Category Archives: Pemimpin

Bahana Memilih Pangkat


Firman Allah dalam surah Ghaafir  ayat 23 – 24

ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب

Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi  Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”

Umat yang terbaik di sisi Allah ialah umat yang menjalankan amanah Allah dalam kehidupan seharian ketika senang dan susah, kaya dan papa, tua dan muda. Perjuangan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Segala rintangan dan cabaran ini tidak boleh dianggap sebagai batu penghalang yang membantutkan perjuangan sebaliknya ia mestilah dianggap sebagai penambah kepada semangat juang yang sedia ada. Semakin kuat cabaran maka semakin tinggi semangat juang sehingga akhirnya kebenaran pasti mendapat kemenangan manakala kebatilan pasti dapat dikalahkan. Tidak mudah untuk menang tetapi bukan susah untuk kalah. Contohnya ketika kita merenung perjuangan nabi Musa a.s yang terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Read the rest of this entry

Jangan Bersedih


Bagaimana (manusia) boleh bersedih, sedangkan disisinya ada Tuhan Yang Maha Merubah (segala sesuatu), Maha Mengampuni (segala dosa dan kesalahan), Maha Memberi Rezki (yang tidak terhitung), Maha Melindungi (segala keaipan), Maha Melihat (segala kesusahan), Maha Mendengar (segala aduan hamba), bagiNyalah urusan segala perkara. Jangan bersedih!

Syarat Memperolehi Kemenangan


Menyedari tentang betapa susahnya untuk mencapai sesuatu kemenangan, maka kita wajib memenuhi syarat-syaratnya barulah hasilnya begitu bermakna untuk dicapai. Antara syarat utama kemenangan ialah berpegang teguh kepada sistem al-Quran dan ajaran nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sesuai dengan kebangkitan dan tersebarnya Islam atas dasar ilmu bagi melawan jahiliah maka kita wajib memperkasakan budaya ilmu dalam kehidupan bukan terhad pada usia, kerjaya dan tempat tertentu sahaja. Malangnya jika ramai umat Islam dihanyut dengan hiburan melalaikan setiap hari dengan hanya asyik menonton tv, berbual kosong, membaca majalah hiburan, melayari internet dalam perkara yang tidak bermanfaat sehingga banyak umur kita dihabiskan dengan melayan propaganda musuh bukannya menambah ilmu seterusnya bersiap siaga dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Read the rest of this entry

Jiwa Islam Shamsiah Fakeh


Salam Perjuangan…

Salah satu andaian, telahan peribadi saya yang masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini ialah.. “British membuat propaganda dalam bentuk agama ke atas pemikiran Melayu supaya dengan itu, Melayu tidak akan menyebelahi dan atau masuk komunis.”

Tapi, seperti mana yang saya sebutkan tadi, tak dapat dibuktikan sama ada wujudnya dokumen, catatan dan kenyataan akhbar dalam bentuk propaganda British yang mengolah cara berfikir Melayu sehingga memandang serong ke arah komunis.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, saya tidak fikir bahawa cara berfikir itu terbitnya dari kalangan Melayu sendiri. Ini kerana, kita tahu British ingin memusnahkan komunis sejak zaman penaklukannya ke atas Malaya selepas Jepun kalah.

British jugalah yang memberikan senjata secara rahsia kepada MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) untuk melawan tentera Jepun. MPAJA kemudiannya bertukar nama kepada Bintang Tiga atau komunis selepas British kembali menjajah Malaya. Read the rest of this entry

Rombakan Diharap Beri Nafas Baru – Iskandar Samad


Salam Perjuangan…

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad: “Saya berharap rombakan pimpinan PAS Selangor yang dibuat pada Mesyuarat Perhubungan 21 November lepas dengan persetujuan ahli-ahlinya akan dapat memberi nafas baru kepada PAS di Selangor.

“Saya juga berharap tenaga-tenaga baru ini akan dapat membawa ide-ide baru. Kita perlu berani membuat perubahan.

