Category Archives: Umum

Rebutlah Peluang Doa Malaikat


Sabda Nabi SAW ; “Doa seseorang muslim kepada saudaranya dengan tidak diketahui olehnya adalah mustajab, disisinya malaikat yang diutuskan khas, setiap kali dia mendoakan kebaikan kepada saudaranya malaikat pun berkata; Amin, bagi kamu juga seperti yang kamu doakan untuknya.” (Riwayat Imam Muslim)

Sama-samalah kita merebut peluang Amin dan doa malaikat kepada kita ini.

Berkasih Sayang Kerana-Ku


Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : “Sesungguhnya yang sangat Aku kasihi dari hamba-Ku ialah mereka yang berkasih sayang kerana-Ku, yang hati mereka selalu teringat pada masjid, yang selalu membaca istigfar pada waktu sahar (akhir malam), apabila Aku akan menurunkan bala pada penduduk bumi, teringat pada mereka maka Aku hindarkan siksa dari mereka.”

Syarat Memperolehi Kemenangan


Menyedari tentang betapa susahnya untuk mencapai sesuatu kemenangan, maka kita wajib memenuhi syarat-syaratnya barulah hasilnya begitu bermakna untuk dicapai. Antara syarat utama kemenangan ialah berpegang teguh kepada sistem al-Quran dan ajaran nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sesuai dengan kebangkitan dan tersebarnya Islam atas dasar ilmu bagi melawan jahiliah maka kita wajib memperkasakan budaya ilmu dalam kehidupan bukan terhad pada usia, kerjaya dan tempat tertentu sahaja. Malangnya jika ramai umat Islam dihanyut dengan hiburan melalaikan setiap hari dengan hanya asyik menonton tv, berbual kosong, membaca majalah hiburan, melayari internet dalam perkara yang tidak bermanfaat sehingga banyak umur kita dihabiskan dengan melayan propaganda musuh bukannya menambah ilmu seterusnya bersiap siaga dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Read the rest of this entry

Saya hantar lagi…. saja teringatkan


Salam Perjuangan…

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ

Bacalah lagi walaupun dah pernah baca…

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan …. mak Read the rest of this entry

Sudah 30 tahun meninggal dunia masih dalam daftar pengundi


Salam Perjuangan…

Malaysian For Free And Fair Elections (MAFREL) telah menemui seorang yang telah 30 tahun meninggal dunia tetapi masih lagi terdapat di dalam senarai daftar pemilih Bukit Gantang yang akan digunakan di dalam pilihan raya kecil kali ini.

Kubur Kassim bin Mamat Amin yang meninggal pada 1973

Kubur Kassim bin Mamat Amin yang meninggal pada 1973

Antaranya kes seorang pemilih bernama Encik Kassim b. Md Amin yang dilahirkan pada 8 Julai 1916. Beralamat di Kampung Ulu Cheh, Kampung Cheh, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual anak perempuan beliau, Puan Rohani bt Kassim (58 tahun). Puan Rohani telah memaklumkan bahawa bapa beliau tersebut telah meninggal pada tahun 1973 (36 tahun lalu).

Beliau juga telah membawa wakil MAFREL ke tanah perkuburan di mana bapa beliau dikebumikan. Kematian Encik Kassim juga telah disahkan oleh Ketua Kampung Ulu Cheh, Encik Ismail b. Ahmad. Read the rest of this entry

Sinar Harian Maran, Kenapa Melatah Jika Hanya Sekadar Teguran Dan Pandangan !!


