Category Archives: Pelbagai

Berkasih Sayang Kerana-Ku


Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : “Sesungguhnya yang sangat Aku kasihi dari hamba-Ku ialah mereka yang berkasih sayang kerana-Ku, yang hati mereka selalu teringat pada masjid, yang selalu membaca istigfar pada waktu sahar (akhir malam), apabila Aku akan menurunkan bala pada penduduk bumi, teringat pada mereka maka Aku hindarkan siksa dari mereka.”

Lelaki Tahu Perempuan Tahu


Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Read the rest of this entry

Lelaki Yang Hebat


Salam Perjuangan…

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Read the rest of this entry

Sahabat Sejati


Salam Perjuangan…

  1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada mu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak daripadamu, ia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu. Read the rest of this entry

Wasiat ke-10, uruskan masa dan ringkaskan tugas


Salam Perjuangan…

“Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,” demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.

Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.

Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula. Read the rest of this entry

Wasiat ke-9 Al-Banna, sebarkanlah salam!


Salam Perjuangan…

Berkenalanlah dengan saudara yang baru dikenali walaupun tidak meminta untuk berkenalan. Ini kerana asas gerakan dakwah adalah perkenalan dan berkasih-sayang. – Hasan al-Banna.

Gerakan dakwah Ikhwan Muslimin ditandai dengan kekuatan hubungan erat dan rasa persaudaraan sesama mereka. Ikhwan Muslimin tidak berhasrat memanjangkan pertengkaran sesama muslimin. Malah, mereka mahu berusaha keras untuk membendung hal-hal yang boleh merebakkan pertikaian dalam umat Islam. Dan, kalimah salam adalah kunci kepada perpaduan itu.

Pendek kata, hadis Rasulullah s.a.w yang meminta agar ucapan salam itu disebarkan memang dimanfaatkan oleh ahli-ahli ikhwan itu sendiri. Semangat asal dan ruh perpaduan itulah yang sentiasa menjadi ingatan kepada anggota ikhwan. Read the rest of this entry

Petua Imam Syafi’e


Salam Perjuangan…

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

  1. Makan daging
    Memakai haruman
    Kerap mandi
    Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

  1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. Selalu cemas
  3. Banyak minum air ketika makan
  4. Banyak makan bahan yang masam Read the rest of this entry

Tegakkan makruf, cegah kemungkaran


Salam Perjuangan…

“Dan Dialah yang membuat kamu tidur di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan” (QS. Al-An‘am: 60).

Kalau ada waktu, luangkanlah masa untuk membayangkan saat-saat kita berada dalam keadaan tidak sedar pada setiap hari. Iaitu, di waktu terlelap tidur. Sepatutnya sebelum tidur, kita menyempatkan diri untuk menyerahkan diri kepada Sang Pencipta, Allah Ta‘ala.

Di saat tidur, tubuh kita benar-benar berada dalam keadaan sangat lemah. Kita juga tidak boleh memberi jaminan apakah akan dibangunkan kembali sesudah itu. Juga kita tidak pernah mengetahui apakah kita akan diberikan kesempatan untuk menikmati hari-hari selanjutnya dalam keadaan yang sama baiknya seperti sebelumnya kita tidur. Read the rest of this entry

Pembuat Filem Fitna di Halau oleh Kerajaan UK


Salam Perjuangan…

Pengarang filem fitna serta ahli Parlimen Belanda, Geert wilders yang menghina Islam mellaui filem pendek ciptaanya itu hari ini (12 Feb 2009) menerima tamparan hebat dari kerajaan British apabila TIDAK DIBENARKAN dan DIHALAU dari memasuki United Kingdom. Geert wilder yang sampai di Lapangan Terbang Heathrow, London dengan marahnya mengatakan kerajaan United Kingdom sebagai pengecut, selain menyatakan :-

‘a very sad day to democrary’

Dan juga mengutuk Perdana Menteri UK, Gordon Brown sebagai

“biggest coward in Europe”.

Read the rest of this entry

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga


Salam Perjuangan…

Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam?

JAWAPAN

Saya telah menyertakan jawab di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Read the rest of this entry