Category Archives: Tafsir

Rebutlah Peluang Doa Malaikat


Sabda Nabi SAW ; “Doa seseorang muslim kepada saudaranya dengan tidak diketahui olehnya adalah mustajab, disisinya malaikat yang diutuskan khas, setiap kali dia mendoakan kebaikan kepada saudaranya malaikat pun berkata; Amin, bagi kamu juga seperti yang kamu doakan untuknya.” (Riwayat Imam Muslim)

Sama-samalah kita merebut peluang Amin dan doa malaikat kepada kita ini.

Beribadat Tanpa Harap Balasan


Berkata Syeikh Mutawalli Sya’rawi “Jangan kalian beribadat kepada Allah kerana mengharapkan pemberianNya bahkan beribadatlah untuk keredhaanNya, apabila Allah redha, pemberianNya datang berlimpah ruah.”

Bahana Memilih Pangkat


Firman Allah dalam surah Ghaafir  ayat 23 – 24

ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب

Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi  Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”

Umat yang terbaik di sisi Allah ialah umat yang menjalankan amanah Allah dalam kehidupan seharian ketika senang dan susah, kaya dan papa, tua dan muda. Perjuangan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Segala rintangan dan cabaran ini tidak boleh dianggap sebagai batu penghalang yang membantutkan perjuangan sebaliknya ia mestilah dianggap sebagai penambah kepada semangat juang yang sedia ada. Semakin kuat cabaran maka semakin tinggi semangat juang sehingga akhirnya kebenaran pasti mendapat kemenangan manakala kebatilan pasti dapat dikalahkan. Tidak mudah untuk menang tetapi bukan susah untuk kalah. Contohnya ketika kita merenung perjuangan nabi Musa a.s yang terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Read the rest of this entry

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Berkasih Sayang Kerana-Ku


Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : “Sesungguhnya yang sangat Aku kasihi dari hamba-Ku ialah mereka yang berkasih sayang kerana-Ku, yang hati mereka selalu teringat pada masjid, yang selalu membaca istigfar pada waktu sahar (akhir malam), apabila Aku akan menurunkan bala pada penduduk bumi, teringat pada mereka maka Aku hindarkan siksa dari mereka.”

Denda Dikenakan Kerana Memburu Dengan Sengaja Atau Lupa – Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 95


Salam Perjuangan…

Timbul persoalan, kenapa banyaknya berlaku ke khilafan di kalangan ulama’ berhubung dengan pelbagai masalah khususnya berhubung dengan binatang buruan ini?

Pertama, kekhilafan di kalangan ulama dalam masalah binatang buruan semasa ihram ialah berpunca dari masa sahabat menerima hadisnya disamping kalut dengan hijrah. Ada yang berhijrah ke Mesir ada pula yang berhijrah ke Yaman.

Ketika Nabi memberi fatwa di Madinah, ada sahabat tidak berada disitu. Sahabat berkenaan menyampaikan hukum berdasarkan hadith yang dia dengar dari Nabi s.a.w.

Kedua, ia berlaku kerana lafaz yang umum. Ayat Al-Quran menyebut binatang buruan, tidak disebut yang dimaksudkan dengan binatang buruan itu adakah memburu sahaja atau dagingnya atau termasuk memelihara binatang buruan.

Bila dia menjadi lafaz yang umum, maka para ulama’ berkhilaf menafsirkan ayat tersebut berdasarkan kepada kefahaman masing-masing.

Kita boleh memakai pendapat yang mana hujahnya lebih kuat. Kebetulan kita bermazhab Syafie maka kita pakailah pendapat ulama mazhab tersebut. Read the rest of this entry