Salam Perjuangan…

KUANTAN – Susulan daripada laporan kami perihal “Edisi Pahang: Laporan Tidak Adil, Sinar Harian Perlu Siasat Wartawan Jadi Exco Puteri UMNO !!” baru-baru ini. Maka ramailah pihak tertentu yang marah dan tidak berpuas hati dengan laporan tersebut. Ada yang menyokong, memuji dan tidak kurang pula yang mengeji. Kami terima semua itu dengan berlapang dada. Untuk maklumat, laporan itu bukan dibuat sesuka hati semata-mata. Krew kami di Jengka telah mendapat maklumat daripada seorang pemimpin tertinggi PAS di sana. Mana mungkin pemimpin terbabit mahu berbohong dengan semua ini. Tambahan pula beliau cukup di kenali di seluruh negara. Memang segalanya ini kenyataan yang lahir dari kekesalan dan kekecewaan beliau sendiri akan hal ini. Dipendekkan cerita, laporan kami adalah berdasarkan kepada suara seorang pemimpin yang bertaraf ulamak dan sering mengajar pengajian agama disana. Kami tidak mahu bergantung dengan komen puak-puak UMNO dalam hal ini. Kerana kami lebih yakin kepada penjelasan pemimpin terbabit. Kami lebih tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Setakat laporan daripada rakan-rakan dalam UMNO bahawa perkara ini tidak terjadi ia tidak boleh diterima bulat-bulat kerana majoriti orang UMNO yang bercakap hal ini adalah terlibat dengan “rasuah” dan “politik” wang, bermakna mereka itu munafik berbanding dengan pemimpin PAS terbabit yang dilihat lebih bersih dari amalan tersebut. Read the rest of this entry

Ceramah Politik


Salam Perjuangan…

Rang Undang-undang Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 Dibaca Kali Kedua


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 yang dibacakan buat kali kedua di Dewan Rakyat hari Rabu akan menambahbaik dan memperluas autonomi universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, perkara itu akan dilaksanakan dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lainnya terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

“Melalui rang undang-undang ini, kuasa untuk menubuhkan fakulti dan jabatan yang dahulunya berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong diberikan kepada Senat.

“Pindaan ini adalah selaras dengan fungsi Senat sebagai badan utama akademik di universiti,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata rang undang-undang itu juga amat menitikberatkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti dalaman serta luaran pentadbiran sesebuah universiti. Read the rest of this entry

Telekom Malaysia : Rugi atau Untung?


Salam Perjuangan…

Utusan melaporkan Telekom Malaysia untung RM 165.8 juta bagi suku ketiga tahun ini;

“Syarikat telekomunikasi tersebut berkata, kos-kos luar biasa itu juga menyebabkan keuntungan bersih merosot kepada RM165.8 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2008 berbanding RM658.5 juta, tempoh sebelumnya.”

Tetap untung, tetapi merosot kepada RM 165.8 juta.

Berlainan dengan laporan The Star dan Bernama. Angka sama – RM 165.8 juta – tetapi itu jumlah kerugian Telekom bagi suku ketiga, bukannya keuntungan.

The Star; “KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd posted net loss of RM165.82mil in the third quarter ended Sept 30, weighed down by foreign exchange losses of RM195.7mil.

Announcing a weaker set of results on Tuesday, the net loss was in sharp contrast of the net profit of RM658.51mil year ago.”

Bernama; “KUALA LUMPUR, Nov 11 (Bernama) — Telekom Malaysia, which reported a loss after tax and minority interests of RM165.8 million for the third quarter ended Setpember 30,…” Read the rest of this entry

Pengangguran meningkat tahun hadapan


Salam Perjuangan…

Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang, demikian analisis Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang.

“Bilangan penganggur semakin meningkat. Kita perlu mengawasinya dengan teliti,” katanya dalam ucaptamanya pada majlis dialog dengan Profesor Robert Engle, yang memenangi Hadiah Nobel bagi ekonomi pada 2003.

Menurut Bernama, Mohamed Ariff berkata kadar 4.5 peratus dianggap tinggi bagi Malaysia.

“Tinggi sebab kita biasa dengan kadar 2.2 dan 2.5 peratus tetapi jika dibandingkan dengan Eropah, Jepun dan Amerika Utara, 4.5 peratus amat rendah,” katanya.

Mohamed Ariff berkata industri pembuatan dijangka paling teruk terjejas oleh kelembapan ekonomi ini. Read the rest of this entry