Category Archives: Pendidikan

Beribadat Tanpa Harap Balasan


Berkata Syeikh Mutawalli Sya’rawi “Jangan kalian beribadat kepada Allah kerana mengharapkan pemberianNya bahkan beribadatlah untuk keredhaanNya, apabila Allah redha, pemberianNya datang berlimpah ruah.”

Salah Kalau Tidak Belajar


gambar hiasan

Seorang ulama berkata : “Membuat kesalahan kerana tidak tahu itu adalah satu kesalahan iaitu salah kerana tidak belajar, tetapi berbuat salah sesudah belajar adalah salah besar.”

Hari Kekasih – Laluan Kemungkaran


Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam. Read the rest of this entry

Pinanglah Daku Kerana Dakwah


Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan….?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya. Read the rest of this entry

Rajin Dan Tabah


Di antara pelajaran terbesar yang mampu dipelajari di dalam dunia kecemerlangan dan kejayaan adalah kehidupan haiwan yang bernama semut. Semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus, sampai ia berhasil menggapai tujuan yang diinginkan.

Ia merangkak di sebuah pohon, lalu jatuh kemudian merangkak kembali ke atas pohon, lalu terjatuh lagi, namun ia tetap terus berusaha sampai akhirnya ia berhasil naik ke atas pohon yang diinginkan dan mendapatkan apa yang dicari tanpa pernah merasa lelah dan bosan.

Jika perjalanannya terhalang oleh sesuatu, maka ia akan berusaha bergerak ke arah kiri dan kanan, namun jika jalan tersebut masih buntu, maka ia akan berhenti sebentar, kemudian kembali lagi dengan sebuah tenaga yang jauh lebih kuat berbanding yang pertama. Read the rest of this entry

Pendirian Mahathir dalam isu PPSMI memang telah diduga


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pandangan Tun Dr. Mahathir dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) pada 22 November lalu bahawa pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksana dasar tersebut.

Perkara tersebut disuarakan oleh Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China Universiti Pengajian Asing Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan.

Beliau berpandangan, bekas Perdana Menteri itu masih dengan dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila telah membuat keputusan.

“Ketika beliau membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan sains dan matematik dalam kalangan pelajar Melayu, jika benar anak-anak Melayu begitu lemah dalam kedua-dua subjek ini adakah ia disebabkan pengajarannya dalam bahasa Melayu.

“Sebenarnya negara kita telah melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu,” katanya. Read the rest of this entry

Batal MoU, PM Digesa Siasat Kedutaan


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 20 Nov -Pemuda PAS Pusat mendesak Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar menjalankan siasatan terhadap Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang gagal mengambil tindakan menyampaikan surat rayuan pembatalan MoU bersama Universiti Al-Azhar.

Dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Yaakob yang berjanji akan membawakannya kepada Abdullah.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi berkata pihaknya menggesa Perdana Menteri menyemak kembali integriti Kedutaan Malaysia di Mesir setelah difahamkan terdapat surat yang dihantar Abdullah bagi menarik semula keputusan pembatalan perjanjian kerajaan Malaysia dengan universiti tertua di dunia itu.

“Ia merupakan harapan semua IPT yang dibatalkan MoUnya agar disambung semula, kerana ia adalah masa depan pendidikan Islam secara amnya di Malaysia,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Namun, berdasarkan maklumat yang diterima Azman, pihak kedutaan tidak menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diberikan Abdullah dengan tidak menyerahkan surat tersebut kepada pihak Al-Azhar.

“Setakat ini, kami mendapat maklumat bahawa pihak kedutaan tidak mengambil sebarang tindakan yakni tidak menyerahkan surat tersebut kepada kedutaan Malaysia di Kaherah. Read the rest of this entry

Mate & Sains… Jangan Ego Sangat….


Salam Perjuangan…

“Saya sebagai guru yg berpengalaman hampir 20 tahun menentang keras perlaksanaan sains dan matematik dalam bahasa inggeris: gunakan kepala hotak anda utk fikir 2 perkara mudah ni…..”

1. Bila seseorang murid itu tidak pandai bahasa inggeris bererti dia akan lingkup sains dan matematik. Ini menyebabkan murid yg tidak pandai bahasa inggeris akan hilang minat pada matematik dan sains…ertinya tak pandai inggeris maka akan bodos dalam matematik dan sains.

2. Murid dan guru ppsmi terpaksa jadi dan berfikir dlm 2 kali susah. A- sudahlah sains dan matematik itu sukar walau dalam Bahasa malaysia, inikan pula dalam bi. Maknanya jadi dua kali susah.

3. Sekiranya mahu memajukan bahasa inggeris, perkasakan Bahasa Inggeris itu sedndiri, sebagai contoh, tambahkan masa-period bahasa inggeris.

4. Guru pun susah mengajar, murid pun jadi susah belajar

5. Saya kalau diberi pilihan mengajar, PPSMI atau Bahasa Inggeris , saya lebih rela ngajar bi, kerana PPSMI ini terpaksa buat 2 dalam satu. Satu ngajar inggeris, satu lagi ngajar matematik atau sains, buat dua kerja dlm satu masa. Read the rest of this entry

Kementerian Pelajaran Akan Buat Siasatan Video Klip Sajak Kematian Di Sekolah !!


Salam Perjuangan…

Video Kontroversi: Sajak Kematian Yang Hangat Diperkatakan
[Video Ini Kini Menjadi Perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia]

KUALA LUMPUR : Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video ‘Sajak Kematian’ di sekolah-sekolah, seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video ‘Sajak Kematian’ di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda. “Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini. Read the rest of this entry

Pembelajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Kekal


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Keputusan kerajaan untuk mengekalkan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membuktikan betapa sombong dan angkuhnya pimpinan Umno yang mendukungi pemerintahan negara.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub tindakan tersebut menunjukkan pencabulan terhadap bahasa Melayu terus berlaku dan kerajaan langsung tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

“Keputusan tersebut juga tanpa keinsafan dan mereka tidak pernah mengakui kesilapan mereka dengan terus melaksanakan PPSMI ini.

“Saya yakin dan percaya keputusan tersebut melambangkan kesombongan dan keangkuhan pimpinan Umno yang tidak langsung menghormati pandangan dan hasil kajian yang dibuat oleh pakar-pakar bahasa di negara kita,”katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, Prof. Dr Awang Sariyan ketika dihubungi dalam isu yang sama menegaskan pertemuan Meja Bulat keempat PPSMI dilihat berasaskan keperluan pragmatis semata-mata dan tidak tampak keinsafan tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang menyeluruh. Read the rest of this entry