“Rombakan seperti ini adalah satu perkara biasa dan tidak patut dipertikaikan. Kepimpinan adalah satu amanah dan bukan hak mana-mana individu. Setiap individu mempunyai peranan dan tugas masing-masing di dalam jemaah. Masanya adalah untuk melihat ke hadapan.

“Saya menyeru ahli-ahli PAS agar memberi tumpuan kepada tugas utama untuk mengembangkan dan mengukuhkan pengaruh PAS di Selangor.

“Janganlah ahli-ahli terperangkap dengan permainan politik musuh yang mahu melihat PAS berpecah dengan mengeksploitasi rombakan ini.

“Masanya adalah untuk bekerja dan bukan untuk bercakap semata-mata. Tanggungjawab kita adalah besar. Kita mungkin ada hanya tiga tahun sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Tumpukan usaha untuk membuktikan kemampuan PAS di dalam kerajaan dan menambah kerusi-kerusi PAS.

“Sejak mula menjadi ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dalam tahun 1993 dan merasai pimpinan tiga Pesuruhjaya, saya telah melihat segala-galanya dan seperti biasa saya berkeyakinan ahli-ahli PAS di Selangor matang menghadapi sebarang cabaran.” – harakahdaily

Mencari Pengasas ‘Teori Rahman’


Salam Perjuangan…

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan “teori Rahman” yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada “teori” yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.

Malaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya “teori” yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Read the rest of this entry

Peralihan Kuasa : Sah, Pak Lah Akhirnya Umumkan Tidak Pertahankan Jawatan Presiden UMNO !!


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Presiden Umno Mac depan, sekali gus dijangka membuka luas gelanggang persaingan pemilihan parti kali ini.Dalam pada itu, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan membuat pengumuman lusa sama ada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Dengan keputusan Abdullah, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah pasti akan dicalonkan merebut jawatan Presiden.

Malam tadi, bekas Naib Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memberitahu wartawan di Kuantan bahawa beliau bersedia untuk bertanding jawatan Presiden jika dicalonkan. Abdullah membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.

Abdullah mengetuai Umno sejak Oktobet 2003 selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri. Beliau, Presiden Umno yang keenam menang tanpa dicabar pada pemilihan 2004. Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bermula pukul 3.45 petang dan berlangsung lebih sejam. Persidangan perwakilan bahagian Umno bermula esok. Pendirian itu selari dengan pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd, Najib Tun Razak.

Terdahulu, Menara Dato’ Onn yang menempatkan Ibu Pejabat Umno menjadi tumpuan dengan kawasan pekarangan premis itu sudah sesak dengan orang ramai yang menanti pendirian Abdullah. Penyokong-penyokong Abdullah berkumpul di pekarangan Menara Dato’ Onn dengan membawa sepanduk tertera mesej “Hormati Peralihan Kuasa, Elakkan Perpecahan Lagi” sambil melaungkan “Hidup Pak Lah”.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tiba pukul 3.25 petang. Abdullah tiba 10 minit kemudian untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang disusuli dengan laungan “Hidup Pak Lah” dan “Pak Lah Presiden, Najib Timbalan”. Abdullah akan memperjelaskan pemimpin komponen BN tentang pelan peralihan kuasa beliau dengan Najib.

[Dengan keputusan ini maka peluang semakin terbuka luas untuk ramai pemimpin UMNO bertanding baik jawatan Presiden mahupun Timbalan Presiden. Maka nampaknya, semakin panaslah kem UMNO ini gara-gara kenyataan PM tersebut. Namun, sebenarnya ada satu rahsia besar yang bakal kami dedahkan tentang perkara ini. Mana mungkin Pak Lah lepaskan jawatan sebegitu mudah. Apa akan jadi kepada Khairy dengan keputusan mertuanya itu? ] – pahangdaily

[Eloklah kalau macam tu, dok dekat rumah lagi baik. Jaga cucu-cucu yang dah ler. Buat ibadah banyak-banyak untuk bekal hari kemudian. Kalau lagi lama memerintah lagi jahanam negara ini dibuatnya. Pada pandangan saya, jalan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk memerintah Malaysia dalam masa terdekat ini agak sukar sekiranya Najib mengambil alih. Jadi DSAI mestilah mencari jalan yang lebih cepat sebelum peralihan kuasa berlaku.]

