Category Archives: Pemuda PAS

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Syarat Memperolehi Kemenangan


Menyedari tentang betapa susahnya untuk mencapai sesuatu kemenangan, maka kita wajib memenuhi syarat-syaratnya barulah hasilnya begitu bermakna untuk dicapai. Antara syarat utama kemenangan ialah berpegang teguh kepada sistem al-Quran dan ajaran nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sesuai dengan kebangkitan dan tersebarnya Islam atas dasar ilmu bagi melawan jahiliah maka kita wajib memperkasakan budaya ilmu dalam kehidupan bukan terhad pada usia, kerjaya dan tempat tertentu sahaja. Malangnya jika ramai umat Islam dihanyut dengan hiburan melalaikan setiap hari dengan hanya asyik menonton tv, berbual kosong, membaca majalah hiburan, melayari internet dalam perkara yang tidak bermanfaat sehingga banyak umur kita dihabiskan dengan melayan propaganda musuh bukannya menambah ilmu seterusnya bersiap siaga dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Read the rest of this entry

Pamplet Ramadhan 1431


Dapatkan risalah Ramadhan dalam bentuk PDF di sini oleh Dr Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman yang dikenali sebagai Abu Anas Madani. Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan risalah ramadhan tersebut.

Tiga pamplet untuk disebarkan:

  1. Puasa: Kewajipan & perkara yg membatalkannya.
  2. Fadhilat & Adab.
  3. Lailatul Qadar & 10 Malam terakhir.

Sila muat turun di sini.

Kempen Hapus ISA, Pemuda PAS akan himpunkan 100 ribu


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Pemuda PAS akan menggerakkan kempen secara besar-besaran bersama-sama GMI bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta kejam ISA, pada 23 November ini.

Kempen yang akan diadakan di Dataran MPAJ itu dijangka bagi menghimpun kira-kira 100,000 orang pada Mac depan, sebagai acara kemuncak kepada kempen berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan, kempen tersebut sebagai usaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, selain menunjukkan komitmen rakyat yang tidak mahukan kezaliman tersebut.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dewan itu, di pejabat parti itu, di Jalan Raja Laut,baru-baru ini.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut menyatakan bahawa himpunan tersebut akan melibatkan NGO-NGO dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pembatalan MoU antara kolej-kolej agama negeri dengan Universiti al-Azhar.

“Pembatalan MoU ini menyebabkan lebih daripada 18 kolej dan pusat pengajian tidak dapat menghantar pelajar untuk menyambung pelajaran mereka ke sana.

Sehubungan itu, Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Abdullah supaya campurtangan dalam isu pembatalan MoU tersebut pada 20 November ini. – harakahdaily

Kini 20 Ribu Ahli Kelab Penyokong PAS – Dr Mujahid


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS telah membuka ruang yang lebih luas bagi PAS untuk menambahkan sokongan daripada generasi muda daripada kaum yang lain.

Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa merakamkan tahniah di atas usaha yang dilakukan oleh sayap PAS, Dewan Pemuda PAS dengan penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS, sebagai kesinambungan kewujudan Kelab Penyokong PAS.

Dalam responsnya kepada Harakahdaily mengenai penubuhan kelab tersebut, katanya, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, keahlian Kelab Penyokong PAS mungkin akan bertambah.

Jelas Mujahid, melalui data yang telah dikemas kini oleh Lajnah Perpaduan Nasional, seramai 20,000 orang telah berdaftar sebgai ahli Kelab Penyokong PAS.

“Jika sebelum ini sukar untuk kita mengadakan aktiviti yang hanya melibatkan golongan muda. Bagaimanapun, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, kita boleh fokuskan aktiviti untuk mereka yang berumur bawah 40 tahun,”katanya, sewaktu dihubungi baru-baru ini

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mujahid dalam kenyataanya turut melontarkan mengenai perkembangan terkini mengenai perpaduan nasional. Read the rest of this entry

Rombongan Pemuda Pas Negeri Lawati Tahanan Lanun


Salam Perjuangan…

Kota Bharu – Menjadi tawanan kepada lanun adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma. Pengalaman sebegitu tentu amat susah hendak diluputkan dari ingatan. Mangsa juga mungkin mengalami tekanan perasaan.

