Inilah yang menyebabkan mereka sedikit kecoh ketika di dewan rakyat. Apa tidaknya, jika senario ini berlaku kepada kita sendiri pun mungkin kita akan marah dan dukacita. Segala usul panas yang sepatutnya dibahaskan tetapi ditolak awal-awal lagi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia itu. Begitu juga usul yang ingin dibawa menerusi Timbalan Speaker, Wan Junaidi turut menyekat dan menolak segala usul-usul yang dipercayaai bakal menyebabkan BN “terduduk” itu ! Read the rest of this entry

Sidang Dewan Rakyat Bermula Hari Ini, Anwar Jadi Tumpuan


Salam Perjuangan…

"Ucapan Anwar akan memakan masa sehari suntuk, sehingga petang tetapi tidak sehingga esok"

PARLIMEN bersidang hari ini selepas berehat lebih sebulan dengan fokus menjadi tumpuan ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa perkembangan yang berlaku sejak awal September.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan menyampaikan ucapan perbahasan selaku Ketua Pembangkang hari ini, yang difahamkan akan mengambil masa sehari suntuk.

Dewan Rakyat bermula dengan sesi soal jawab secara lisan dan disusuli dengan perbahasan ke atas Bajet 2008.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, Anwar akan menyentuh pelbagai mesej yang “tersurat dan tersirat” dalam ucapannya hari ini.

“Ucapan beliau (Anwar) akan memakan masa sehari suntuk, sehingga petang tetapi tidak sehingga esok,” kata beliau kepada mStar Online.

Ketika desas-desus mengenai pembentukan kerajaan pusat oleh Pakatan Rakyat timbul semula, Saifuddin berkata, ucapan tersebut perlu dilihat secara menyeluruh untuk memahami mesej yang hendak disampaikan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.

Bagaimanapun anggota Dewan Rakyat menjelaskan tidak mungkin ada usul undi tidak percaya secara langsung ke atas kepimpinan kerajaan iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu ini.

Read the rest of this entry