Category Archives: Pemuda Umno

Bersih Daftar Pemilih : Pemilih Dengan Nama “.”


Daftar Pemilih : Ada juga yang terdapat dalam daftar pemilih orang yang hanya namanya sekadar dengan “.”, adakah sememangnya nama dia “Titik / Noktah, ringkasnya jadi = .”

Pembersihan daftar pemilih perlu dilakukan.

Advertisements

Pamplet Ramadhan 1431


Dapatkan risalah Ramadhan dalam bentuk PDF di sini oleh Dr Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman yang dikenali sebagai Abu Anas Madani. Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan risalah ramadhan tersebut.

Tiga pamplet untuk disebarkan:

  1. Puasa: Kewajipan & perkara yg membatalkannya.
  2. Fadhilat & Adab.
  3. Lailatul Qadar & 10 Malam terakhir.

Sila muat turun di sini.

Khairy Terima Ada Pandangan Dakwa Beliau Punca BN Dilanda Tsunami?


Salam Perjuangan…

Kalau Khairy Jamaluddin menang pemilihan ketua pemuda Umno nanti, mesti lingkup juga pemuda Umno Malaysia nanti dibuatnya. Ramai pemuda Umno yang benci Khairy ni sebab dia ni ada biadap sikit dan sombong. Masa Pak Lah kuat hari tu, negara nie macam dia yang punya. Tapi sekarang nie kurang sikit taringnya bila Pak Lah umum berlakunya peralihan kuasa yang dijangka bulan Mac nie walaupun masih bertaring.

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akhirnya mengakui bahawa adanya pandangan yang mendakwa beliau sebagai punca kepada Barisan Nasional (BN) dilanda Tsunami pada pilihan raya umum Mac lalu.

“Apa boleh buat…Saya kenalah terima”, kata Khairy dalam satu ulasannya yang disiarkan dalam sebuah laman web baru-baru ini.

Beliau dikaitkan dengan dakwaan mempengaruhi Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum lalu sehingga mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ahli Parlimen Rembau itu juga dikaitkan dengan mempengaruhi usaha Abdullah menetapkan calon-calon di peringkat Parlimen dan Dun di beberapa negeri hingga empat buah negeri terlepas dari tangan BN, dan Kelantan terus kekal kepada PAS. Read the rest of this entry

Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Ditangkap Berkhalwat Di Kebun Getah


Salam Perjuangan…

PASIR MAS – Salah seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Rantau Panjang telah ditangkap khalwat bersama salah seorang wanita di sebuah kebun getah di sini, semalam.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abe Lah memberitahu, orang kampung menyangka sebuah kereta diletakkan di sebuah kebun getah di Kampung Tok Pelandok itu adalah pencuri, lalu bertindak mengepung kereta tersebut, tetapi mendapati sepasang lelaki dan perempuan berada di dalamnya.

“Kedua-dua pasangan tersebut berada di kawasan itu kira-kira jam 8.30 malam sehinggalah mereka berdua dikepung oleh penduduk kampung kira-kira jam 9.30 malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, lelaki yang ditahan itu dipercayai mempunyai jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan manakala perempuan itu juga mempunyai kedudukan dalam sebuah parti dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Difahamkan lelaki itu merupakan suami orang dan perempuan tersebut juga mempunyai suami dan beberapa anak.

“Kita kesal dengan kejadian seumpama ini kerana ia telah mencemarkan imej parti dan juga kerajaan,” jelasnya. Read the rest of this entry

Debat, Pemuda Umno ‘Lambat Matang’ – Salahuddin


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyatakan cadangan calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk mengadakan debat memperkenal calon sebenarnya memperlihatkan pergerakan itu ‘lambat matang’.

“Mereka seolah-olah tertinggl 10 tahun kebelakang, baru sekarang nak anjurkan debat sedangkan dalam amalan demokrasi dan pemuda PAS sendiri telah mengadakan wadah debat ini sejak sekianh lamanya,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen 4 November lalu.

Sambil melahirkan rasa pelik terhadap kelembapan Pemuda Umno membuka ruang perdebatan antara calon itu, beliau melihat senario inilah yang sebenarnya tiada dalam Umno sejak dahulu lagi.

Ujarnya, ruang perdebatan sebenarnya boleh melatih setiap pemimpin muda itu untuk bersedia menjadi pemidato yang hebat selain membuka minda mereka.

Berbanding dengan Pemuda Umno, Pemuda PAS dalam aspek ini jauh lebih terkehadapan dan amalan inilah yang mampu membuka ruang menyatakan pandangan, ujarnya.

Sementara itu bagi Penganalisis Politik, Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu rancangan Hujah di TV9 Isnin lalu menyokong cadangan mengadakan debat antara calon seperti yang dicadang Khairy. Read the rest of this entry