Mengambil kira di atas faktor tersebut dan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa, baru-baru ini Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah membuat kunjungan ziarah keatas salah seorang mangsa tawanan lanun di Laut Aden, Somalia.

Rombongan tersebut diketuai oleh YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman (ADUN Mengkebang) yang juga merupakan Naib Pengerusi DPPNK, Ustaz Hafiz Musa (Pengarah Jabatan Amal Negeri Kelantan).

Turut serta ialah Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kelantan, Encik Muhammad Hanif Wan Ahmad dan Nuri Yaakub (Ketua Pemuda Pas Kubang Kerian).

Menurut YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman, lawatan itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga dalam menangani musibah yang dihadapi.

Beliau juga menyatakan rombongan DPPNK yang diketuai oleh beliau menunjukkan sikap cakna serta prihatin pimpinan pemuda pas terhadap mereka yang dilanda masalah. – http://mengkebang.pas.org.my

Semakan Daftar Pemilih Terbaru Bermula


Salam Perjuangan…

Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku ketiga 2008 dipamerkan mulai hari ini hingga 3 Nov depan di 985 tempat seluruh negara selaras dengan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Pegawai perhubungan awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabri Said berkata ia akan dipamerkan di pejabat pilihanraya negeri, pejabat pos berkomputer, pejabat Kerajaan, pejabat daerah, pejabat tanah, majlis daerah atau perbandaran serta dewan serbaguna, rukun tetangga, balai raya dan balai penghulu.

“Sepanjang tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga di antara Julai hingga September tahun ini, SPR telah menerima 24,531 permohonan pemilih baru dan 6,200 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi.

“Sehubungan itu mana-mana warganegara Malaysia yang terlibat dalam kedua-dua permohonan tersebut diminta agar menyemak Rang Daftar Pemilih yang dipamerkan itu,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama hari ini.

Mana-mana individu yang mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam daftar pemilih itu boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dalam tempoh tujuh hari dari tarikh daftar pemilih dipamerkan.

Pemilih yang ingin membuat bantahan atas kemasukan mana-mana nama pemilih bagi bahagian tertentu pula boleh berbuat demikian dengan menggunakan Borang C juga dalam tempoh tujuh hari.

Daftar itu juga mempamerkan nama-nama yang dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab kematian, lucut hak warganegara, persaraan daripada Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia dan sebagainya, katanya. Read the rest of this entry

PAS Sedia Jadi Orang Tengah Antara Kerajaan – Hindraf


Salam Perjuangan…

PUTRAJAYA : PAS hari ini menyuarakan kesanggupan parti itu untuk menjadi orang tengah antara pihak kerajaan dengan pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) bagi menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul sejak kebelakangan ini.

Hasrat itu disuarakan dua pemimpin PAS iaitu Naib Presidennya Datuk Husam Musa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas mereka turut bersama kira-kira 40 penyokong Hindraf yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini sejak 9 pagi tadi.

Kesemua penyokong itu dipercayai anggota keluarga kepada 10 anggota Hindraf yang kini ditahan reman selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) dan disiasat kerana mengadakan perhimpunan haram.

Salahuddin berkata kerajaan patut bagi peluang kepada kumpulan Hindraf kerana dengan menahan pemimpin mereka tidak akan menyelesaikan masalah.

“Sebaliknya kerajaan seolaholah cuba mengelak untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan itu jadi biarlah PAS menjadi orang tengah,” katanya.

Bagaimanapun Husam berkata anggota keluarga itu tidak dibenarkan berjumpa tahanan kerana menurut polis, perjumpaan hanya boleh dibuat pada hari bekerja, manakala perjumpaan pada hujung minggu dan cuti umum pula hanya untuk kes kecemasan sahaja.

Kedua-dua pemimpin PAS itu kemudian turut membawa anggota keluarga tahanan menjamu selera di medan selera berdekatan di samping menghulurkan sumbangan RM5,000 sempena Deepavali.

Sepuluh penyokong Hindraf itu ditahan kerana dipercayai mengadakan perhimpunan haram di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini kira-kira 3.30 Khamis lepas.

Kumpulan itu dipercayai cuba menyerahkan memorandum kepada pejabat Perdana Menteri bertujuan mendesak agar lima anggota Hindraf yang ditahan mengikut ISA dibebaskan sebelum perayaan Deepavali Isnin depan. BERNAMA