Category Archives: Tazkirah

Sedekah Ke Atas Diri Sendiri


Dari Abu Hurairah R.A. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap anggota dari manusia adalah sedekah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari, engkau berlaku adil antara dua orang (yang berbalah) adalah menjadi sedekah, dan engkau menolong seorang lelaki (yang akan berangkat) naik atas binatangnya (kenderaannya) atau engkau menolong mengangkat barang-barang ke atasnya adalah menjadi sedekah, dan perkataan yang baik itu adalah sedekah, dan pada tiap-tiap langkah engkau langkah berjalan pergi sembahyang itu sedekah, dan engkau membuang bahaya dari jalan juga adalah sedekah. – Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Rebutlah Peluang Doa Malaikat


Sabda Nabi SAW ; “Doa seseorang muslim kepada saudaranya dengan tidak diketahui olehnya adalah mustajab, disisinya malaikat yang diutuskan khas, setiap kali dia mendoakan kebaikan kepada saudaranya malaikat pun berkata; Amin, bagi kamu juga seperti yang kamu doakan untuknya.” (Riwayat Imam Muslim)

Sama-samalah kita merebut peluang Amin dan doa malaikat kepada kita ini.

Beribadat Tanpa Harap Balasan


Berkata Syeikh Mutawalli Sya’rawi “Jangan kalian beribadat kepada Allah kerana mengharapkan pemberianNya bahkan beribadatlah untuk keredhaanNya, apabila Allah redha, pemberianNya datang berlimpah ruah.”

Bahana Memilih Pangkat


Firman Allah dalam surah Ghaafir  ayat 23 – 24

ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب

Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi  Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”

Umat yang terbaik di sisi Allah ialah umat yang menjalankan amanah Allah dalam kehidupan seharian ketika senang dan susah, kaya dan papa, tua dan muda. Perjuangan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Segala rintangan dan cabaran ini tidak boleh dianggap sebagai batu penghalang yang membantutkan perjuangan sebaliknya ia mestilah dianggap sebagai penambah kepada semangat juang yang sedia ada. Semakin kuat cabaran maka semakin tinggi semangat juang sehingga akhirnya kebenaran pasti mendapat kemenangan manakala kebatilan pasti dapat dikalahkan. Tidak mudah untuk menang tetapi bukan susah untuk kalah. Contohnya ketika kita merenung perjuangan nabi Musa a.s yang terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Read the rest of this entry

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Berkasih Sayang Kerana-Ku


Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : “Sesungguhnya yang sangat Aku kasihi dari hamba-Ku ialah mereka yang berkasih sayang kerana-Ku, yang hati mereka selalu teringat pada masjid, yang selalu membaca istigfar pada waktu sahar (akhir malam), apabila Aku akan menurunkan bala pada penduduk bumi, teringat pada mereka maka Aku hindarkan siksa dari mereka.”

Jangan Bersedih


Bagaimana (manusia) boleh bersedih, sedangkan disisinya ada Tuhan Yang Maha Merubah (segala sesuatu), Maha Mengampuni (segala dosa dan kesalahan), Maha Memberi Rezki (yang tidak terhitung), Maha Melindungi (segala keaipan), Maha Melihat (segala kesusahan), Maha Mendengar (segala aduan hamba), bagiNyalah urusan segala perkara. Jangan bersedih!

Kelantan : Kualiah Perdana, Medan Ilmu


Hari Kekasih – Laluan Kemungkaran


Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam. Read the rest of this entry

Pinanglah Daku Kerana Dakwah


Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan….?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya. Read the rest of this entry