Galeri Kenangan : Zaman Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam UMNO !!


Salam Perjuangan…

Tiga Serangkai, Pak Lah, Najib dan Anwar kini mereka bertiga bakal tentukan halatuju masa dalam senario yang berbeza

Tinggal kenangan, Anwar menggangat tangan bersama Mat Taib. Muhyiddin , Mahathir dan Najib ketika perhimpunan Agong UMNO dulu

Ceria, Pak Lah menunjukkan sesuatu kepada Anwar sambil disaksikan oleh Rahim Tamby Chik dan juga Muhyiddin

Amanat, Anwar selaku Timbalan Presiden bersalaman dengan Mahathir sambil disaksikan oleh Hamid Otman

[Semua foto ini adalah dari simpanan khas Pahang Daily Online, kami sengaja menyiarkannya kerana mesyuarat bahagian UMNO bakal berjalan sekarang ini. Justeru ini ianya akan memberi sedikit memori kepada puak-puak UMNO ini semasa Anwar disanjung dan dipuji dulu. Moga ini dapat menimbulkan kesedaran agar mereka melihat kebenaran]pahangdaily

Semoga Berjaya Kepada Khairy – Dr M


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, mereka yang bercita-cita hendak bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti itu 2004 lalu “menerima panggilan telefon dari ahli keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan penyokong-penyokong lain yang berpengaruh supaya jangan melakukan apa-apa” yang menjejaskan keinginan menantunya, Khairy Jamaluddin untuk memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Dr Mahathir seterusnya mendakwa, pada pemilihan itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga memberi amaran kepada mereka yang berkemungkinan akan dicalonkan ke jawatan itu supaya jangan bertanding kerana jawatan itu dikhaskan untuk menantu Perdana Menteri.

Akhirnya, Khairy yang disebut oleh Dr Mahathir sebagai tidak mempunyai sebarang rekod prestasi memenangi jawatan itu.

Untuk pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno kali ini, dengan nada sinis yang dilihat menjadi kebiasaannya, bekas Presiden Umno itu menyatakan beliau begitu sedih dengan nasib Khairy yang mendakwa kononnya beliau dihalang dari menemui ahli-ahli Pemuda.

“Saya menasihatkan beliau supaya tidak merasa kecewa. Terdapat begitu banyak cara untuk mempengaruhi Pemuda selain bertemu mereka.

“Saya tidak akan menyebutkan satu persatu kerana beliau akan tahu menggunakan cara-cara lain itu,” Dr Mahathir meneruskan nada sinisnya sambil menyatakan Khairy akan menang dengan mudah walaupun anaknya, Datuk Mukhriz juga akan bertanding sebagai Ketua Pemuda.

Read the rest of this entry

Mahkamah Tolak Bantahan Awal Pendakwa Pohon Pindah Kes Liwat Anwar


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bersidang sejak pagi ini menolak bantahan awal pihak pendakwaan dalam isu permohonan memindahkan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Pihak Pendakwa mengemukakan bantahan awal bahawa Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk mendengar bantahan awal pihak pembelaan dalam soal permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun Hakim S. M. Komathy Suppiah berkata, beliau ada kuasa untuk mendengar bantahan awal dibangkitkan pihak pembela.

Kata beliau, Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Hakim itu juga berkata bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Komathy membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan membantah pemindahan itu, mempersoalkan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Abdul Gani yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pihak pendakwaan berhujah bahawa Abdul Gani, selaku Peguam Negara, bertanggungjawab menandatangani sijil itu mengikut prosedur pentadbiran.

Anwar membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden “mata hitam” Anwar pada 1998.

Read the rest of this entry