Category Archives: Perjuangan

Sedekah Ke Atas Diri Sendiri


Dari Abu Hurairah R.A. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap anggota dari manusia adalah sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari, engkau berlaku adil antara dua orang (yang berbalah) adalah menjadi sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki (yang akan berangkat) naik atas binatangnya (kenderaannya) atau engkau menolong mengangkat barang-barang ke atasnya adalah menjadi sedekah, dan perkataan yang baik itu adalah sedekah, dan pada tiap-tiap langkah engkau langkah berjalan pergi sembahyang itu sedekah, dan engkau membuang bahaya dari jalan juga adalah sedekah. – Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Advertisements

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Manisnya Perjuangan Dalam Kegetiran


Kerana manisnya perjuangan dalam kegetiran, Muhajirin diangkat darjatnya, ahli Badar diampunkan kesalahan dan dijanjikan syurga. Menjadi kumpulan elit dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Yakin apa sahaja yang berlaku adalah atas percaturan Allah SWT. Makhluk tidak dapat memberikan bekas melainkan sekadar yang diizinkan oleh Allah.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah, Siti Hajar rela ditinggalkan bersama anaknya Ismail di tanah yang tandus kerana yakin Allah tidak akan mempersia-siakannya dan anaknya.

Kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi Nabi Ismail sanggup disembelih oleh Nabi Ibrahim. Read the rest of this entry

Syaitan itu Kreatif !


Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya.

Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan.

Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga. Read the rest of this entry

Pamplet Ramadhan 1431


Dapatkan risalah Ramadhan dalam bentuk PDF di sini oleh Dr Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman yang dikenali sebagai Abu Anas Madani. Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan risalah ramadhan tersebut.

Tiga pamplet untuk disebarkan:

  1. Puasa: Kewajipan & perkara yg membatalkannya.
  2. Fadhilat & Adab.
  3. Lailatul Qadar & 10 Malam terakhir.

Sila muat turun di sini.

Antara prinsip ketaatan dan prinsip musyawarah


Salam Perjuangan…

Ketika Ratu Balqis menerima sepucuk surat daripada Raja Sulaiman a.s, ratu itu telah bermesyuarat terlebih dahulu dengan mengumpulkan pendapat berhubung pendirian yang harus ditegakkan untuk mendepani seruan Tauhid oleh raja Bani Israel tersebut.

Ratu Balqis menyedari akan perihal kekuatan bala tentera Raja Sulaiman. Ratu telah mendengar kekuasaan dan kekuatan Raja Sulaiman itu bukan calang-calang. Bani Israel itu pernah ditakluk Jalut. Kemudian dibangkitkan Talut untuk mendepani Jalut.

Setelah itu, Jalut terbunuh oleh salah seorang tentera bernama Daud. Dan dengan kerana itulah Daud akhirnya diangkat sebagai raja yang bijaksana. Kini, anaknya Sulaiman telah mengambil takhta dan kedudukannya sebagai raja Bani Israel yang baru.

Ratu Balqis pernah mendengar kehebatan Daud. Baginda boleh melembutkan besi keras dengan tangannya. Tetapi, Daud juga gemar bersuluk sendirian menyanyikan lagu pujian kepada Tuhan dengan kitab Zabur (Mazmur).

Read the rest of this entry

Omar Mokhtar, Singa Padang Pasir Digeruni Musuh


Salam Perjuangan…

Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa’ bin Sa’id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.

Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Read the rest of this entry

Anwar : PKR Tetap Akan Ambil Alih Kerajaan BN


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi membayangkan akan mengambil alih kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun tarikh 16 Sept tidak dicapai, Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan usaha untuk menubuhkan kerajaan pusat.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran bagaimana pihaknya ingin mengambil alih kuasa itu.

“Siapa kata tak jadi 16 Sept? Kita dah ada jumlah (anggota Parlimen) yang cukup. Cuma nak uji kesabaran dan istiqamah kita, puluhan tahun kita boleh tunggu.

“16 Sept kita dah sedia, bukan olok-olok,” katanya dalam ceramah perdana Aidil Fitri di Padang Perdana di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin-pimpinan Pas dan PKR Kelantan. BERNAMA

[Dah sememangnya itu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, bilakah Pakatan Rakyat nak ambil alih kuasa pemerintahan negara ini di bawah BN. Rakyat masih mengharap walaupun tarikh 16 September telah berlalu, namun harapan rakyat masih menggunung untuk mengecapi pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat. Rakyat tidak sanggup lagi menampung insflasi yang semakin teruk dengan kenaikan barang-barang hasil dari kenaikan minyak baru-baru ini dan hasil daripada penurunan minyak yang dibuat oleh kerajaan tidak membantu penurunan harga barang di pasaran.]

Krisis Ekonomi Tuntut Ubah Kerajaan BN Kepada Pakatan Rakyat


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Negara kini sedang menghadapi stagflasi yakni kos sara hidup rakyat yang lebih tinggi dengan kadar inflasi yang memuncak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku sekarang ini menuntut penstrukturan semula kepimpinan negara yang memberi kesan kepada dasar kewangan negara.

“Apa yang berlaku sekarang adalah staglasi yakni turut merangkumi masalah inflasi yang menghimpit rakyat, namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa rakyat kini memerlukan penstrukturan semula politik negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Untuk itu beliau menyarankan agar Umno-BN agar turun secara terhormat daripada tampuk kepimpinan negara bagi memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat memulihkan ekonomi negara yang semakin parah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi semasa membimbangkan masyarakat antarabangsa.

“Ia sekali gus menunjukkan bahawa pelabur-pelabur asing telah hilang keyakinan kepada Amerika Syarikat dan sebenarnya negara-negara dunia tidak lagi meletakkan kebergantungan kepada Amerika khususnya dalam nilai pertukaran mata wang,” ujarnya.

Malah katanya, urusan jual beli tidak perlu bergantung kepada nilai dolar AS lagi. Read the rest of this entry

Mahkamah Tolak Bantahan Awal Pendakwa Pohon Pindah Kes Liwat Anwar


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bersidang sejak pagi ini menolak bantahan awal pihak pendakwaan dalam isu permohonan memindahkan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Pihak Pendakwa mengemukakan bantahan awal bahawa Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk mendengar bantahan awal pihak pembelaan dalam soal permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun Hakim S. M. Komathy Suppiah berkata, beliau ada kuasa untuk mendengar bantahan awal dibangkitkan pihak pembela.

Kata beliau, Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Hakim itu juga berkata bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Komathy membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan membantah pemindahan itu, mempersoalkan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Abdul Gani yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pihak pendakwaan berhujah bahawa Abdul Gani, selaku Peguam Negara, bertanggungjawab menandatangani sijil itu mengikut prosedur pentadbiran.

Anwar membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden “mata hitam” Anwar pada 1998.

Read the rest of this entry