Category Archives: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Xpresi Cinta Nabi S.A.W. & Kuliah Haraki


Insya Allah sama-sama kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Batu, pokok, binatang, kerikil dan lain-lain pun turut sama-sama memuji Rasul Mu Ya Allah. Ayuh kita bangkit tentang mereka yang menghina Rasul kita.

Perutusan Mursyidul Am PAS Mengenai Isu Perak


Salam Perjuangan…

RAJA DAN DEMOKRASI

  1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
  2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.” Read the rest of this entry

Adun Pakatan Rakyat yang lompat pengkhianat


Salam Perjuangan…

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.

“Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut.” Read the rest of this entry

Akan Sampai Masanya, Hudud Akan Di Terima


Salam Perjuangan…

Kuala Terengganu – Suatu masa nanti, akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud dan Qisas.

“Tak apalah, akan sampai masanya, kita tanam ubi kalau ubi setela kan, ubi keledek ni tiga bulan boleh makan, tapi kalau tanam kelapa sepuluh tahun boleh makan, “projek besar kita tengok, Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, nabi Muhammad 23 tahun, saya ni dua puluh tahun doh, pelik apa kalau lambat sikit,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam. Read the rest of this entry

Nik Aziz ‘Tidak Sabar Nak Berhenti’ Jika Diminta ADUN Pas


Salam Perjuangan…

KOTA BAHARU : Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau “tidak sabar” untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Pas memintanya berbuat demikian.

“Kalau orang Pas suruh saya berhenti, saya berhenti petang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan “pada masa gemilang beliau” dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.

Malahan, menurut laporan Mingguan Watan itu, golongan berkenaan mahu Nik Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.

Nik Aziz, 77, yang menjadi Menteri Besar sejak 1990, berkata sehingga kini beliau belum mendengar gesaan itu disampaikan kepadanya.

Katanya jika pihak yang membuat gesaan itu tidak berani memberitahu perkara itu kepada beliau secara berdepan, mereka sepatutnya berdiam diri. Nik Aziz berkata beliau memegang Menteri Besar itu adalah kerana desakan anggota Pas yang mahukan beliau terus menerajui Kelantan.

“Orang tidak bagi pun saya turun,” katanya.Ketika ditanya mengenai penggantinya jika beliau meletak jawatan, Nik Aziz berkata: “Saya boleh jadi ada calon (tapi) mana boleh sebut”.

Katanya beliau menyerahkan isu mengenai penggantinya itu kepada parti. – BERNAMA

Jangan Lawan Allah Pertikai Fatwa Haram “Pengkid”


Salam Perjuangan…

KOTA BAHARU : Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau “pengkid”.

Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.

“Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.

“Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau “pengkid”.

Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan ‘pengkid’.

Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau “pengkid” kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau meminta mana-mana pihak tanpa mengira NGO Islam atau bukan Islam agar tidak campur tangan mengenai fatwa yang telah dikeluarkan. Malahan beliau kesal dengan orang perempuan Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga terlibat dalam gejala pengkid itu. “Mereka merupakan benih. Apabila orang Islam tidak hidup mengikut cara Islam jadi orang bukan Islam mula berani kata depan kita,” katanya. – BERNAMA

Wakil Raja Bhumibol Temui Nik Aziz Di Wat Pikulthong


Salam Perjuangan…

TUMPAT, 11 Nov – Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.

Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.

Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.

Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut. Read the rest of this entry

Obama Diharap Pertahan Keluhuran Hak Asasi Manusia – Nik Aziz


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 11 Nov – PAS mengharapkan Presiden baru Amerika Syarikat membetul dan mempertahankan keluhuran hak-hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pengundi telah bertindak seadilnya memilih Barrack Obama, seorang yang dilihat menjadi pilihan rakyat kerana perjuangannya untuk rakyat.

“Kebangkitan Obama yang meletakkan warga kulit hitam pertama yang berjaya menduduki carta Presiden Amerika Syarikat sudah tentu dapat melenyapkan mitos bahawa bangsa berwarna itu tidak berkelayakan dan tiada merit untuk berada di kerusi kepimpinan.

“Sudilah kiranya menerima ucapan tahniah setulus ikhlas selepas kejayaan yang hebat dalam kerjaya tuan apabila mampu sampai ke kemuncak dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44,” katanya dalam surat yang dihantar kepada pejabat Presiden Amerika di Chicago.

Surat tersebut bertarikh 6 November lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cabaran-cabaran semasa seperti isu tafsiran yang salah mengenai keganasan, hubungan diplomatik yang tegang dengan dunia Islam dan krisis ekonomi global perlu ditangani sebaik mungkin.

Menurutnya Obama terpaksa mewarisi perkara-perkara yang harus diteliti secermatnya.

“Semoga Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani mengurniakan keberanian dan jalan yang benar dalam menampalkan semula ayat-ayat suci kitab Injil yang telah dikoyak.

“Nabi Isa a.s tidak sama sekali seorang yang ganas atau menjadi pengkhianat terhadap umat manusia,” katanya.

Kata beliau tanpa mengira perbezaan politik, warna kulit dan kepercayaan, mana-mana pemimpin Islam atau Kristian harus menyokong sepenuhnya usaha-usaha ke arah perdamaian mempertahankan kebebasan dan mengekalkan keamanan sejagat.

“Marilah kita sama-sama mempereratkan hubungan dua hala dalam proses saling hormat-menghormati demi faedah dan kepentingan bersama.

“Tahniah sekali lagi. Semoga Allah melimpahkan segala belas ehsan dan kasih sayang kepada kita,” katanya. – harakahdaily

MB Kelantan Alu-alukan Kod Etika Wakil Rakyat


Salam Perjuangan…

KOTA BAHARU : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa di kalangan ahli-ahli Parlimen.

Menurut beliau, kempen seumpama itu sesuai dan relevan untuk dilaksanakan di kalangan Ahli Parlimen bagi memastikan mereka lebih berhatihati sebelum bercakap dan menjadi contoh terbaik untuk diteladani.

“Ahli Parlimen ni orang yang berada di atas, sudah bijak pandai, banyak pengalaman, tidak perlu nak adakan akta atau sebagainya untuk kawal mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas cadangan kerajaan memperhebatkan kempen Budi Bahasa di kalangan ahli Parlimen yang dibuat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam.

Menurut Shafie, Ahli Parlimen mempunyai pengaruh kuat bukan sahaja di kawasan masing-masing tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Shafie berkata, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai untuk kegunaan Anggota Parlimen dan ahli Yang Berhormat, antaranya melalui penyebaran risalah. – BERNAMA