Category Archives: Protes

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Himpunan Bersih : Bekas Jurugambar Webtv PAS Ditahan


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Wartawan yang juga bekas jurugambar webtvpas, Shukri Mohamad antara 24 yang ditahan polis anti rusuhan ketika beliau membuat liputan himpunan sempena ulang tahun pertama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Dewan Sivik Petaling Jaya 9 November lalu.

Dalam himpunan anjuran Bersih itu, 24 pserta termasuk ahli Parlimen dan Adun ditahan ketika mereka mahu bersurai dan menyanyikan lagu Negaraku.

Shukri yang kini bertugas sebagai jurukamera Malaysiakini kesal dengan penahanan beliau itu sedangkan ketika itu beliau sedang merakam gambar ‘water cannon’.

“Saya sedang merakam gambar trak meriam air apabila seorang anggota polis mengarahkan saya berhenti berbuat demikian, Dia mengarahkan saya menyerahkan kamera dan pita rakaman. Saya berpusing dan beredar dari situ apabila saya ditahan,” kata Shukri sebaik dibebaskan.

Peserta himpunan yang berjalan menuju ke pusat tersebut sejurus selepas jam 9.30 malam, selepas pihak polis mengarahkan mereka bersurai dari Padang Timur, kira-kira satu kilometer dari situ. Read the rest of this entry

Minyak Turun 10 Sen Mengecewakan Rakyat


Salam Ramadhan…

Hari ini kerajaan pimpinan BN telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel 10 sen mulai esok, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON92 pula akan menjadi RM2.30 seliter berbanding RM2.40 seliter sebelumnya.

Hal ini amat mengecewakan rakyat jelata. Apa yang diharapkan oleh rakyat seboleh-bolehnya harga minyak kembali kepada harga asal sebelum kenaikan baru-baru ini.

Jelas sekali hal ini amat mengecewakan rakyat bahkan bakal menaikkan kemarahan rakyat yang selama ini masih boleh bertahan dengan karenah kerajaan pimpinan BN. Kerajaan sepatutnya menimbang kembali penurunan minyak yang di buat ini kerana hasil penurunan harga minyak 15 sen dahulu pun harga barang masih belum turun lagi hasil dari kenaikan minyak dulu.

Kalau sekadar 10 sen, dapatkah kerjaan jamin harga barang pasti akan turun. Pikir-pikirkan bersama.

PROTES 6.7.08 Menuntut Komitmen Semua


Salam Perjuangan…

amcorp_mall_map

Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersetuju dan boleh menerima format baru Himpunan Protes yang akan berlangsung pada 6.7.08 ini di Padang Timur, berhadapan AmCorp Mall Jaya.

Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan seluruh ahlinya dan semua rakyat prihatin agar turun 6hb. Julai ini untuk menyatakan bantahan sekaligus mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan rakus kerajaan BN yang telah menaikan harga minyak pada tahap tertinggi baru-baru.

padang timur

Bersama ini, disertakan pelan untuk sampai ke Himpunan Sejuta Rakyat. Saya doakan agar himpunan ini berjaya dan kerajaan akur terhadap tuntutan rakyat yang semakin derita dan sengsara. Ayuh pemuda! Tunjukan kebangkitan kalian sebagai sandaran ummah.

Dipetik dari bolg Ustaz Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi.
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com